View: 7908|Reply: 66
|
[Tempatan]
Nasib ambulans dalam kesesakan KL
[Copy link]
|
|
KESESAKAN jalan raya walaupun pada hujung minggu di ibu kota itu perkara biasa di mata penulis.
Namun, apabila ambulans tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan pemandu kereta lain hanya buat tak tahu, itu suasana yang luar biasa.
Siren ambulans terus berbunyi tanpa henti dari arah belakang namun gara-gara lorong untuk dua buah kereta dilalui oleh tiga buah kereta, maka tiada ruang untuk ambulans tersebut 'menyelit'.
Menurut pemerhatian penulis sewaktu kejadian baru-baru ini, ambulans tersebut sudah menanti laluan tersebut 'dibuka' kira-kira 15 minit namun masih tiada kenderaan yang berusaha memberi jalan.
Memang diakui semua orang mahu tiba cepat ke destinasi masing-masing namun, negara ini mempunyai undang-undang jalan raya yang wajib dipatuhi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rupa-rupanya, pada tahun 2015 ini masih ada rakyat negara kita yang bersikap endah tak endah dengan keadaan sekeliling meskipun ia melibatkan nyawa orang lain.
Situasi ini hampir serupa apabila laluan kecemasan di lebuhraya-lebuhraya tertentu disalahguna pemandu yang tidak bertanggungjawab seperti yang dilaporkan sebelum-sebelum ini.
Jika situasi seumpama ini terlalu sering berlaku dan terus berulang, penulis bimbang ia akan mengancam nyawa pesakit.
Mungkin pihak berwajib wajar mencari jalan penyelesaian terhadap suasana ini terutama di ibu kota yang popular dengan kesibukan maksimanya walaupun pada hujung minggu.
Antaranya, mewujudkan laluan khas yang hanya boleh dilalui ambulans ketika kecemasan seperti laluan khas untuk bas dan teksi yang telah pun disediakan di beberapa kawasan.
Namun, dalam keadaan-keadaan terdesak mungkin anggota polis terutama dari unit trafik boleh bertindak memainkan peranan mengawal jalan di kawasan-kawasan sesak bagi memudahkan ambulans melaluinya tanpa halangan.
Selain itu, kesedaran juga perlu dipertingkatkan kepada masyarakat umum yang mungkin terlupa tentang sifat-sifat terpuji yang wajar diterapkan dalam kehidupan seharian meskipun zaman semakin maju.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pesakit kat dlm ambulan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sometimes mmg dah tak boleh nak himpit tepi sebab kereta kiri kanan pun stuck dlm jam. Abes gimanakah |
|
|
|
|
|
|
|
bukan stakat driver biasa x reti bahasa,
kdg kdg ambulans xda pesakit pon buka siren
lepas dr jem terus tutup siren |
|
|
|
|
|
|
|
sbg pengguna jlnraya... arah dari mana dtgnya siren tersebut amat sukar dijangkakan. aku x pernah jumpa pemandu yg sengaja x bagi laluan pada ambulan. |
|
|
|
|
|
|
|
inilah bahananya bila harga kereta dah murah, hari2 beli kereta
seriyesly, kenapa pemandu yg tak bagi laluan tak cuba bayangkan kalau mereka sendiri berada dlm ambulans tu? time ambil lesen jawab pulak baik2 tp bila dah dapat lesen lain pulak jadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia orang belum pernah kena kat keluarga sendiri. Sebab tu selfish sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tgk laluan motor pun keta boleh sapu...bawak laju pulak tu... Motor balik kena ketepi sampai nak masuk longkang...kalau dpt pemandu2 vongok mcm tu elok di kiki steeringkan je |
|
|
|
|
|
|
|
dah sesak, kan.. macam mana nak menyelit lagi dah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sesak nk myelit cmne..bdoh bin bangang ke aper..bistu yg vvip lalu yg suh kita smua tu ke tepi kcemasan ape pulak.??? Tu tkde pulak nk disoal kn..vavi kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
ambulan takde riders. lainlah kalau pak menteri nak berkejar pi padang golf. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tgk, mmg pemandu2 lain akan bg laluan, himpit asalkan ambulans tu boleh lalu.. unless kesesakan terlampau yg dah xleh nk himpit kiri atau kanan lg dah.. yg camtu mmg xleh nak buat apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesak sgt nk himpit cmne, kang berdentum pulak bunyi. Pemegang2 lesen bnyk di tahap amatur lg |
|
|
|
|
|
|
|
Aku himpit kiri jika ambulans
Jika vvip akak x dgr siren.sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ramai kat sini tak pernah lagi ada pengalaman ambulance nak lalu..
kalau bunyi siren orang pekak aje boleh buat bodo,
kalau ada hati perasaan dia berusaha himpit keta asalkan ambulance lalu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-4-2015 01:36 AM
Kan! Hahaha... M25 tu jam gila pun dia orang masih boleh bagi laluan. Dan setengah jalanraya dalam london lagi bz dari kl pun boleh je bagi laluan kat ambulance yang setiap 5 minit ada je ambulance dalam kecemasan . Apa apa hal pun ianya bermula dari pemanduan kita sendiri. Kalau kita ikut betul undang undang jalan raya dari mula pemanduan kita di Jalan raya semua tu dapat di atasi. Masalah Pemandu Malaysia ni tersangat mementingkan diri sendiri. Selagi boleh asak kita asak walaupun sejenkal bumper tu bumper!
|
|
|
|
|
|
|
|
Klau vvip lalu dgn polis trafic tau pulak takut nk bg laluan. |
|
|
|
|
|
|
|
hubby akak kalau dulu pantai dengar siren, terus ketepi.. sekarang pesen baru lak dia... dengar ambulance atau bomba tetap sama, laju himpit ke tepi... kalau dengar siren polis, tengok belakang ada kereta hitam, mintak maaf lah.. mmg dia cukup hangin dan buat2 tak dengar jer sampai polis hon keta akak marah...
semalam pergi semenyih ikut cheras, lepas bayar tol terus jem.. datang polis iring ntah sapa dok pasang siren tengah2 jem suruh semua org ketepi... hubby kak dah hangin satu badan dah... dah laa baru lepas bayar tol terus jem buat jambatan MRT tuh.. polis dok halau org nak bagi VIP lalu.... mulalah membebel dah laa roadtax keta dia kita bayar, tol laju jer tak bayar ikut belakang polis...pastu guna polis halau2 kita suruh ketepi yg semua segala kita bayar sendiri... habis dihamunnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|