CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15629|Reply: 92

Luahan perasaan Ibu Tunggal

[Copy link]
Post time 1-7-2014 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikumw.b.k.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang ingin saya tuliskan disini akan menyentuh perasaan mana-mana pihak. Tujuan saya hanya untuk memberi sedikitteguran yang mungkin dapat memberi manafaat kepada wanita2 senasib saya yang mendapatkan khidmat Ustaz ******* dalam mendapatkan hak mereka selepas bercerai pada masa depan.Mohon baca dengan hati terbuka dan semoga ada kebaikanyang diperolehi dari luahan ini.

Setelah 3 tahun menjadi ibu tunggal, saya mula menyedari ada yang kurang sesuai dalam nasihat yang diberi oleh ustaz ******* ketika saya dalam proses menuntut hak anak2saya. Pada ketika itu, ustaz tersebut menjelaskan bahawa hakim hanya berminat pada kos susu dan pampers anak kerana dua orang anak saya baru berusia sekitar 2 tahun dan yang bongsu berusia kurang setahun. Ustaz juga menasihatkan saya untuk 'grab' jumlah RM500 seorang anak sekiranya bekas suami bersetuju dengan jumlah tersebut kerana kononnya itu 'fair'amount. Sepanjang proses, ustaz tidak pernah sekalipun hadir sehinggalahpada hari persetujuan diperoleh dan hanya membacakan 'agreement' di hadapan hakim.

saya sering mendengar ceramah2 ustaz tersebut di radio. bermacam2 yang ustaz jelaskan tentang hakisteri dan anak2 setelah perceraian. tapi kenapa dalam reality, saya diberitahu bahawa hakim hanya berminat pada wang susu dan pampers?? jadi bagaimanakah pula dengan tempat tinggal, pakaian dll? adakah anak2 ini hanya akan membesar hanya dengan susu dan pampers sedangkan dalam reality, perbelanjaan yang perlu dibayar adalah lebih dari itu?

Ini perbelanjaan bulanan saya yang sebenar :   

Rumah                                                         800.00(dibahagi 3) = 266.00 – tdk termasuk bil air dan api

(Jumlah perbelanjaan anak yang patut dibahagi 2)
Susu(2 org anak)                                        500.00
Pampers (2 oranganak)                               100.00
Taska (2 oranganak)                                   800.00
Kenderaan ambil/hantar anak                      160.00                                                                                                   
Lotion (ank pertama ada eczema)                130.00      
Makanan anak2 (kering &basah)                  350.00     
Sabun mandi, ect anakbongsu                    30.00

JUMLAH                                                        2070(dibahagi 2) = 1035.00   

Jumlah diatas kalau ditambah dengan kos rumah(seperti di atas) jumlahnya ialah 1301.00. Jadi fair amount untuk anak2 saya sepatutnya ialah 1500.00 sebulan sepertimana yang mula2 di minta pada awal2 permohonan. Saya juga sedang berusaha membina hidup bersama anak2.Terlalu banyak kesusahan yang terpaksa saya tanggung hanya kerana kesuntukan wang sedangkan sekiranya saya mendapat jumlah yang sewajarnya, semua masalah ini tidak akan berlaku.

Selaku peguam yang dilantik untuk membela orang yang telah diceraikan, ustaz cubalah berikan yang terbaik di masa depan. Ambil tahu jumlah perbelanjaan sebenar yang ditanggung ibu2 tunggal ini kerana itulah reality kehidupan yang terpaksa mereka tempuh setiap hari. Bukan hanya duit susu dan pampers yang harus difikirkan.  Siapa yang akan membantu menjelaskan bil2 yang datang pada hujung bulan sekiranya hakim hanya berminat pada 'duit susu dan pampers'sahaja??selidiklah kemampuan bekas2 suami, selidiklah apa tanggungan mereka supaya mereka tetap memberikan yang sewajarnya pada bekas2 isteri walaupun telah ditinggalkan.  Hanya dengan cara ini tidak ada pihak yang akan teraniaya dan terpaksa memikul beban yang lebih dari yang sepatutnya.

Saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya apa yang saya tuliskan disini menyinggung perasaan mana2 pihak. Tujuan saya hanyalah untuk menerangkan reality kehidupan ibu2 tunggal yang terpaksa memikul bebanan yang lebih hanya kerana pihak berwajib kurang efisyen dalam memberi pengadilan terhadap golongan seperti kami.

Terima kasih.


Last edited by single_mother32 on 1-7-2014 01:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 01:44 PM | Show all posts
Wa'alaikumus salaam

Duit RM500 seorang iaitu duit nafkah yg telah dipersetujui (dlm kes ini) adalah jumlah minimum yg perlu bekas suami sediakan setiap bulan.

