CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16929|Reply: 1

[Politik] Mas Ermieyati letak jawatan BERSATU

[Copy link]
Post time 19-2-2026 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Mas Ermieyati letak jawatan BERSATU

Fahmy A Rosli - Februari 19, 2026 @ 5:51pm

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menjadi pemimpin kanan terbaru BERSATU mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah, hari ini.

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Ketua Srikandi BERSATU dibuat bersama 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit.

Perkara itu diumumkan Shahrul Azhar Amir yang turut meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha BERSATU Bahagian Masjid Tanah selepas mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat hari ini.

"Pada hari ini, BERSATU Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan satu mesyuarat khas, di mana ia telah dihadiri oleh AJK bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan BERSATU Masjid Tanah.

"Pertemuan selama dua jam ini telah berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberi penjelasan tentang perkembang terkini konflik politik BERSATU.

"Sesi mesyuarat khas ini juga telah merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian BERSATU Masjid Tanah bahawa tindakan ini dilakukan atas faktor telah kehilangan kepercayaan kami kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.

"Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa BERSATU Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi," katanya dalam kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Mas Ermieyati ketika dihubungi BH turut mengesahkan peletakan jawatannya termasuk pimpinan bahagian yang lain.

Selain itu, pemimpin termasuk jawatankuasa (JK) BERSATU tiga bahagian di Perak turut mengumumkan peletakan jawatan susulan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Mereka adalah Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amran Ibrahim; Ketua BERSATU Bahagian Bukit Gantang, Ahmad Man dan Ketua BERSATU Bahagian Bagan Serai, Ismail Ali.

Mereka mendakwa peletakan jawatan mereka turut membabitkan kesemua ahli jawatankuasa bahagian berkenaan.

Satu Bahagian BERSATU di Sarawak iaitu Bintulu juga mengikuti jejak mereka, sekali gus menjadi bahagian pertama di negeri itu meninggalkan parti beramai-ramai.

Duke Janteng yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua BERSATU Bahagian Bintulu, berkata seramai 110 ahli termasuk kepimpinan bahagian, ketua cawangan, sayap wanita dan pemuda memilih untuk berundur serta memutuskan hubungan dengan parti.

"Kami tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan BERSATU yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

"Parti ini telah menyimpang jauh daripada perjuangan asalnya, khususnya dalam mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat pribumi Sarawak," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2026 12:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.644396 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list