CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3990|Reply: 26

[Tempatan] Tangisan terakhir

[Copy link]
Post time 13-11-2015 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Budak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dipatuk ular tedung pada ibu jari kaki kiri dalam kejadian di rumahnya di Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai, Pendang, dekat sini, kira-kira 4 petang tadi.

Mohd Danish Izat Sukri muntah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu keluar bermain bersendirian di konkrit saluran pembetung terbiar di halaman rumahnya sebelum menangis serta mengadu sakit kaki.

Bapa mangsa Sukri Zainol, 50, berkata, ketika kejadian dia sedang memancing di kolam ikan terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan terkejut sebaik mendengar suara anak bongsunya meraung kesakitan dan memberitahu kakinya sakit.

"Sebaik terdengar suara adik (mangsa) menangis dan menjerit saya segera mendapatkannya dan dia menunjukkan ibu jari kakinya yang sakit lalu meminta isteri yang baru selesai mandi mengambil minyak gamat untuk disapukan di tempat sakit.

"Tidak lama kemudian adik terus muntah mengeluarkan buih sebelum memuntahkan semua makanan yang ada dalam perutnya lalu tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSB, di sini.

Menurut Sukri, sebaik tiba di hospital kira-kira 5 petang doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia dipercayai dipatuk ular sebelum dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Katanya, walaupun bersedih dengan kejadian itu, dia sekeluarga tabah dengan pemergian anak bongsunya dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 9:45 PM

Mohd Danish meninggal dunia selepas dipercayai dipatuk ular tedung. FOTO Danial Noordin









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92608#sthash.3azoBvUb.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 10:15 AM | Show all posts
awat letak kat thread haiwan & tumbuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:17 AM | Show all posts
isu semasa ni, TT.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:24 AM | Show all posts
issue semasa lah kan?
kalau tak, nak letak kat board mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ahhhhh sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak dua thn dibiar main sorang2 kt laman rumah?tmpt trbiar lak tu..ishhh...x de kesedaran langsung mak pak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2015 11:11 AM | Show all posts
takziah.. al fatihah untuk adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:12 AM | Show all posts
Ya Allah... sumpah sebut ular je pun dah takboleh bayangkan dah. geli seram takut semua ada. tambah la usia budak 2 tahun ni. entah sedar ke tidak apa yang terpatuk tu. kesian. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 11:13 AM | Show all posts
moral of the story jgn bawa anak kecil pegi memancing
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:15 AM | Show all posts
moral of the story , bersihkan la kawasan rumah tu ..

ular pun leh buat rumah dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:18 AM | Show all posts
alaa dibiar merayap budak ni..adoiii tk sayang anak ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:21 AM | Show all posts
sakit sikit letqk gamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Terasa ada ular plak kat kaki ni. Seram.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:37 AM | Show all posts
pengajaran jangan bagi anak main tanpa pengawasan..benda dh jadi pown
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:40 AM | Show all posts
umur dua tahun dah dibiarkan merayau keliling rumah..kalau tak de semak samun tak apalah...ni kat belakang aku ni ada semak kecik ruang penampan antara perumahan kitorang dgn zon IKS kat belakang tu pun ada biawak masuk rumah..hutan kecik je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:47 AM | Show all posts
Aku yg dok kt bandar ni pun takut ular masuk rumah tau.. Setiap masa check dlm rumah ni ha binatang2 berbisa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 11:52 AM | Show all posts
anak 2 tahun dibiar bermain kat luar tanpa pengawasan..
letak lagi macam-macam kat laman sampai ular pun boleh bersarang..
pastu bukan nak check kaki budak tu kena apa.. main tuang minyak jah..
tapi tak apa la.. tahun depan keluar la anak baru buat ganti..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah..kesiannya..takziah..parents yg lain tu jadikan kes neh pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:00 PM | Show all posts
kenapa lah dok biar budak 2 tahun cam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:14 PM | Show all posts
alahai kesiannya adik tu...
mmm maknyer buat apa sampai biar anak 2tahun main sorg2 kt luar rumah..
patutnya main kt dlam rumah jer...longgok mainan biar dia main dlm rumah...sng nak pantau...

ni bior main sensorang kt luar tu...ishhhh mcm2 bole2 jadi...

kalau main dlam rumah still di patuk ular..mmg bole la cakap dah sampai masa ke apa..
ni biar main kt luar rumah yg semak samun tu...nak cakap apa lagi..mmg kecuaian mak bapak laa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069555 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list