Rawang: Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki seberat 290 kilogram dari tingkat sembilan wad Hospital Selayang, di sini.
Dalam operasi jam 6.03 petang semalam, pihak hospital mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat berikutan menghadapi masalah bagi memindahkan pesakit mengalami obesiti itu.
Difahamkan pesakit berusia 40-an itu yang mengalami penyakit bengkak kaki cuba dipindahkan dari Hospital Selayang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi khas itu diketuai Komander Operasi Mohd Mazwi Mohamed Noor bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.
Menurutnya, lelaki yang mengalami masalah kesihatan dibantu anggota bomba untuk turun dari tingkat atas wad hospital menggunakan katil.
Menurutnya, proses memindahkan pesakit itu berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:15 AM
«»
ANGGOTA bomba berusaha memindahkan pesakit seberat 290 kilogram ke dalam ambulans, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6419#sthash.RGJ58TEK.dpuf |