CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18103|Reply: 90

Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM

[Copy link]
Post time 8-7-2014 11:57 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan kebajikan.

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka, Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar semalam.

"Pada Jumaat lepAS, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah.

"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

"Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.

"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka," katanya.




Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:02 PM | Show all posts
yslm ni kompeni mende pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:03 PM | Show all posts
edoraixora posted on 8-7-2014 12:02 PM
yslm ni kompeni mende pulak??

company skim cepat kaya. jual produk sendu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:05 PM | Show all posts
edoraixora posted on 8-7-2014 12:02 PM
yslm ni kompeni mende pulak??

SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas “Haram” di China : Indahnya hidup di Malaysia. Apabila dihalau dan dipulaukan di negara sendiri dek kerana bisnes haram yang dijalankannya di China akhirnya mahu mendabik dada dan mencanang di seluruh Malaysia bahawa beliau bakal menjadi orang terkaya di dunia. Hebat….hebat….

Hari ini terpampang jelas wajah lelaki muda di billboard saiz gergasi tertera “orang terkaya di dunia” ada di merata tempat termasuklah di sekitar Jambatan Pulau Pinang dan Kulai, Johor

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:06 PM | Show all posts
x sign kontrak lg xpe la

agaknya lepas dpt duit baru die kaji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2014 12:10 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 8-7-2014 12:03 PM
company skim cepat kaya. jual produk sendu

skim cepat kaya lagi.....

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:10 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 8-7-2014 12:05 PM
SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas “Haram” di China : Indahnya hidup di Malaysia. Apabila d ...

erkkk.....poyo amat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:14 PM | Show all posts
stemcell tu pun tunggu masa nak berkubur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:14 PM | Show all posts
baguslah UA ni wat research dulu
bukan main taram jah walau dpt cash 80k
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:16 PM | Show all posts
lor..ada lagi ke org wat iklan gaya gitu...
zaman berapakah daku idup ini..?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:17 PM | Show all posts
Santeira posted on 8-7-2014 12:14 PM
stemcell tu pun tunggu masa nak berkubur.

biasa produk MLM dah  kantoi dia buat group.

ala2 uptrend.

nama dh busuk buat group rich88, rich99,infinity stupidline.

dan mcm2 lg.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 12:20 PM | Show all posts
Modus Operandi SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu?

1.Individu di Billboard (Zhang Jian) tersebut adalah seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan

2.Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com

3.Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ

4.Bagaimana mungkin “member fees” yang perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank persendirian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?

5.Syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang dikatakan betapa besar dan kukuh ini tidak ada Akaun Syarikat?

6.YSLM2U ini pun website pun dilihat seperti “hidup segan mati tidak mahu“

7.Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara
termudah tanpa perlu bekerja dan hanya ‘bergoyang kaki’ selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan

8.Untuk menyertai bisnes YSLM Malaysia ini, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.

9.Setiap peserta YSLM kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline)

10.Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun

11.Di laman web YSLM HK itu menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan.


http://www.beritasemasa.com.my/scam-yslm-malaysia-cdtup-tipu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:24 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 8-7-2014 12:19 PM
ada artis nasyid sendu pun jadi duta produk skim cepat kaya . hihi.

konon nak halalkan perbuat ...

retis nasyid sendu mane pulak tu?

ape relevannye dah kantoi pastu buat grup tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:25 PM | Show all posts
hmmm...another one?
bagus la ummie tarik diri
tapi kurang paham di situ..aktiviti amal dan kebajikan yg macamana yg diaorg nak anjurkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:25 PM | Show all posts
masa drive hat hiway plus pun dh terpampang billboard ni
jenuh aku nak pahamkan sape mangkuk yg bakal terkaya di dunia ni
kenapa dan ape tujuan iklan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:39 PM | Show all posts
edoraixora posted on 8-7-2014 12:24 PM
retis nasyid sendu mane pulak tu?

ape relevannye dah kantoi pastu buat grup tu

hihi. ada je google.

sebenarnya untuk coverina,

kaka pernah buka thread pasal skim cepat kaya. cuba tgk thread kaka buka
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:39 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 8-7-2014 12:25 PM
hmmm...another one?
bagus la ummie tarik diri
tapi kurang paham di situ..aktiviti amal dan kebajik ...

tak silap mek bukan die join pythoscience ker?? ker haku yang silap orang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:39 PM | Show all posts
wookiehoney posted on 8-7-2014 12:25 PM
masa drive hat hiway plus pun dh terpampang billboard ni
jenuh aku nak pahamkan sape mangkuk yg bak ...

dulu zaman takde internet bolehlah tipu2. sekarang google kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:42 PM | Show all posts
aku igtkn yesaintlauren tu...
ade la benda tu...sbb dia tolak..skali 80k cash...dasyat...halal ke x ek
bgs umi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.603366 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list