Namun begitu, secara realitinya si ayah bertanggungjawab penuh atas segala keperluan asas lain2 untuk anak2.  

Tapi nak jumpa ayah (ex husband) yg macam tu agak susah pada zaman sekarang.  Ada tapi jarang2.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 01:45 PM | Show all posts
kesian.

saya kira wajar, nasib ibu tunggal ini dibela.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 01:52 PM | Show all posts
siapa ustad itew?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 01:54 PM | Show all posts
hm... mahal jugak nafkah anak2 lepas cerai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 02:36 PM | Show all posts
nafkah yg di persetujui tu takkan fix sampai bebila...
ia akan berubah seiring dgn umur dan keperluan anak tu...ramai yg tak sedar akan pekara ni

dan iya...sebenarnya org2 kat pejabat agama or mahkamah syariah mostly malas...esp negeri bertuah ni
hakim malas giler kut!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 08:54 PM | Show all posts
siapa agaknya ustad tu??? saya pun tak faham dengan perangai sesetengah ustad kat malaysia ni...suka sangat bash perempuan...sebab tu saya jarang dengar ceramah ustad malaysia, lebih suka islamic scholars drpd luarnegara...lebih intellectual dan tak mengarut....huhuhu....

tapi alhamdulillah, ex suami saya memang bertanggungjawab...dia membayar segala keperluan anak saya...harap ia berkekalan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 07:39 AM | Show all posts
ex mampu ke bayar rm1500.00 tuh............ kalau dia mampu ok le nak mintak sebanyak tuh......

tapi kalu gaji ex rm3000.00 je .....mmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 08:42 AM | Show all posts
Kalau dah duit nafkah yang dipersetujui RM500 sahaja.. lelaki yang tak bertanggungjawab akanmemang bagi RM500 sahajalaa..

Kalau minta lebih nanti die kata.. itu arahan mahkamah. die dah beri apa yang dipersetujui..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:45 AM | Show all posts
TT..

maaf kalau lari tajuk sikit.. macam mana ye nak dapatkan hak penjagaan anak selepas bercerai? sebab kawan saya dalam situasi itu.. dan takut suaminya dapat hak penjagaan anak..sedangkan selama ni mereka PJJ dan hanya kawan saya yang menjaga anak. Suaminya mempunyai perniagaan sendiri..sedangkan die hanya pekerja kerajaan sahaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 08:53 AM | Show all posts
Risma..kita minta pun atas kemampuan bekas suami..benda macam ni perlu di ambil berat supaya suami2 diluar sana x sewenang2 menceraikan isteri dan faham apa akibat yang perlu ditanggung selepas perceraian.. Tanggungjawab terhadap anak2 tak kan pernah habis walaupun sudah tiada hubungan dengan bekas isteri..
Sebab itu saya nyatakan, pihak hakim/peguam kenalah betul2 selidik kemampuan bekas suami tu..ambil tahu berapa perbelanjaan sebenar si ibu tunggal ini supaya amount yang diperoleh at the end of the day adalah amount yang paling adil..after all..smua perbelanjaan tu pun hanya untuk anak2..jadi wajarlah ditanggung secara bersama..tak kan la setiap kali jumlah tu perlu dipinda di mahkamah...kosnya sangat tinggi dan urusannya pulak sangat2 "meletihkan"..

hanya kerana perkara nafkah ni selalu dipandang ringan dan proses untuk mendapatkannya pun sangatlah "complicated"..ramai ibu tunggal akhirnya menanggung smua bebanan sendirian..bekas suami boleh bersenang lenang mulakan hidup baru..dapat anak baru..adil kah macam tu? bila perkahwinan kedua pun x menjadi..isteri dan anak2 tu pun ditinggalkan dan diberi nafkah ala kadar...kemudian dia berkahwin lagi?

saya sendiri ada seorang kawan yang juga ibu tunggal, bekas suami dia hanya memberi 300 sebulan untuk 2 orang anak.. bekas suami dia tu dah kawen sebanyak 2 kali selepas bercerai dengan dia dan ada 2 anak lagi dengan perkahwinan2 baru itu..

bila suami2 ini tak ditekankan dengan tanggungjwb yang harus mereka pikul..ini lah akibatnya..senang2 berkahwin dan bercerai..apa jadi pada anak2 yang tak berdosa? harus dibiarkan hidup dalam kesempitan walaupun hakikatnya ibu bapa yang bercerai tu mampu bagi keselesaan pada anak2 tak berosa ni jika masing2 memainkan peranan dengan betul.

So? pihak berwajib..tolonglah..mungkin kena mula siasat permohonan berkahwin lagi untuk lelaki yang pernah bercerai..jika nafkah anak2 pun tak mampu diberikan dengan baik..mana mungkin dia mampu membina keluarga lagi..berapa ramai lagi anak2 dan ibu2 tunggal  yang perlu menaggung akibat hanya kerana ada lelaki yang memandang ringan tanggungjawab disebalik perkahwinan..

