Petaling Jaya: Penat lelah beratur selama 33 jam nyata membawa tuah kepada Shawn Low, 25 dan rakan baiknya, Jesseca Chow, 25 apabila menjadi pemilik terawal iPhone 6s dan 6s Plus dari Celcom Axiata Berhad (Celcom) di Celcom Blue Cube Sunway, tengah malam tadi.
Kedua-duanya beratur sejak 3 petang Rabu lalu meskipun kaunter jualan hanya dibuka pada 12 tengah malam tadi. Betapa bertuahnya mereka apabila menerima kejutan daripada Ketua Pemasaran Produk Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin yang mengumumkan mereka bersama empat pelanggan bertuah lain hanya perlu membayar sebanyak RM6.50 untuk peranti masing-masing.
"Kami di Celcom hanya mahukan yang terbaik dan mengejutkan pelanggan yang setia," kata Zalman.
Celcom turut melakukan kejutan apabila selebriti terkemuka tanah air seperti Shaheizy Sam, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ella, Soo Wincci dan Amber Chia menerjah rumah pelanggan Celcom yang menempah iPhone lebih awal untuk menyerahkan sendiri peranti terbabit kepada mereka. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85465#sthash.bjYUPlQ5.dpuf
|