CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5865|Reply: 37

Mencari Pendapat & Penyelesaian

[Copy link]
Post time 10-7-2014 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum, sy hampir buntu dan ingin cari jalan penyelesaian , utk anak dan masa dpn diri sy sndri ... mohon bantu sy dgn iklas harap Allah sj dpt mmberi ganjaran pd kalian ..sy terima semua pandangan postive dan negative dari kalian. harap serba sedikit dapat membantu... inshallah..
      Sy berumahtangga hampir 2 tahun ,, dan sekarang sy dan suami sudah lama tidak tinggal bersama, hampir 6 bulan sejak sy keluar dari rumah (bulan 2/2014) atas arahan pejabat agama supaya tinggal berasingan sebab hubungan kami sudah tiada sefahaman ,walaupon pejabat agama arahkan supaya suami yang keluar dari rumah, dia tak mau keluar dan sy yg keluar dari rumah tersebut..  dan sy dah pun failkan fasakh dalam bulan 4/2014... kes rumit terjadi bila mana selama sy sering dipukul dr usia 4 bulan perkahwinan sehingga la selepas melahirkkan anak sulung pada bulan 8/2013... suami lazim dan sering memukul. Kali ni lebih teruk dan kli trkhir dia pkul sy ,,,sehingga dia sanggup tarik sy kedinding dan hempas sy jatuh ke lantai menyebabkan kepala sy bengkak,pergaduhan berpunca dr sy mintak duit lebih utk pampers susu dan ank dan sebihnya mintak pinjam  suami duit untuk balik ke kampung disebabkan sering bergaduh mak sy suruh tinggal anak di kampung memandangkan dia masih kecil.mintak pinjam duit lebih tapi dia kata tak de duit sedangkn dia bru dapat bonus , sy Cuma mintak pinjam gajidan sy byr blik, selalunya macam tu.. dia baran dan silap sy terus mendesak,, Dan ini kali pertama sy buat repot polis dan medical repot pada penghujung bulan 12/2013 .kali pertama repot polis ke atas suami sy dan hari yang sama sy buat repot sy pegi tarik balik sebab polis dah nk ambil tindakan ke atas dia sy fikir takut gangu kerja dia dan fikir kesian. sy tarik balik repot dan buat atas rujukan mahkamah sahaja.
Kes makin rumit sebab sejak sy keluar dr rumah tersebut sy berkawan dengan seorang lelaki dan dia sering beri nasihat supaya tak menyesal dikemudian hari dan kesian kan anak yang masih kecil . suruh sy pikir betul2 tindakan penceraian dan sebagainya,. Dia banyak bagi nasihat dan kami makin rapat sy banyak bercerta pd kawan sy dan dia sering mengambil berat hal sy dan anak. Sering menjaga makan minum anak..beli pakaian dan susu pampers anak sy.
Suami sy dapat tau sy ada kawan lelaki  dan bila dia balik bermalam di rumah mak bapak sy  atas alasan untuk tengok anak dia amik fon sy dan screenshot mesej2 antara sy dan kawan lelaki sy dan sy akui memang sy dan kawan lelaki tersebut dah ada perasaan sayang lebih dari seorang kawan ,.   ,. Dan dia buat pembelaan menyatakan bahawa sy nusyuz (curang) dan juga pembelaan katanya  dia beri nafkah dgn sempurna dan menjaga kebajikan serta membri didikan agama kepda sy dengan sempurna. Walhal sebaliknya…
Dia tidak mahu melepaskan sy dgn cara baik dan sy sudah mati hati bagi kali terakhir dia pukul sy teruk . suami sy buat  repot polis ats kawan lelaki sy atas alasan  menganggu dan melarikan isteri .  walaupon kami sekeluarga sudah berbincang sesama keluarga dan sy nekad utk teruskAn fasakh sekiranya dia tak mau lepas sy cara baik.
Sekarang sy dan dia hampir 6 bulan tinggal berasingan dan hampir 4 bulan dia mengabaikan nafkah anak. Susu pmpers anak .. dan langsung tak tanya khabar anak. Tiap kali turun mahkamah dia langsung tak tanya perihal anak malah dia bawa sekampung adik beradik dia.. dan mencemuh sy diluar mahkamah,
