CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16502|Reply: 59

penyanyi awal 90an meninggal dan isteri mendiang logan koma

[Copy link]
Post time 19-2-2015 12:29 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Famiza Zulkifli, yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1989 dengan lagu Getaran, meninggal dunia malam Rabu malam kerana masalah jantung.

Beliau berusia 43 tahun.

Famiza, yang lebih dikenali dengan nama Famieza, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.20 malam.

Penyanyi itu telah disebut-sebut menjadi salah seorang daripada artis tempatan terawal yang memperkenalkan irama R & B dan muzik jazz di negara ini.





Beliau akhirnya meninggalkan industri hiburan untuk membuka syarikat kecantikan dan kosmetik sendiri, Muslimah Skincare and Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kedah.

Famieza dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Muda di Gombak.

Ucapan takziah untuk penyanyi ini disampaikan di laman Facebooknya, sambil ramai menyatakan rasa terkejut dengan pemergiannya kerana sehingga 17 Februari lalu, Famieza masih memberi maklum balas kepada mesej peminatnya

____________________________________________________________________________________________________________


Isteri Mendiang Loga Sedang Koma

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 10:37 AM



Susan (kiri) dan mendiang Loga.
         
  (Ubah saiz teks)


GEORGE TOWN: Datin Susan Lovie Boudville, isteri kepada mendiang penyanyi Alleycats, Datuk Loganathan Arumugam, sedang bertarung nyawa untuk hidup akibat menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).

Susan, 58, sedang koma di Hospital Pulau Pinang selepas pengsan pada 14 Februari lalu.

Beliau disahkan menghidap COPD, sejenis penyakit saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut, kira-kira empat tahun lalu.

Menurut anak perempuannya, Dasha Logan, 26, ibunya telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan pada malam 14 Februari.

"Dia sedang mandi dan pengsan apabila keluar dari bilik mandi. Abang dan rakan ibu saya berada di rumah ketika kejadian, " katanya, Rabu.

Beliau menambah, saudara mara ibunya telah datang dari Sabah dan Australia selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Kawan rapat Susan,  Mary Carlos-Westwood, 55, berkata dia berasa amat sedih.

"Dia merupakan seorang wanita penyayang dan baik hati yang tidak teragak-agak untuk membantu orang yang memerlukan," katanya, sambil memberitahu mula rapat dengan Susan pada tahun 1999.

Katanya, Susan telah tinggal dengannya di pangsapuri Permai Ria di Tanjung Bungah sejak September 2012 selepas rumah Susan di Jalan Azyze terbakar.


"Dia tinggal dengan kami sehingga 31 Januari apabila anaknya membawanya berpindah ke apartmen Mar Vista," tambahnya.





Susan bertemu Loganathan ketika dia bekerja di Kuala Lumpur.

Loganathan, atau lebih dikenali sebagai Loga, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2007 selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit tersebut.

Bersama-sama dengannya adalah Datuk David Arumugam, di mana mereka membentuk kumpulan adik-beradik Alleycats pada tahun 1969 dan menghiburkan peminat di seluruh rantau ini selama 30 tahun.

****kredit to Mtsaronline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziahla walaupun tak kenal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 12:31 PM | Show all posts
for info**
Lagu Fiza pernah dinyanyikan semula oleh anita Sarawak iaitu getaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:34 PM | Show all posts
baru tahu dia penyanyi asal. Tak pernah dengar pun versi dia nyanyi..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 12:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:48 PM | Show all posts
aku igt famieza ni.. dulu2 selalu tgk dlm urtv... cam seangkatan dgn rima rashidi (kalo x silap aku laaaa...)...
takziah... semoga rohnya tenang bersemadi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2015 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Famiza mmg nyanyi lagu R&B tp bukan sheols penyanyi r&b yg pertama kt malaysia...tp fairuz hussein...fairuz hussein jugak retis pertama produce CD compact disk...sblm tu semua album piring hitam lg... last piring hitam official album Kristal - rahim maarof... followed by kali -pertama fairuz hussein dgn format CD dan 100% genre r&b...

Anita sarawak buat album kt indon tahun 1983...cintamu muzik di hatiku..tragedi buah epal...genre r&b...tp sheols singaporean..n album tu indonesian made.

Siti dan Hazami pernah nyanyi lagu getaran di AIM 13.... tp dlm bentuk pop r&b
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah... Famiza ni muda lg 42 tahun, anak2 pom kecik lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik org nya..innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahi wainna ilaihi rojiun... Al Fatehah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:43 PM | Show all posts
Innalillah walaupun tak sempat mengenali beliau sebagai insan seni dan kepada isteri mendiang loga, semoga sejahtera la hendaknya.

kematian tak kira usia. insaf oi insaf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 01:45 PM | Show all posts
yang perasan dia ni dulu selalu berimej dengan topi...topi ala ala zaman Victoria gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah, famieza is still young I remember her.pernah jd cpver majalah remaja. I tought dia cikgu lps x nk lg menyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:41 PM | Show all posts
Famiza ni berpurdah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Famieza nama dia? Satu waktu dulu lagu Getaran memang  popular....

Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:45 PM | Show all posts
takziah
semoga ditempatkan di kalangan orang beriman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenali Famieza secara personal, baik orangnya walaupun setelah bergelar penyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasha sultan = dasha logan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
best nyer lagu getaran tu. al fatihah famieza.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Thn 80an 90an artis msia mlambak lambak so die nie btui2 tk igt..pe pun takziah pd ahli fmili
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048059 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list