CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17297|Reply: 9

[Tempatan] Peniaga bazar Ramadan naik harga sehingga RM2

[Copy link]
Post time 19-2-2026 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga bazar Ramadan naik harga sehingga RM2
Hazira Ahmad Zaidi - Februari 19, 2026 @ 4:48pm

Tinjauan di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV kembali meriah dengan kehadiran pengunjung pada hari pertama Ramadan. Foto Nik Abdullah Nik Omar/NSTP

KOTA BHARU: Peniaga bazar Ramadan dikesan menaikkan harga beberapa juadah antara RM0.50 hingga RM2 dengan alasan peningkatan kos bahan mentah yang membebankan.

Tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV, dekat sini mendapati sebungkus lauk gulai kawah yang dijual pada harga RM10 tahun lalu, kini dijual antara RM12 hingga RM15.

Peniaga lauk pauk, Norhasuzi Othman, 46, berkata, mengakui kenaikan harga santan yang mencecah sehingga RM15 sekilogram menyebabkan harga gulai kawah yang dijual terpaksa dinaikkan sebanyak RM2.

"Harga gulai kawah yang dijual pada tahun ini adalah di antara RM12 hingga RM15 satu bekas berbanding hanya RM10 pada tahun lalu.

"Walaupun berlaku kenaikan harga, kebanyakan pelanggan tetap, khususnya yang menggemari gulai kawah masih menjadikan gerai saya sebagai pilihan untuk mendapatkan juadah berkenaan," katanya.

Bagi peniaga kuih tradisional, Abdul Rahman Abdul Aziz, 37, kenaikan harga bahan mentah terutamanya telur memberi kesan kepadanya yang lebih 10 tahun mengusahakan perniagaan kuih muih tradisional.

"Di bazar ini saya menjual lebih 20 jenis kuih muih tradsional dan ada di antaranya yang terpaksa dinaikkan harga sekitar RM1 hingga RM2 berbanding tahun lalu, antaranya jala emas, nekbat, tahi itik dan buah tanjung yang kini dijual RM6 sebekas.

"Walaupun berdepan kenaikan kos bahan mentah, saya cuba bertahan dengan margin keuntungan minimum kerana bimbang pelanggan akan beralih ke gerai lain sekiranya harga kuih yang dijual dinaikkan terlalu tinggi," katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Ahmad Naime Muhammad, 42, berkata harga makanan yang dijual di bazar berkenaan pada tahun ini tidak menunjukkan kenaikan ketara berbanding tahun lalu.

"Kalau ikutkan, harga makanan di bazar pada tahun ini sama sahaja seperti tahun lalu, namun jika mahu dibandingkan dengan dua atau tiga tahun lalu, memang ada perbezaan kerana dahulu makanan dijual lebih murah.

"Setiap kali berlaku kenaikan harga jualan di bazar, ia pasti memberi kesan kepada pelanggan terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Naime mengakui bazar Ramadan tetap menjadi pilihan utama kerana menawarkan pelbagai pilihan juadah yang sesetengahnya yang muncul pada Ramadan sahaja.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf peniaga bazar, tahun ni saya tidak menyumbang kepada ekonomi tuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kenapa pergi beli kalau dah tau mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pergi,tp x leh masuk. Jem sbb rmai org. G dkt umah je. Patah balik,mmg x leh jln besesak² bhmpit² x nak iols. X smpat nk survey harga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:14 PM | Show all posts
Edited by freesia71 at 19-2-2026 08:17 PM

Anak I cakap kuih akok 4 ketul Rm 5.50. Telur takle mahal skrg ni. Gula still harga kawalan. Mengarut betul. Every year sama je reason harga bahan mentah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:15 PM | Show all posts
Edited by freesia71 at 19-2-2026 08:16 PM

Deleted
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni iols berazam tak nk pegi bazar ramadan...nk bbuka dgn real food je...xnk mkn   mknn bertepung dan bergula...air pn nk minum air masak je
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 01:07 AM | Show all posts
white_musk replied at 19-2-2026 09:02 PM
Dah tu kenapa pergi beli kalau dah tau mahal?

Sebab nak viral dek...sebab bodoh dek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066153 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list