dan sekarang dalam pembelaan dia bagi sy  syarat untuk lepaskan sy sekiranya sy bayar tebus talak RM25k , hak pnjgaan anak bg kepada dia dan tarik balik repot polis ke atas dia.
bukan itu saja.. sekarang dia cuba porak peranda hubangan sy dengan kawan2 sekolah dan kawan rapat dgn menyebarkan meseg2 antra sy dan kawan lelaki saya .dan dia bagitau kawan2 ..sy isteri curang. Abis satu facebook sy dia sebarkan aib sy ..
Sy memang mengaku salah atas silap sy sebelum bercerai sudah ada kawan lelaki tp dia langsung berpura pura baiknya dia dan dia lah yang teraniaya kononnya. Pandai dia tutup pekung dia selama ni ,tp sy pon manusia biasa ada hati dan prasaan . suami sendiri yang kita sayang tak dapat jadi pelindung dan hak sy sebagai manusia dan seorang isteri.. wajar ke hanya sy saja dihukum…  kawan suami sy ada bagitau dia mengaku katanya dia hanya tampar sy saja sebagai ketua keluarga ,, tapi yang jadi sebliknya sy dah makan penampar,sepak terajang dia penumbuk ..cekik semua dah.. family dia malah hentam sy teruk2 lagi cakap  sy dok tuduh suami sy itu ini  itu ini tp diri sendri teruk ,. Dan mcm2 lagi sy kena caci, famili dia langsung tak percaya sy selalu kena pukul dengan dia dan mereka cakap sy hanya reka cerita.. Demi Allah, sy tak buat cerita dan sy pon tak mau rumahtangga sy hancur..untungnya dia...suami sy pandai bermuka umpama pijak semut pon tak mati dan dia selalu buat2 baik depan org lain. Hakikatnya yg menanggungnya sy ,,,
sy buntu,, dan sy akui sy memang  bersalah  sy rasa tak ade pembelaan , sy mohon pada sesiapa yang berpengalaman atau yg sudi bagi bantuan nasihat pada sy..
Sy dlm proses tuntutan fasakh atas alasan suami sy seorang suami yg :-
1-    Tak menjadi contoh ketua keluarga/pemimpin yang baik-seorang yang panas baran, kaki pukul, kaki perempuan,selalu layan video2 aksi lucah,lazim bergaduh,suka mengabaikan isteri,hidup macam sebelum kawin(bujang) memaki hamun isteri, tidak setia, suka memburukkan isteri pd kawan1 dan keluarga dia
2-     Tidak bertanggungjawab-nafkah isteri tidak terjaga, kebanyakan ayah isteri yg masih sara seperti duit belanja dapur, pakaian anak  susu pampers anak,bayar kereta setiap bulanan ayah isteri yang tanggung suami tau naik saja kadang2 sy terpaksa berkongsi duit dgn ayah . dia langsung tak da rasa nak berkongsi duit utk sama2 tanggung bayar duit kereta.
3-     Tidak menitikberatkan ajaran agama islam kepada isteri-selama sy mengandung anak sulung susah sangat sy nk tengok dia sujud sy pernah tegur utk dia solat dan doakan sy dan ank dalam kandungan.sepanjang berpuasa dia hanya layan bola (fifa) tv atau game fifa online. dan bila lepas sahur sy mintak dia tolong kejut sy utk solat subuh dia hanya  kejutkan sy bangun sedangkan dia terus ke kerja atau sambung tidur tanpa menunaikn solat subuh.waktu solat lain memang susah la nak tengok dia solat.(dlm pembelaan dia ada menyatakan bahawa dia menjaga didikan agama sy dgn sempurna dan menyatakan bukti dia menjaga didikan agama sy dengan membelikan telekung sedangkan itu kali pertama setelah bertahun kahwin .dan selepas sy failkan fasakh..,
4-     Sering memukul isteri –tiap kali perbalahan seringkali berakhir dengan kekasaran, sy ditumbuk, dicekik, ditampar hingga meninggalkan kesan lebam2 dianggota badan..dicekik hingga berhari2 leher sy sakit untuk toleh.
