View: 8039|Reply: 22
|
Pelakon Malaysia bintangi filem Hollywood
[Copy link]
|
|
Pelakon Malaysia bintangi filem Hollywood
Pelakon tempatan Debbie Goh mendapat peluang untuk membintangi bersama pelakon Superman Returns, Brandon Routh dalam filem Hollywood
Kuala Lumpur: Seorang pelakon tempatan mendapat peluang untuk membintangi filem bersama pelakon Superman Returns, Brandon Routh dalam sebuah filem terbitan Hollywood yang berjudul Lost In The Pacific.
Penggambaran filem itu akan dilakukan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.
Menurut Asia News Network, bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 dan artis Hong Kong TVB, Debbie Goh telah ditawarkan peluang untuk berlakon dalam filem tersebut apabila dia pulang ke Malaysia pada Februari lepas.
Menurut Debbie, dia dihubungi oleh pihak penerbit filem tersebut untuk mengadakan satu pertemuan.
Bagaimanapun, Debbie pada ketika itu tidak dapat menghadirkan diri, lalu menghantar video pengenalan diri dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin kepada mereka.
Akhirnya, pelakon itu dipilih dan diberi salah satu watak utama dalam filem tersebut.
Berasal dari Johor, Debbie dikenali melalui drama TV Age of Glory (2008), The Descendant (2010, Glowing Embers (2012), dan juga The Legend of Kublai Khan (2013).
Walau bagaimanapun, filem Lost In The Pacific adalah filem pertama pelakon itu menggunakan bahasa Inggeris.
“Oleh kerana ini kali pertama saya akan berlakon dalam filem Inggeris, saya akan memperbaiki Bahasa Inggeris saya dengan menggunakannya dalam pergaulan seharian.
“Saya rasa bertuah dan sedar bahawa ini adalah satu cabaran bagi saya. Tambahan pula, saya akan membawa nama Malaysia,” kata Debbie.
Filem fiksyen sains futuristik ini mengisahkan sekumpulan penumpang elit di atas sebuah pesawat mewah yang kemudiannya dilanda tragedi.
Selain pelakon Hollywood, Brandon Routh, filem ini turut dibintangi pelakon China, Zhang YuQi dan akan diarah oleh pengarah Vincent Zhou.
Penggambaran filem telah bermula di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di Nusajaya, Johor dan filem ini dijadualkan menemui penonton pada hujung tahun 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya ahmoi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
i ingat Debbie Goh ni memang artis Hong Kong?
Btw, artis Malaysia yg ke Hollywood jangan dilupakan satu nama yg penting: bekas Ratu Cantik Malaysia, Michelle Yeoh
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ... sat gi jadi set set michelle yeoh la dpt pangkat datuk bagai ni. michelle yeoh dah dpt tan sri kann? ntah apa benda ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohmai...debbie goh ni dulu2 lawa..apsal skrg mcm makin jongos?
Anyway.....nk tanya khabar retis2 cina lain...
Jojo goh lepas menang FFM terus lesap
Carmen soo mana? Kt manila lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bgs..aku lbih ske artis cina dr artis hindustan.. |
|
|
|
|
|
|
|
I kenal Jojo Goh je
ni adik beradik Jojo ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal tapi baguslah dapat ke Hollywood. Bila lagi Aeril Zafrel nak tayang movie dgn Christina Ricci tew? |
|
|
|
|
|
|
|
alah jaman citer itam putih dulu pun beraim pendek dah berlakon citer hollywood... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam PPRT jer filem ini. Semua pelakon macam B or even C grade jer tengok.
BTW, Spidey memang minat Brandon Routh. Jatuh hati pada kehensemannya dalam filem Superman Returns. |
|
|
|
|
|
|
|
Debbie dah jadi retis tvb kah ??? Iols suka gak dia ni. Dulu rajin melayan drama china tempatan dkt ntv7 ...
Good luck Debbie
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pilem pprt |
|
|
|
|
|
|
|
Mumula tgk gambar sekilas ingatkan Nasha Aziz.. Hehehe..
X kenal dia. Tp good luck! |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah dengar pun nama dia
|
|
|
|
|
|
|
|
aah la
inspired kot..huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
DATUK MICHAEL YEOH DULU PUN ..MANA ADA YANG KENAL MASA BERLAKON DENGAN JACKIE CHAN ....
SEKARANG DAH DAPAT PANGKAT DATUK.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah berborak ngan kwn cina aku.. Dia kata rmai org cina suke retis cina malaysia.. Dan kebykn retis cina malaysia glamor kt china, singapore taiwan sume.. Cume kat malaysia je xbrape nk glamor.. Klu glamor punn diklgn org cina jee kann.. Tp setelah berkwn dgan byk amoi2 cina.. Aku tgok, mmg cina kt malaysia yg pling baik dan ramah skali antara cina2 ngr yg lain.. 1malaysia sesgttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|