Kelucahan melampau: Model diperintah jalani pemeriksaan psikiatri
29 Mei 2015 1:51 PM
218 5 Google +0
KUALA LUMPUR 29 Mei -- Bekas model sambilan, Persana Avril Sollunda, 33, diperintahkan oleh Mahkamah Majistret hari ini supaya menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Perak. Dia dituduh mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah kerana menanggalkan bajunya di khalayak ramai di Jalan Petaling pada 23 April lepas. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR 29 Mei - Pelakon dan model sambilan, Persana Avril Sollunda diarahkan oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak.
Tertuduh yang didakwa melakukan kelucahan melampau di Jalan Petaling itu diperintahkan oleh Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md. Noor untuk mendaftar di hospital tersebut pada hari ini atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya. Kes akan disebut semula untuk laporan penilaian kesihatan psikiatri pada 2 Julai ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.lzqEDoyq.dpuf
p/s: Gilo ghupo eeeh dio ni...
|