5-     Berkata kasar dan tidak elok maki hamun – “ aku tak kebuloq kat hang, hang pi mampos” hg pi balik rumah mak pak hg” “aku dah tak mau kt hg” sy sambil menangis dan tanya "kenapa layan sy mcm ni ingat sy perempuan murahan ke  " dan dia ckp "ya hang memang perempuan murahan" sebak hati bertambah sebak dgn sakit kena pukul, sy juga pnh merayu sujud sembah kaki dia dan merayu jgn buat dan layan sy mcm ni . tp dia terus tarik kaki dan keluar rumah malam baru balik.
6-     Sering tak solat /susah utk tengok dia sujud –cuba tegur bila tegur dia cakap“solat bukan sebab orang”
7-     Perangai kaki perempuan tak berubah dari zaman bujang- dulu sebelum kami kawin pernah kantoi video seks dia bersama ex-gf dia dan lepas je kantoi  sy nekad berpisah dan tiggal dia tp dia merayu-rayu cakap nak berubah dan bagi dia masa dan peluang,sy kena ayat2 manis dia dengan  lagak muka suci dia, terus maafkan dan bila bagi peluang dan kawin dengan dia , tapi tetap tak ubah perangai malah kaki pukul pulak dan bertambah buruk dari hari ke hari, setiap kali bergaduh (selama sy sarat mengandung) sy selalu lari balik rumah mak ayah di kampong sbb sy takut jd apa2 kat anak dlm perut, sbb anak sulung dan anak dalam perut  saja kekuatan utk sy trus bertahan, dlm hati cakap bagi dia peluang lag dan lagi walaupon salah dia berulang2 ,
8-     Kantoi pakai dua fon tersembunyi- mungkin Allah selalu nk tunjuk yg dia bukan suami yg baik, kantoi dia pakai dua fon dan terjumpa dalam beg fail dia masa dia ke kerja,sbb fon tu bunyi alarm jam,,buka tengok dan ada meseg2  dlm “spambox folder” meseg2 yg tersembunyi, save nama lelaki , bukan save nama perempuan.. then bila buka folder meseg baru sy tau dia still dok berhubung dengan bekas kekasih dia(bukan ex gf yg dlm vdeo sex tu) ex-gf yg lain. Sebak dan bila dia tau sy dapat tau fon kedua dia.   dia Hanya buat tatau bila balik keja dan tak layan sy..dia terus main game bola fifa ... air mata sy time tu dah mencurah2 sy ingat lagi time tu  tengah masak siapkan juadah berbuka puasa menitik2 air mata, sebab dalam hati dalam fikiran, tertanya2 kenapa dan apa lagi kehendak dia sebagai  suami, dan sy fikir alasan yg dia sering ringan tangan pukul dan hentam sy dan sanggup pukul masa saya sarat mengandungkan zuriat dia maybe sebab hati dia ta de sy …. Dan barulah sy tau dan sedar kenapa dia sering buat tak tau je tiap kali sy lari balik ke rumah mak ayah lepas tiap kali  pergaduhan dan dia pukul sy memang akan balik kampung . sy je yg asik mintak maaf dan balik ke rumah duk semula dengan dia .  sy sebak sebab setiap kali sy balik langsung tak de tanya khabar.sedangkan sy sarat mengandung dan berharap dia akan pujuk balik tapi memang takde..semua sy yang beralah dan  mohon ampun.
9-     Sering bercakap bohong –kata kerja lebih masa bila kol seharian tak angkat kol meseg tak berbalas tau tau je terpaksa  kol kak dia dapat tau balik kampong ada lawan bola (tgh sy sarat mengandung)
10-  Pentingkan hal luar dari hal rumahtangga –kebajikan isteri dan anak tidak dijaga sejak anak lahir susu pampers anak dijaga rapi /dibeli oleh ayah sy, sy tak bekerja masa tu.
Pentingkan kawan-kawan dari anak dan isteri–  kalau bab ftsal dan hal kawan laju je sampai bawak kereta pon laju nak langgar itu ini sbb nk cepat. kawan tunggu katanya tp pernah bergaduh sbb nk mintak dia pegi beli susu anak berjam jam tunggu bangun tido.