Sekadar berkongsi pengalaman sebenar.. saya percaya ramai ibu tunggal diluar sana yang ada pengalaman seperti saya..mudah2an Allah mudahkan urusan kita dan terus berkati kehidupan kita dan anak2 kerana kita siang malam berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik pada anak2 bertuah..mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung..wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 02:18 PM | Show all posts
achicha...hak penjagaan mmg akan terus dapat pada si ibu selepas perceraian..untuk anak perempuan, hak penjagaan adalah sehingga anak itu berusia 9 tahun dan untuk anak lelaki sehingga 7 tahun.. bila anak2 tu dah sampai umur yang disebut tadi, baru mahkamah akan panggil anak2 tersebut dan meminta mereka pilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa sekiranya bapa menuntut hak penjagaan..

wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila rita rudaini mintak nafkah anak..ramai jgk bash die ckp yinggi mhl bagai..tp itulah realitinya..kos nk besarkan anak bkn sikit
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 10:03 PM | Show all posts
Pada pandangan kasar saya, lelaki atau bapa atau bekas suami yg tak beri nafkah secukupnya sememangnya kurang menyumbangpun pada keperluan r/tangga sewaktu masih bersama. Kalau lelaki yg bertanggungjawab dia akan pastikan kebajikan anak-anak serta bekas isteri terjamin walaupun dah bercerai.

Untuk pihak lelaki yg kurang berkemampuan aku cadangkan sediakan sendiri keperluan anak-anak seperti susu, makanan basah dan kering, pampers dan bil-bil lain. Sebulan 2 kali atau seminggu sekali hantar ke rumah exwife. Manalah tahu kalau masih panas hati dgn exwife sbb minta cerai, takut sgt ex wife makan duit dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 10:26 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 2-7-2014 10:03 PM
Pada pandangan kasar saya, lelaki atau bapa atau bekas suami yg tak beri nafkah secukupnya sememangn ...

kalu time bersama pun suami tersebut dibantu oleh isteri utk membesarkan anak2.......... kadang dia hanya bayar sewa rumah dan kereta je..... lain2 bil berkaitan anak2 isteri yg tolong atas dasar bantu membantu, susah senang bersama............lelaki camni biasanya bila bercerai dia akan liat utk bayar nafkah anak............sbb biasanya ketika masih bersama, dia cuma mungkin kena keluarkan lebih kurang rm1000.00 (sewa rumah + kereta)..... berbanding rm1500.00 sebagaimana yg tt minta........... sory ni cuma perkiraan ris aje, mungkin situasi tt berbeza............ tapi ris nak tekankan yg kalau ketika menjadi suami pun dia liat.... mentelah lagi bila dah jadi ex......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 10:54 PM | Show all posts
Risma posted on 2-7-2014 10:26 PM
kalu time bersama pun suami tersebut dibantu oleh isteri utk membesarkan anak2.......... kadang di ...

itu yg kaka blings nak cuba sampaikan. Jiran kaka ni lagilah menyedihkan, anak-anak lelaki dari umur 16 tahun sampai si adik yg 13 tahun dah berhenti sekolah, asyik gaduh dgn mak yg tension dgn masalah kewangan. Adik bongsu yg umur 4 tahun tak ada siapa yg jaga so si abang2 tu ulang-ulang menjaga adik masa mak keluar kerja, bapa tak bg nafkahpun sbb dia dah bg keta dan rumah sedangkan tu harta sepencarian. Sedih tau bila time nak raya ni, mak tu dah hantar anak-anak balik kampung tinggal dgn datuk dan nenek sebelah ayah yg kaya tapi last2 semua lari balik sini. Anak-anak tu jd bersepah sana sini tak pi sekolah sbb mogok geram mak asyik bercinta ke hulu ke hilir, kahwin tak juga. Susahnya jd mak-mak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 12:09 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 2-7-2014 10:54 PM
itu yg kaka blings nak cuba sampaikan. Jiran kaka ni lagilah menyedihkan, anak-anak lelaki dari um ...

sebut pasal rumah dan kereta nih............ kawan baik ris pun suami dia bagi rumah flat dan kereta buruk kat dia stelah berbini muda...... lepas tuh pandai2 ko lah nak hidup.... nafkah zahir jarang sekali, nafkah batin tak pernah...........itu masih dlm ikatan suami isteri tuh..... buat bini pertama mcm tak wujud........kereta buruk tuh pun atas nama bini muda........... bila2 masa boleh ditarik balik........hendak bawa jalan jauh pun tak boleh sebab temperature senang naik, boleh berasap tengah2 drive.......... mana ada duit dia nak baiki, sedangkan makan minum pun dia org bercatu anak beranak...........itulah hakikat perangai sesetengah lelaki...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:38 AM | Show all posts
Risma posted on 3-7-2014 12:09 AM
sebut pasal rumah dan kereta nih............ kawan baik ris pun suami dia bagi rumah flat dan kere ...

