CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11789|Reply: 80

Jadikan Gelaran Datuk Ini Bermakna - Afdlin Shauki

[Copy link]
Post time 2-2-2015 11:17 AM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.


Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.


Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.


“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.



Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.


“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.


Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.


Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 11:57 AM | Show all posts
dia jeles dia x dapat letew
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:59 AM | Show all posts
kadang2 x faham kenapa kerajaan malaysia perlu inktiraf rakyat luar negara sebegitu rupa....gelaran datuk tu dah x nmpak kemalaysiaan nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:00 PM | Show all posts
hemm.ye la...ape motif bagi kat orang yang takdee kena mengena ngan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:08 PM | Show all posts
ok...
aku tak fikir dia jeles..
dia ada point and aku mcm agree...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:16 PM | Show all posts
pls afdlin... pls shut up!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong apa yg afdlin cakap tu. Apa jasa jackie chan tu kat Malaysia. Ada ramai lagi yg layak terutama org2 yg terlibat dalam NGO yg betul2 ilhlas membantu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak bagi title dato kat Rajinikanth ke? Nanti orang India kat Malaysia kata kerajaan tak adil pulak. Huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 12:30 PM | Show all posts
semoga ummah tanah besar china kembali datang melancong ke malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:33 PM | Show all posts


motif jackie chan menang OSCAR? choyy kosmo ni...manjang info salah


yg menang oscar tu Ang Lee
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:39 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 2-2-2015 12:33 PM
motif jackie chan menang OSCAR? choyy kosmo ni...manjang info salah

Jackie Chan belakon dlm citer Brokeback Mountain ke??? apsal aku x penah tau pun Jackie ada dlm citer tu....hmmmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:40 PM | Show all posts
baik bg kat phua chu kang..byk jasanya kepada negara
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:45 PM | Show all posts
axl_bach replied at 2-2-2015 12:39 PM
Jackie Chan belakon dlm citer Brokeback Mountain ke??? apsal aku x penah tau pun Jackie ada dlm ci ...

mmg konfem silap fakta.... brokeback mountain tu...yg menang best director si Ang Lee dari taiwan...xde kene mengena dgn jackie chan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:46 PM | Show all posts
maxim replied at 2-2-2015 12:40 PM
baik bg kat phua chu kang..byk jasanya kepada negara

gurmit singh tu, selain fasih cakap melayu... pernah la jugak belakon produksi malaysia

gurmit eina apa cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:46 PM | Show all posts
setahu aq mmg Jackie Chan x pernah menang Oscar

ke wartawan yg sendu & x tahu info
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:55 PM | Show all posts
aku setuju lak ngan afdlin..bagi deols takde maknanya datukship ni..sama kes dengan SRK la..agong minat jackie chan kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 01:15 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 2-2-2015 12:33 PM
motif jackie chan menang OSCAR? choyy kosmo ni...manjang info salah

hahaha, lorra terkejut tgok info dari Kosmo ini. bila masa pulak si Jackie Chan ini berlakon filem Brokeback Mountain
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:16 PM | Show all posts
Edited by warniey5477 at 2-2-2015 01:18 PM
starcity replied at 2-2-2015 12:21 PM
Tak nak bagi title dato kat Rajinikanth ke? Nanti orang India kat Malaysia kata kerajaan tak adil pu ...

Mr bean tak nak bagi sekali ker... ;p
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:40 PM | Show all posts
axl_bach replied at 2-2-2015 12:39 PM
Jackie Chan belakon dlm citer Brokeback Mountain ke??? apsal aku x penah tau pun Jackie ada dlm ci ...

i pun tak pernah perasan. ada ke?

kompius dgn wartawan malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:40 PM | Show all posts
Gelaran dato sudah jadi anugerah sampah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.277505 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list