12-  Bila bab duit kebanyakan duit tanggungan dari isteri (duit yg diberi oleh ayah sy masa sy belum bekerja) –beli barang dapur, ayah isteri banyak support beli susu anak, duit gaji isteri beli barang dapur, duit dia ? Kata tak mampu gaji kecik tapi boleh pulak beli kasut futsal yg lama masih elok beli tambah lagi,sampai bersusun susun, baju tetap berjenama, paling koman RM50 sehelai baju branded body glove .
13-  Nafkah isteri tak terjaga dari awal perkahwinan, -banyak duit sy dan duit  ayah sy bagi dia guna, pakaian sy susah dibeli kebanyakan pakaian sy beli sendri bila ada duit dan beli yg termampu . pernah lepas beranak, sy keja office, bagitau dia sy beli baju kurung untuk pakai pegi office tp sy boleh bayar ansur, dia Tanya beli buat apa , ...sy diam saja. sedangkan baju lepas2 dah tak muat dan akhirnya sy sendri yg bayar, time tu tak kisah sbb sy dh bergaji..
14-  Tidak boleh membezakan hidup bujang dah berkahwin-masa dia banyak habis dgn bola,kawan-kawan , dan melepak bila tegur katanya kongkong . sdgkn sy sarat mengandung dia selalu tinggal sy dan keluar lepak dgn kawan pagi baru balik ..
15-  Tidak menjaga hati dan perasaan sy-lazim menyakiti hati dan mendera emosi dan fizikal sy. Sy ingat lagi masa sy melahirkn anak sulung sy genggam tangan mak je dia tak dapat balik time tu sbb dia kata ta de transport.. yg azankn anak sy pakcik sy dan bila dia dh jumpa anak dia ta azankn pon sayu hati sy, wlpon bnda tu org lain pandang ringan,. Tp Alhamdulillah Allah permudahkan urusan melahirkan anak walaupon seminggu sebelum sy melahirkn ank kami bergaduh lagi dan masa tu sy dah di kampong , dia ckp sy akan susah beranak dan seksa walaupon pergaduhan bukan berpunca dr sy.. sy Cuma mampu mintak  ampun saja dia. Dan sy tahan sakit 5 jam dan alhamdulillah anak sy selamat lahir cara normal dan dia sihat walaupon sepanjang mengandung kami tanggung macam macam..itu la kekuatan yg sy ada,,,
16-  Tidak menjadi pendengar yg baik utk isteri -sukar berbincang sesuatu perkara
17-  Tidak memberi peluang isteri utk menegur kebaikan dan keburukan yg dilakukan utk kehidupan bahagia bersama utk keluarga bersama..
1-   Campur tangan ipar duai kakak2 suami – dlm runahtangga sy selalunya kalau berlaku pergaduhan antara sy dan suami, kakak2 atau adik dia akan naik status di facebook atau wechat yg sy ni pompuan gedik nk kawin, menyusahkan..habiskan duit adik dia  dan sy pompuan jahat…
Sekarang mereka bermegah2 sebab bukti meseg2 sy dan kawan lelaki sy.hebohkan satu kampong , sy curang dan dia juga ada menyatakan dia pukul sy sebab curang,, kejammnya manusia yg sy sayang dulu dan berkorban mcm mcm utk lelaki mcm ni.  Dia sebarkan aib sy merata katanya sy curang selama ni  sedangkan sy berkawan dgn kawan lelaki sy lepas sy keluar dr rumh dan sy dh mati hati atas perbuatan dia sendri.  dia pukul sy teruk, hati sy dh btul2 mati dn hancur utk dia,., sy dh sehabis baik sblum ini jaga makan minum pakai dia.mungkin jugak sy banyak kekurangan  atau aoa yg dia tak buleh terima. Sy ingat Time tu srat mengandung mesin basuh ta de lg sy je yg mengangkang duduk cuci baju berejam2 dlm toilet,sy la yg nk memasak, smpaikan bila dia dh dpt bonus mintak beli  mesin bsuh sbb nnti dh nk ada ank ,itu pon bila bgduh ungkit suruh jual blk msin bsuh tu kalau nak duit… sy tataula didikan yg mcm mne dia dpt ,. Mybe sbb dia sllu dmnjakn kakak2 dia.. dan syamat terkilan sbb apa yg sy lalui org tak cya sbb muka suami sym mg lagak alimdan suci.

