CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1911|Reply: 1

20 Kesilapan Utama Mendidik Anak

[Copy link]
Post time 16-10-2015 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Anak adalah anugerah dan nikmat terbesar sekali dalam sesuatu rumahtangga. Dengan kehadiran anaklah, rumahtangga akan bertambah ceria dan gembira. Kesemua ibubapa mengimpikan anak-anaknya yang berbudi bahasa, jujur, beriman dan baik perwatakannya.
Sebenarnya anak anak itu kesemuanya dilahirkan dengan begitu suci sekali, ianya umpama sehelai kain putih dari sebarang kekotoran. Ibubapalah yang memainkan peranan dalam mencorakkan dan membentuknya untuk menjadi insan yang berjaya didunia akhirat ataupun tidak.

Oleh itu, marilah sama-sama kita sebagai ibubapa memuhasabah diri dengan 20 Kesalahan Utama Dalam Mendidik Anak-Anak yang mungkin kita sering lakukan tanpa kita sedari agar anak kita membesar dan menjadi insan yang cemerlang, sihat dan menjadi seorang yang soleh/solehah.


#1 Terdapat jurang komunikasi diantara ibubapa dan anak-anak.
#2 Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
#3 Sering mengeluh dihadapan anak-anak.
#4 Tidak menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak.
#5 Tidak tegas dalam terhadap anak-anak.
#6 Tidak meluangkan masa bersama untuk berborak/berinteraksi dengan anak-anak.
#7 Sentiasa menunjukkan sikap negatif dihadapan anak-anak.
#8 Tidak berminat melayan pertanyaan/kemusykilan yang bermain di minda anak-anak.
#9 Memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat apabila menegur kesilapan anak-anak.
#10 Tidak berusaha mempelbagaikan sajian untuk hidangan anak-anak.
#11 Suka mengherdik, gertak, marah sehingga menimbulkan ketakutan kepada anak-anak.
#12 Kurang melahirkan rasa kasih sayang terhadap anak-anak.
#13 Komunikasi dengan anak-anak tidak menggunakan bahasa dan medium yang betul.
#14 Tidak menyokong dan menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
#15 Suka berleter kepada anak-anak andai mereka melakukan kesilapan.
#16 Ibubapa tidak membimbing anak-anak ke arah kebaikan dan yang dipatuhi syariat.
#17 Tidak menghargai kerja dan kejayaan anak-anak.
#18 Tidak memberikan perhatian terhadap buah fikiran dan idea anak-anak.
#19 Langsung tidak pernah meluangkan masa dengan anak-anak kerana sibuk dengan kerjaya.
#20 Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
Ramai ibubapa yang terlepas pandang perkara-perkara seperti yang disebutkan di atas dan ada yang menganggap ianya satu perkara yang remeh. Percayalah anak-anak akan mengikuti setiap apa yang ibubapanya lakukan kerana ibubapa menjadi contoh ibubapa.
Semoga anak-anak kita bebas daripada perkara-perkara negatif yang boleh memberikan kesan kepada ahklaknya. Insyallah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 06:20 PM | Show all posts
Very informative Kita cuba buat yg terbaik utk anak2.

T.kasih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.383534 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list