View: 7202|Reply: 7
|
[Dunia]
Budak 10 tahun maut ditindih ibu obes seberat 154kg. Duduk di atas anak sebagai hukuman kerana dikatakan berkelakuan buruk
[Copy link]
|
|
INDIANA: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut selepas ibu angkatnya yang seberat 154kg duduk di atasnya sebagai hukuman kerana dikatakan berkelakuan buruk.
Memetik laporan Fox News, wanita terbabit, Jennifer Lee Wilson, 48, dijatuhi hukuman enam tahun penjara atas perbuatannya.
Kejadian berlaku pada 25 April 2024 di sebuah rumah di Indiana apabila polis menemui mangsa, Dakota Levi Stevens dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam di leher dan dadanya.
Salah seorang anggota polis cuba memberi bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan.
Wilson memberitahu pihak berkuasa bahawa sebelum kejadian, Dakota melarikan diri dari rumah dan ditemui di rumah jiran.
Menurutnya, selepas dibawa pulang, kanak-kanak itu mula 'berkelakuan buruk', berguling di lantai dan menyatakan mahu keluar dari rumah.
Sebagai hukuman, wanita itu duduk di atas dada Dakota selama beberapa minit sehingga dia tidak lagi bergerak.
Ketika itu, Wilson bertanya, "Awak berpura-pura?" kerana menyangka mangsa hanya berlakon.
Laporan perubatan mendedahkan punca kematian akibat asfiksia mekanikal (kesukaran bernafas akibat tekanan) dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Hasil bedah siasat turut mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman termasuk kerosakan organ dan pendarahan pada hati serta paru-paru.
Saksi kejadian memaklumkan sebelum ini Dakota pernah meminta jirannya untuk mengambilnya sebagai anak angkat kerana mendakwa sering dipukul oleh ibu bapa angkatnya, namun tiada kecederaan jelas dilihat pada tubuhnya.
Pada Januari 2025, mahkamah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara terhadap Wilson dengan satu tahun digantung dan dijalani dalam tempoh percubaan. - Agensi
Sumber – BH
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
patut gantung sampai mati je acik gundu ni.... |
|
|
|
|
|
|
|

Full power thrust |
|
|
|
|
|
|
| |
|