.. sy mohon bantuan dan nsht dr yg berpengalaman ..


Last edited by luve_meyy on 10-7-2014 07:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 04:47 PM | Show all posts
Banyak sangat shotfom yg x boleh nak paham...

n plis buat perenggan proper sikit..pening nak baca..tt edit la dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:56 PM | Show all posts
Kesiannya kat u ni. Ai pon xtau la nak cakap macam mana tp ai mmg bersimpati dgn masalah u. Ai berdoa 1 hari hidup u akan bebas dan sempurna dan u akan mencapai kebahagian kelak utk u dan anak u insyaAllah.

U deserve to get better man daripada suami macam ini. Tak perlu la beri peluang lagi. Bkn apa, ai xnampak dia akan berubah pon. Orang dah tua2 n berusia ni ssh utk dilenturkan dan berubah. Sesilap u mati pun dia tak hairan kot.

Ai bkn jd batu api tapi ai faham apa yg u alami sekarang ni walaupon ai baru kawen sebab ai paham lah senang cite.

U xboleh diperlakukan sedemikian rupa sbb u isteri dan perempuan. Perempuan patut dijaga dengan sebaiknya.

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:57 PM | Show all posts
Kalau boleh tulis jgn guna singkatan yg pelik, susah nak baca dan faham. Mohon diperbaiki ejaan tu. T/kasih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:36 PM | Show all posts
bukan boleh cerai taklik ke sebab suami dah pukul dan mencederakan
fasakh ambik masa lama kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:40 PM | Show all posts
nak baca pun malas bila tulis cam budak baru nak up..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya kes u mudah untuk mohon fasakh...u ada byk sebab untuk mohon fasakh.
tp u betul2 kena jaga diri. Melibatkn diri dgn lelaki lain sewaktu masih bergelar isteri agak tidak bagus, dia akn guna tu untuk jatuhkn kredebiliti u...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:22 PM | Show all posts
tergedik2 xsempat bercerai dah pasaang jantan

patut suami yang keluar rumah..dah tt yang tergedik2 xsabar nak kelauaar..

peluang point bagi kat laki menang free..bukti dah ada tt berjantan semasa masih berlaki..
peluang dia utk jatuhkan maruah tt..dia boleh hasut semua orang..n orang percayakan dia..
mudahnya buat dosa,semudah itu dah dapat balasan...suami buat jahat kantoi..tt buat jahat pun kantoi gak..orang lagi mencemuh pompuan buat jahat dari lelaki buat jahat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 09:05 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 10-7-2014 12:22 PM
tergedik2 xsempat bercerai dah pasaang jantan

patut suami yang keluar rumah..dah tt yang tergedik ...

kesian juga aku ngan tt ne.. tapi aku sokong point yg ko bagi..


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:21 PM | Show all posts
gnote_2 posted on 10-7-2014 09:05 PM
kesian juga aku ngan tt ne.. tapi aku sokong point yg ko bagi..

sangat2 kesian kat tt..tapi nak buat macm mana tt ni jenis xsabar..

patutnya selesaikan masalah satu persatu..
xsalah(?) nak berbfren ..tapi biar menjanda dulu..

ni dah kena belasah,sepak terajang..pas2 maruah tt dipijak2..
xpandai jaga ddiri..dah berscandal.pandai2 la cover..jantan buat salah adat dah..
pompuan buat macm tt ni di luar adat..so mendapatla..
keluarga mertua benci..kawan2 benci..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:19 PM | Show all posts
Salam tt. Beratnya dugaan.

Ikut cerita tt, hsband tt ni spesies tak btgjwb. Mungkin masih muda and x ready lgi nak jadi suami and ayah. X hbis enjoy kot. Whatever it is..naik tgn tu bkn jln utk settle prob. Tt simpan polis report tu elok2. Tt buat lagi 1 polis report yg mngatakan tt keluar umah atas sbb risaukan keselmatan tt dan anak. Since suami dah penah naik tgn.

Skrg ni tt plan betul2 apa tt nak buat. Take 1 step at a time. Susun langkah kemas2 and be prepared. And tt pls jaga diri dan batas sbg isteri. Jgn bgi ruang utk suami cari salah tt takut dia guna point tu esp bab penjagaan anak. Sabar ye.

Sy doakan semuanya dipermudahkan. Semua yg jadi adalah yg terbaik. Percaya dan yakin dgn Allah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 08:39 AM | Show all posts
panjang sangat nak membaca sampai habis..
tapi.. apa yang boleh saya sampaikan ialah..

kalau asben suruh TT bayar kat dia.. itu khuluq atau tebus talak nama nya..
sedangkan TT layak ambik fasakh.. maknanya tak perlu nak bayar apa2 duit kat suami..
kalau nak apply fasakh.. kene sertakan dengan bukti macam polis report.. medical check up..

dan satu lagi yang paling penting..
buat masa sekarang.. tolonglah  jangan berkawan rapat dengan mana2 lelaki..
sbb itu akan dijadikan point untuk suami bagi taw yang TT nusyuz.. silap2 TT buleh hilang hak jagaan anak taw..

dulu.. saya pernah keje sebagai pekerja sosial kat sebuah NGO yang mana.. tugas saya beri khidmat nasihat untuk kes2 keganasan rumahtangga.. rogol.. cerai dan memacam lagilah..
terlalu banyak kes2 yang mana suami tuduh isteri nusyuz sbb tak nak bagi Mutah (Bayaran saguhati)
dan jugak hadanah (hak jagaan anak2) pada isteri.. malah.. ada yang sanggup mengupah seorang lelaki untuk berlakon konon2 nyer lelaki tersebut adalah kekasih baru isteri nyer.. dan si suami ambik gambar masa lelaki tu sedang berdiri disebelah isteri.. sedangkan hakikatnyer.. si isteri x kenal pun lelaki tu.. memang bahaya sekali, sbb lelaki sanggup buat apa je asalkan dapat membuat si isteri derita..

