View: 8613|Reply: 76
|
[Tempatan]
Penceramah Motivasi Kata Lagu Rock Punca Kejatuhan Moral Ummah??
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan rock terkenal, Search, Amy, 57, kecewa dengan tindakan seorang penceramah motivasi lelaki melabelkan Search sebagai punca kepada keruntuhan moral segelintir belia di negara ini apabila mereka mengadakan persembahan di Festival Belia Putrajaya 2015 di Putrajaya, malam Ahad lalu.
Lelaki terbabit yang memuat naik status “Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya” di laman Facebook, Ahad lalu.
Tindakannya melabelkan Search sebagai ‘hantu’ bukan saja mengecewakan Amy dan Search, malah mengundang kecaman daripada peminat Search.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu semalam oleh seorang lagi anggota Search iaitu Nasir yang juga pemain bass.
“Sebagai penceramah motivasi, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu. Kami menyertainya (Festival Belia) kerana kami menyokong program untuk belia. Kita saling tolong-menolong.
“Lagipun program itu mengetengahkan banyak aktiviti positif untuk belia. Kami bukannya nak jadikan mereka ‘hantu’,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Sementara itu, pakar motivasi terbabit memadamkan status kontroversi berkenaan awal pagi tadi selepas menerima ratusan komen mengecam tindakannya itu.
Katanya, dia mengambil keputusan memadamkan status di Facebook itu atas nasihat orang ramai.
“Semoga kita dapat 'move on' dengan agenda perjuangan masing-masing dan meneruskan tugas penciptaan kita di atas muka bumi ini, Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook.
Beliau kemudian turut memuat naik permohonan maaf kepada peminat Amy dan Search yang tersinggung dengan kenyataannya sebelum itu kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Dalam kenyataan itu, lelaki terbabit juga mendakwa sudah menghubungi pengurus Amy, Nourish Hassan yang juga isteri Amy dan akan berjumpa dengan Amy hari ini untuk meminta maaf.
Amy berkata, Nourish ada memaklumkan perkara itu kepadanya tetapi belum bersedia untuk berjumpa lelaki terbabit.
Sementara itu, Amy turut menitipkan kata-kata berikut dalam Instagramnya:
‘Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku
Hitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup ku
Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sbahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia’.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 6:41 PM
« »
Status penceramah motivasi lelaki yang mengundang kemarahan dan sudah dipadamkan.
http://www.hmetro.com.my/node/53612
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by puterikhaleeda at 27-5-2015 07:47 AM
mmg lirik2 lagu rock ni double meaning..masalahnya bebudak yg nyanyi tu faham ke tak hihihihihi.... so what? bila dah tua ni baru ler mengkaji.. time muda2 dulu nyanyi je....hhihihihi sbb bunyi sedap.. tak de mana nak memahami syair dan intipati lagu tu...
sbb most of lagu mesia nih berpujangga... frontal lobe tak develop lagi nak kaji.. sampai laa umur 20-21.. tu pun kalau nak kaji...
lain lagu indon.... semua nye jelas... straight to the point... hihi sbb tu mudah popular kot.. sbb senang nak faham... dulu kumpulan arrow ke apa tah...... lagu jenis straight to the point.. tapi again.. org mesia tak suke kot... suke bebeno ayat yg berbunge bunge....akhirnya tak sampai maksud.. dah tua baru tau
|
|
|
|
|
|
|
|
layan muse / soad / greenday / strokes / him / killers / mcr
Elok je bella jadi manusia..
Take the positive vibe, dari situ bella belajo ckp omputeh tau.. Kalo hadap malay drama pprt tb3 suku. Camna nak fluent omputeh |
|
|
|
|
|
|
|
aku layan je lagu SEARCH...... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang yang dengar lagu nasyid pun bukan semuanya ok ye dak |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa replied at 27-5-2015 08:07 AM
layan muse / soad / greenday / strokes / him / killers / mcr
Elok je bella jadi manusia..
Lagu him yang aku tau yang lirik dia i love your skin ohh so whiteeee sebegitu. Memang best lagu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
teruk hantu gigi ni kena hencap dgn rockers kat fb..padan muko
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa penceramah motivasi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
benda tak yah nak besarkan pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 27-5-2015 08:57 AM
omg... x kenal pon... sajer nak cari publisiti murahan la tu... nak up kan nama yg sendu... confirm aku x kenal...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lorra2411 at 27-5-2015 09:47 AM
lagu Nasyid sekarang pun kemain asyik pasal cinta. tak payah nak beriya sangatlah. Ustaz Kazim Elias tu elok je nyanyi lagu Search, Wings masa baca ceramah. please lah.
iolss suka dgn band MCR, Queen, Thirty Seconds To Mars, Fall Out Boy, We The Kings, Green Day, Nirvana, The Police, Pearl Jam, The All-American Rejects, Blink 182, Muse, Breaking Benjamin, Linkin Park, Led Zeppelin |
|
|
|
|
|
|
|
lagu pe tuu
bella suke funeral of heart & join me in death.. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila BBNU bg motivasi...
Klu boleh satu dunia ni dia nak salahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
80s bawa ke 90s dulu ada macam2... geng Rockers, Diskang, Bros, Jiwang, GQ... in the end tak kira mana stream diorang ada yg jadi orang & ada yg ke laut... yg join tabligh pun ada gak end up kaki chase the dragon... tak boleh nak cakap Tuan Pakar Motivasi.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ler kuciwa, abg amy. ko memang hantu pun. penagih dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu search byk berunsur ketuhanan..hantu gigi ni je x tau
|
|
|
|
|
|
|
|
apa nama hantu gg ni |
|
|
|
|
|
|
|
orang lain buat apa pun semua salah.... malaysia truly asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|