kes bapa budak2 ni terpaksa berhenti kerja sbb dpt penyakit kulit, lama berubat, masuk tahun jugalah. Lepas tu meniaga gerai makan tp biasalah adat meniaga, ada kala baik ada kala jatuh. Bini mana tak marah modal makin hilang hutang makin bertimbun. Anak lima org, hari2 gaduh,yg mak bapa lelaki ni org senang, duit berkerak, at least tolonglah anak lelaki depa, anak tunggal pulak tu, haram nak tolong. Bini tu kerja makan gaji tapi lama-lama terpaksa cari kerja sendiri sbb anak-anak suka ponteng sekolah. Ialah bila bapa dah hilang. Bapa tu mmg tak ada pompuan lain tapi mcm hidup segan mati tak mau. Balik kg duduk dgn mak bapa, yg anak-anak terbiar. BF ibu tunggal ni mana berani nak kahwin, extra luggage bukan calang2, 5 org tu..


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 04:37 PM | Show all posts
Selaku peguam yang dilantik untuk membela orang yang telah diceraikan, ustaz cubalah berikan yang terbaik di masa depan.

ustaz ni peguam TT kan? ni peguam bayar sendri ke peguam BBG?

ramai sgt peguam camni....nak kes cepat setel je...bukan nak pegang amanah client...pastu tipu client macam2...bila dia amik kes sana sini, dia kata dia eksiden la macam2...bila client call tnya progress ke apa, dia kata dia sakit la...ni saya alami sendri....

byk nak citer pasal peguam ni...

dr pegawai sulh, pendaftar mahkamah, peguam yang saya jumpa setakat ni mmg sume ada masalah....

senang cakap la, mahk syariah malaysia ni mmg bermasalah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 09:39 AM | Show all posts
Salam no.20..peguam ni saya bayar sendiri...mmg bayaran pun agak mahal..sbb tu saya agak kecewa bila outcome macam ni..kalau guna BBG..nanti naik turun mahkamah bertahun tapi kes tak selesai2..banyak kes yang saya tgk macam tu..

and mmg betul..saya sangat setuju..mahkamah syariah Malaysia sangat2 kurang efisyen dan bermasalah..pekerja2 n pegawai2 macam x berminat nak bekerja..disuruh datang mahkamah pukul 9.00am..tapi sampai pukul 10.00 pegawai tak sampai dengan alasan jalan jem? tu sekecil2 masalah la yang boleh dibuat contoh..banyak lagi yang tak perlulah saya besar2kan disini..

bila dah jadi macam ni, senang ja peguam bagi cadangan untuk buat permohonan nafkah lagi untuk tambah amount tu..free ka nak bukak file lg?? perlu ke bayar lagi beribu-ribu untuk dapat nafkah? sedangkan kalau tengok pecahan yang saya tuntut, mmg paling minimum...apa yang betul2 diperlukan saja.. amount tu pula  dibahagi dua sebab saya akan menanggung separuh lagi..tak adil ka macam tu?Saya pun salah sebab terlalu emosi dan tak fikir panjang2 sebelum setuju dgn amount yang saya terima sekarang..masa tu, saya cuma dgr nasihat lawyer bulat2 n dalam kepala ni cuma nak cepat2 selesai supaya tak perlu lagi berurusan dengan mahkamah syariah yang sangat meletihkan..

saya tahu peguam dapat income bila ada kes..tapi agak2 la...para peguam ni dibayar untuk mendapatkan hak orang2 yang teraniaya..tak kan nak aniaya lagi ibu2 tunggal yang mmg dah tertekan just sebab nak senang selesai kerja.. nama pun nafkah anak, jadi wajarlah ditanggung sama rata antara bekas suami dan isteri.. kita sbg ibu, bukan setakat keluar duit ringgit, tenaga, masa smua akan dikorbankan demi anak2 bertuah ni.. jadi sangat tak patut kita nak dibebankan lagi dengan tanggungjawab yang patut dijalankan oleh bekas suami..

Buat wanita2 senasib saya, saya nasihatkan untuk buat breakdown betul2..bila dah bayar peguam mahal2, pastikan kita mendapat apa yang patut...jangan terburu2 just sebab bosan berurusan dengan system kerja di mahkamah syariah...Semoga Allah terus memberkati kita dan memberikan kebaikan disebalik semua musibah yang menimpa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067015 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list