so.. untuk TT..
kene banyak2 bersabar..
jangan peduli apa yang orang nak cakap..
jangan peduli apa yang orang kampung.. rakan2 sekerja.. adik beradik suami TT nak cakap..
jangan berkawan rapat dengan mana2 lelaki sbb khuatir boleh mendatangkan fitnah

dan kalau TT tak taw nak buat macam mana lepas ni.. jumpa lah dengan kaunselor perkahwinan kat mana2 badan kerajaan atau NGO.. kalau TT nak senarai nama NGO  pun buleh.. just PM je saya.. insya allah saya akan bantu..
cuma..

so.. kat sini saya sertaan maklumat yang TT perlu simpan untuk rujukan TT di masa akan datang

Perceraian, Nafkah dan Harta
(Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (Pindaan Tahun 1993*)

Syarat-syarat Perceraian
(a) Perkahwinan anda didaftarkan di Malaysia.
(b) Perkahwinan anda mengikut Hukum Syarak.
(c) Permohonan perceraian harus dibuat di negeri tempat anda atau suami anda tinggal.

Jenis Perceraian
Terdapat 4 jenis perceraian yang sering digunakan:
(i) Taliq
(ii) Fasakh
(iii)Khulu
(iv) Lafaz Talaq

Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)  (S.50)
Taliq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika  suami anda melanggar taliq, anda boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan  sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar  taliq maka perkahwinan boleh  terbubar dengan satu talaq. Taliq mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
(a) meninggalkan anda selama 4 bulan atau lebih tanpa nafkah; dan
(b) melakukan penganiayaan terhadap anda.

Biasanya perkahwinan yang didaftarkan selepas tahun 1980 mempunyai taliq yang  tertulis di sijil perkahwinan. Semua negeri mempunyai taliq berkaitan nafkah dan  peninggalan langsung. Hanya beberapa negeri membenarkan perceraian taliq atas alasan penganiayaan.

Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)
(S.52)
Anda boleh memohon fasakh jika suami anda melakukan kesalahan tertentu. Di  antaranya ialah jika suami anda:
(a) hilang selama lebih daripada 1 tahun;
(b) tidak memberi nafkah selama 3 bulan;
(c) dipenjarakan selama 3 tahun atau lebih;
(d) gagal memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama 1 tahun;
(e) berterusan mati pucuk sejak mula berkahwin tanpa pengetahuan anda;
(f) menghidap kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang berjangkit atau gila selama   2 tahun;
(g) berkahwin tanpa rela anda pada usia anda 18 tahun atau kurang, walaupun diwalikan   oleh wali mujbir dan suami belum menyetubuhi anda hingga sekarang;
(h) menganiaya anda seperti melakukan penderaan fizikal dan mental, memaksa anda  menjalani hidup yang tidak bermoral, menggunakan harta anda tanpa kerelaan anda,   tidak adil dalam berpoligami, menghalang anda daripada beribadat dan suami anda  berkawan dengan perempuan jahat;  
(i) belum menyetubuhi anda setelah berkahwin selama 4 bulan kerana suami enggan  berbuat demikian;
(j) berkahwin tanpa persetejuan anda atau persetujuan anda berdasarkan paksaan,   kesilapan, ketidaksempurnaan akal dan keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) berkahwin dengan anda dengan persetujuan sah, tetapi pada masa perkahwinan ada  mengalami ketidakstabilan mental (sakit otak), samada berterusan atau berselang  (mengikut tafsiran Ordinan Sakit Otak 1952) dan penyakit itu menyebabkan anda  tidak berupaya memasuki perkahwinan;
(l) anda mempunyai kecacatan yang meghalang persetubuhan;
(m)atau alasan-alasan lain yang sah di sisi Hukum Syarak yang mugkin berbeza  mengikut negeri tempat perceraian dipohon.

Khul
(S.49)
Anda boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq.
Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan anda dan suami anda, dengan diadili oleh
mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasan ialah maskahwin (mahar).

