View: 6631|Reply: 60
|
[Tempatan]
{12}Syarikat telekomunikasi untung terlalu banyak?
[Copy link]
|
|
21 April 2014
GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.
Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.
“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.
Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery?
Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi).
Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.
Ketiga-tiga syarikat ini secara purata mengenakan caj panggilan suara 15 sen seminit dan 5 sen bagi setiap SMS.
Celcom menjelaskan syarikat itu sentiasa menawarkan pelan telekomunikasi pada harga terendah kepada pelanggannya terutama melalui pelan prabayar.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin sebelum ini berkata, Celcom sentiasa prihatin terhadap isu semasa terutama membabitkan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, menerusi pelbagai pakej prabayar, Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan prabayar termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain.
Usaha mendapatkan maklum balas daripada Maxis dan Digi berhubung isu ini tidak berjaya setakat ini.- sinarharian
p/s mencekik jer keje nyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mane tak mencekik ngan wujudnye scam mcm2 sekali dpt sms potong berringgit-ringgit call customer service pun xboleh buat ape2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kedekut nak mengulur kan dah kena komplen dgn menteri... |
|
|
|
|
|
|
|
tgk bil2 aku & adik beradik & kwn2 pun dh tau maxis untung byk |
|
|
|
|
|
|
|
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;
Kempen deactivate Voicemail
salam,
Tn/pn dikenakan caj sbyk 0.10 sen atau 0.08 sen utk setiap kali call yang tidak dijawab dan disambut oleh sistem voicemail. TELCO buat untung jutaan RM dari servis ini. utk deactivate servis ini;
sila dail;
celcom ##002#
tune talk ##002#
digi *128#
Maxis ##109#
cuba le...tak tau mujarrab atau dak sbb belum try...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada satu benda yg aku x puas ati pasal telco ni..kedit ada expired date..biarlah jelah kedit tu xde expired so anytime boleh guna..so pelanggan cuma akan topup bila perlu je
satu lagi voicemail bodoh tu..baru ring2 sikit dah masuk voicemail..dahlah makan duit..ada tak sapa2 tau cara nak deactivate? |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 posted on 21-4-2014 03:00 PM
ada satu benda yg aku x puas ati pasal telco ni..kedit ada expired date..biarlah jelah kedit tu xde ...
try la method kat post 2#...
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 03:03 PM
try la method kat post 2#...
tq..boleh try pasni
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut kasi rebat one month free kat semua pengguna
|
|
|
|
|
|
|
|
mahal memang mahal tapi kalau kita bersuara ade la yang berbunyik nanti, guna phone mahal nak bayar servis tak mampu, hahah |
|
|
|
|
|
|
|
org tak angkat call pun kena caj jgk.. masuk voicemail..
ini tidak adil!
ada lagik sms yg kalu masuk sekali potong beringgit2 tu..
tu yg paling aku menyampah.. padahal tak penah melanggan apa pon..
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;
Kempen deactivate Voicemail
propalah..xjadi pong.lol
|
|
|
|
|
|
|
|
camne nak stop msg yg masuk merepek2?
aku kene tolak 0.30...seingat aku bln 3 takder plak masuk msg cmtuh
msg masuk aku yg kene byr..sengal...jahat betol..wpun line aku tak byk sgt...tak smpai seratus..
tapi 0.30 tuh..tetap la duit aku nak kene membayar... |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;
Kempen deactivate Voicemail
Dah try tadi.xtaw berjaya tak tp dia ada tulis erasure is successful. .apa kejadahnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
tp sjak aku single setahun ni, byk plak aku dapat msg dr celcom. baru aku tahu dorg ni sentiasa disisi, baik xde kdit, dan klau ade kdit dorg akan hntr msg pesanan tarikh luput kita supaya kita tak alpa untuk topup blik. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 12:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;
Kempen deactivate Voicemail
aku pon dpt...bos aku yg forwd..tp x try lg... |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-4-2014 02:56 PM
baru dpt wassap ttg penjimatan line hp;
Kempen deactivate Voicemail
try dulu, then get back to me..
iols tak nak tanggung risiko sim card kena block..
|
|
|
|
|
|
|
|
Caj yg tinggi itu utk cover kehilangan revenue daripada voice dan sms. |
|
|
|
|
|
|
| |
|