CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12498|Reply: 132

[Tempatan] Kemungkinan besar Dr Mahathir akan sertai forum bersama Najib, kata pembantu

[Copy link]
Post time 4-6-2015 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Kemungkinan besar Dr Mahathir akan sertai forum bersama Najib, kata pembantu
OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut menyertai forum 'Nothing to Hide' bersama Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad "berkemungkinan besar" bakal berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum yang akan berlangsung esok, kata pembantunya.

Sufi Yusoff ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, tiada jemputan rasmi dihantar pihak SukaGuam selaku penganjur forum tersebut, sebaliknya hanyalah jemputan terbuka sekali gus tidak memerlukan Dr Mahathir untuk menyatakan secara rasmi berkenaan kehadiran beliau.

"Berkemungkinan besar beliau akan hadir," kata Sufi.

Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada Dr Mahathir yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.

"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter. Kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.

Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."

Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – 4 Jun, 2015.
--themalaysianinsider.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2015 08:30 PM | Show all posts
semoga semangat kepahlawanan najib bakal terserlah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:39 PM | Show all posts
silap haribulan, pahlawan terus tak muncul esok...kahkahkah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuuuu seronoknya.harap2 ada live streaming haruslah melantak popcorn ngan teh o ais limau, dah la esok jumaat lgi séronok
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:43 PM | Show all posts
Yesssss. I can't wait.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tlg la ada live streaming. aku nak sgt tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perjumpaan di Forum itu bermulanya bibik cinta di antara Tun Madey dan Jibby.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan halfway ruang soal jawab kena cut sbb tak cukup masa sudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah jib mesti tunjuk kepahlawanan ah jib tau..jgn last minute mntk maslan ganti..terus jadi kepondanan tau abg jib..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:11 PM | Show all posts
Dah boleh bayangkan jika Najib hadir, Tun disediakan tempat di tingkat 2 PWTC(kawasan pemerhati), katanya dikhususkan utk para VIP. Tun hanya dibenarkan menyoal SATU soalan, itupun jika ada. Lain2 soalan hanyalah utk penyoal2 drpd wakil2 NGO yg telah ditetapkan. It's another najib's wayang kulit. It's F***king idiot forum. U'll see.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:11 PM | Show all posts
yellowfin replied at 4-6-2015 08:39 PM
silap haribulan, pahlawan terus tak muncul esok...kahkahkah..

jangan pula nanti ada announcement dialog dibatalkan atas sebab2 keselamatan atau yg tidak dapat dielakkan.  Maka akan melantaklah orang2 yg nak makan popcorn dgn lemah longlainya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:13 PM | Show all posts
cayalah pahlawan bugis...go bugis go go go
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:19 PM | Show all posts
ahkak pink akan datang mewakili ahjib
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:20 PM | Show all posts
kangkong999 replied at 4-6-2015 09:11 PM
Dah boleh bayangkan jika Najib hadir, Tun disediakan tempat di tingkat 2 PWTC(kawasan pemerhati), ka ...

Semoga helah seperti itu tidak terjadi.  Sbg seorang yg berdarah pahlawan, harus berani berdepan dan jgn mengelak dgn alasan. Jangan malukan rakan dan taulan, semoga ada sejarah melakar catatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:35 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 4-6-2015 09:19 PM
ahkak pink akan datang mewakili ahjib

ahkak pink? no, no, no.  We want najib, we want najib.  Come chedet come, let's join the show, rakyat shall be truly happy to know the truth that we want to know.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:37 PM | Show all posts
nolya replied at 4-6-2015 09:35 PM
ahkak pink? no, no, no.  We want najib, we want najib.  Come chedet come, let's join the show, rak ...

ahkak pink kena tunjuk taring dia dah.......
dia xrela ahjib diperkotak KATIK kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa guna kemungkinanan plak..kompom hadir lah.

Sejak bila tun dah jadi kemungkinan ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 10:02 PM | Show all posts
Jemput orang tua tu guna social media... of courselah orang tua tu jawap melalui social media.... takkan dia nak jawap bertulis pulak...tak reti protokol betul penyokong Najib ni.... mesti masa kecik tak baca doa penerang hati
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 10:26 PM | Show all posts
Adakah nanti dua-dua pahlawan tu akan menjelma jejaka yang gagah lagi kacak ketika bertarung nanti?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 10:28 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 4-6-2015 09:37 PM
ahkak pink kena tunjuk taring dia dah.......
dia xrela ahjib diperkotak KATIK kan....

still a big no mak wa.  Rakyat tak keen nak tengok taring kak pinki tapi we want to see the warrior.  Gelanggang yg mau diadakan pun bukan untuk dia but she can come tog with her anak menantu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list