Lafaz Talaq
(S.47)
Perceraian diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Sekiranya  suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka anda haruslah merujuk kepada  Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Ruju’
(S.51)
Suami hanya boleh ruju’ dengan anda dalam tempoh ‘iddah (3 kali haid atau 3 bulan  selepas perceraian). Ruju’ mesti dilafazkan oleh suami dan didaftarkan di Mahkamah  Syariah. Mahkamah akan siasat samada anda bersetuju terhadap ruju’ tersebut. Jika anda tidak bersetuju, mahkamah akan melantik satu jawantankuasa pendamai untuk cuba mendamaikan anda dan suami. Sekiranya anda masih tidak bersetuju, anda tidak akan dipaksa untuk ruju’. Ruju’ tidak boleh dilakukan dalam perceraian khul’, fasakh atau
talaq tiga.

Nafkah dan Harta

Nafkah
Selepas proses perceraian, anda berhak menuntut:

1. Nafkah Iddah (S.59)

2. Nafkah tertunggak isteri (jika pada masa perkahwinan suami gagal memberi anda
nafkah).(S.69)

3. Nafkah anak dan nafkah tertunggak anak (jika anda diberi hak penjagaan anak secara
kekal atau sementara) (S.72 & S.77)  
Mutah (Bayaran saguhati)
(S.56)
Anda berhak memohon mutah daripada suami anda selepas perceraian. Jumlah mutah
akan ditetapkan oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak. Diantara perkiraan mutah
ialah:
Nafkah Harian x Tempoh Perkahwinan

Harta Sepencarian
(S.58)
Anda berhak memohon harta yang terkumpul semasa perkahwinan anda dan suami.
Mahkamah akan membuat keputusan mengenai kadar pembahagian harta tersebut dengan
mengambil kira sumbangan anda seperti :
(a) kewangan, harta benda atau tenaga;
(b) hutang untuk kepentingan bersama semasa perkahwinan;dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Anda berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa
perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Mahkamah akan membahagikan harta
tersebut dengan mengambil kira:
(a) sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga;
(b) sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan anda.

Hak Tempat Tinggal
(S.71)
Anda berhak tinggal di rumah yang didiami semasa perkahwinan selagi suami anda tidak
menyediakan tempat tinggal lain yang bersesuaian. Hak tempat tinggal akan terbatal
apabila:
(a) tamat tempoh ‘iddah
(b) tamat tempoh penjagaan anak
(hingga umur 18 tahun atau lebih)
(c) anda berkahwin lain
(d) anda berlaku keji

Hadanah dan Penjagaan Anak
(S.81)
Anda mempunyai keutamaan ke atas hadanah (custody) anak dan suami pula ke atas
penjagaan (guardianship) hak dan harta anak. Hak-hak tersebut boleh dicabar di
mahkamah jika salah satu pihak dianggap tidak sesuai diberi hak tersebut. Mahkamah
akan mengambil kira kepentingan anak.

Kesalahan Perkahwinan
Anda boleh membuat aduan di mahkamah tentang perbuatan suami anda dan mahkamah
boleh mendakwanya atas kesalahan-kesalahan seperti berikut. Diantaranya ialah jika
suami anda:
1. Menggangu anda (S.107)
Anda boleh mendapatkan perintah tegahan daripada mahkamah untuk
menghentikan gangguan tersebut mengikut Undang-undang Keluarga Islam atau
Akta Keganasan Rumatangga.

2. Menganiaya dan berlaku tidak adil terhadap anda (S.127 & S.128)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

3. Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah (S.123)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

4. Melafazkan cerai diluar/tanpa kebenaran mahkamah(S.124)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

5. Meninggalkan langsung anda setelah diperintah oleh mahkamah untuk
kembali kepada anda dia enggan berbuat demikian (S.120&S.126)
Perbuatan ini melanggar perintah mahkamah dan suami boleh didenda dan/atau
penjara.

* Seksyen mungkin berbeza negeri masing-masing. Sila rujuk Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam negeri anda.(S= Seksyen)

Last edited by uzisyaziha on 11-7-2014 08:51 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:27 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 10-7-2014 08:22 PM
tergedik2 xsempat bercerai dah pasaang jantan

patut suami yang keluar rumah..dah tt yang tergedik ...

sama la kes dgn perampas tu mak wa...walau masih bergelar isteri (dlm proses mohon cerai) dah ajak laki wa kawin okeh!laki wa yg takashima dgn perampas ni punya kisah pun setuju janji nak kawin dgn dia lepas cerai...aku sumpah ko mmg takkan bahagia dgn cara gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:35 AM | Show all posts
Udah ler tt didera fizikal & emosi, tt sendiri pulak menambah aniaya diri sendiri dgn 'mencurah masalah' pd yg bukan muhrim. Apa yg ada pd seorg isteri & ibu? Maruah yg sangat tinggi & sekali tersalah langkah buruk akibatnya. Susah sgt ker nk carik yg sama jantina utk mencurah masalah & mencari bantuan?

Si suami tt tu mmg pjg akal & cerdik. Pandai amik kesempatan atas perbuatan tt menganiaya diri sendiri... saya cuma boleh ucapkan slamat berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:51 AM | Show all posts
Innrukia posted on 11-7-2014 10:35 AM
Udah ler tt didera fizikal & emosi, tt sendiri pulak menambah aniaya diri sendiri dgn 'mencurah masa ...

itu ler bel pun pelik...
ko tau inn...
tak kesahlah ladies2 kat sini sekalian nak maki hamun ke..bel tetap selesa citer, minta pendapat n dgr komen korang2...
dari jantan yg kekunun faham tapi xde maknanyer tuh...
kan ke skang dah makan diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:57 AM | Show all posts
beldandy posted on 11-7-2014 10:51 AM
itu ler bel pun pelik...
ko tau inn...
tak kesahlah ladies2 kat sini sekalian nak maki hamun ke. ...

Yea bel....masalah sama yg berulang sebetulnya....
ramai isteri org 'terlayan perasaan' dgn berkongsi masalah dgn kaum lelaki.
akhirnya bkn menyelesaikan masalah tp menambah masalah.

There is no such thing as berkongsi cerita aka masalah dgn lelaki lain....
Dlm keadaan yg fragile of cos sifat caring si lelaki ni akan buatkan si isteri ni terselingkuh jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 11:06 AM | Show all posts
Innrukia posted on 11-7-2014 10:57 AM
Yea bel....masalah sama yg berulang sebetulnya....
ramai isteri org 'terlayan perasaan' dgn berko ...

tt ni akan rasa lelaki tu the knight in shining armour yg telah menyelamatkan dia...
dia akan sanggup kawin dgn lelaki tu hatta jadi bini no 4 sekalipun...apa pun syarat dr lelaki tu dia akan sanggup terima, janji dapat kawin dgn lelaki tu
that's what happen to my hb...baru kenal 3-4 bulan dah janji nak kawin...hb plak kesian la sangat plus amik peluang la kut....janji la nk kawin bagai...
ni yg malas ingat citer semula ni...sorry inn...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:55 AM | Show all posts
beldandy posted on 11-7-2014 11:06 AM
tt ni akan rasa lelaki tu the knight in shining armour yg telah menyelamatkan dia...
dia akan san ...

lelaki yg baik takkan tadah telinga nak dgr keluh kesah isteri org.

Sbbnya si lelaki yg baik ni tau isteri org ni hak org & kalau dia betul2 nak bantu dr awal dia bantu carikan sorg pompuan utk jd 'telinga' pd isteri org ni. Sebaliknya kamu masih bertaraf isteri pd seseorg yet si lelaki tu tanpa segan silu ke hulu ke hilir 'bantu' masalah isteri org ni. FOC pulak tu....Lelaki mcm ni kamu nk jdkan suami & pelindung? Lelaki yg tak peduli hak org & batas agama?

Maaf la yer pd yg nak mengutuk aku kononnya tak rasa takkan phm. Yes aku tak rasa, tp akal, moral value & pegangan agama kita ada utk tapis mana tindakan yg betul & salah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:23 PM | Show all posts
Innrukia posted on 11-7-2014 11:55 AM
lelaki yg baik takkan tadah telinga nak dgr keluh kesah isteri org.

Sbbnya si lelaki yg baik n ...

inn...tegas betul pendapat inn ya...tapi memang betul apa yg inn katakan tu...dlm keadaan skrg ni memang nampak salah pada tt la..harap2 tt dapat la selesaikan kemelut r/tangga ni...cuma silapnya tt dah ada lelaki lain sblm sah bercerai...tu kesilapan yg paling besar tt lakukan dan diketahui oleh en laki tt...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:29 PM | Show all posts
mummy75 posted on 11-7-2014 12:23 PM
inn...tegas betul pendapat inn ya...tapi memang betul apa yg inn katakan tu...dlm keadaan skrg ni  ...

Isu tingkah laku seorg isteri bkn isu main2 mummy....
Isteri ni martabatnya dimuliakan oleh agama kita.
Simpati jugak dgn isteri2 yg teraniaya ni...

Mcm tt ni, skrg kesilapan dia dh dijadikan senjata dek somi durjana dia utk tikam dia balik...
So sapa untung? tt? Si lelaki ke 3? or somi durjana dia?


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063116 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list