View: 5665|Reply: 53
|
[Tempatan]
ADUN PKR Menangis, Kecewa Kawasannya Diabai Kerajaan P.Pinang
[Copy link]
|
|
ADUN PKR Menangis, Kecewa Kawasannya Diabai Kerajaan P.Pinang
Posted on November 20, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|
PULAU PINANG – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam dikejutkan dengan tangisan Dr. Norela Ariffin (PKR-Penanti) yang kecewa kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya.
Norela berkata, beliau berasa sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam DUN Penanti yang tersepit kerana tiada kemudahan asas.
Katanya, setiap soalan yang ditanya dalam DUN sejak Isnin lalu tidak dijawab malahan ditolak oleh satu Exco kepada Exco lain.
“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain?” kata­nya yang menangis teresak-esak dan ditenangkan Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit).
Norela berkata, DAP sebagai parti demokratik sosialis seharusnya memahami masalah rakyat bawahan dan penduduk kampung, namun perkara itu tidak berlaku di Penanti.
“Apa yang saya hendak cakap kepada orang kampung, masalah banjir lumpur yang tidak diselesaikan, masalah kilang haram, jeti yang tidak dilengkapi kemudahan asas sehingga gagal digunakan nelayan… saya bawa suara orang kampung, kenapa kerajaan negeri tidak mahu faham, mengabaikan Penanti,” tegasnya.
Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) kemudian bangkit menyatakan sokongan kepada Norela sambil mendakwa itulah realiti sebenar yang dihadapi penduduk di negeri ini di bawah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sokongan Roslan itu menyebabkan wakil penyokong kerajaan ne­geri lain berang dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ditenangkan oleh Timbalan Spea­ker, Datuk Makhtar Shapee.
Kritikan keras Norela terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang turut tidak disenangi oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.
Abdul Malik (PKR-Batu Maung) berkata, tuduhan Norela tidak adil kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebut terdapat peruntukan disalurkan kepada Permatang Pauh.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnor (PKR-Pantai Jerejak) turut campur tangan apabila meminta Abdul Malik bertenang dan menurutnya, masalah yang diutarakan Norela perlu dibincang secara mendalam.
Norela yang masih gagal mengawal emosi kemudian bangkit menyanggah Abdul Malik dengan mendakwa semua peruntukan yang disebut itu bukan disalurkan kepada kawasannya sebaliknya untuk DUN Permatang Pasir dan Seberang Jaya.
“Tahukah bahawa penduduk kampung di sana terperangkap disebabkan kekurangan infrastruktur di kawasan berkenaan? Kami terpinggir, tiada pengangkutan awam serta kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM),” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Law Heng Kiang (DAP-Batu Lancang) yang berbahas sebelum itu menjelaskan isu infrastruktur yang dibangkitkan Norela bukan berada di bawah bidang kuasanya walaupun soalan asal yang dikemukakan adalah berkaitan perancangan rumah inap desa di Penanti.
R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaa... haaa.. kalau dah sebut kampung tu mana DAP berminat.
Dia org nak kawsan bandar yg majoritinya org2 cina.. senang cerita sebab kat bandar hampir semua kemudahan dan keperluan telah tersedia. Tak perlu nak fikir nak buat apa. Ambik hati pengundi majoriti dan pola pengundian berdasarkan sentimen kaum.. selagi wujudnya perlbagai kaum selagi itulah wujudnya perasaan perkauman. Jgn nak tipu la...
Matila lepas ni... terus aku dicop sbg cai umgok Yg komplen menanggis2 ni pun org PKR |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa jaga org melayu di PP...bukan boleh mempengaruhi keputusan undi pun....jaga yg majority cukuplah...tapi BN bodoh juga...di kerejaan persekutuan yg majority sokong BN tak dijaga...apa mcm next PRU????? |
|
|
|
|
|
|
|
tgk muka yg kat blkg pompuan tu menyakitkan ati jer |
|
|
|
|
|
|
|
bangsat sgt aku baca stetmen adun seri delima tu.typical sgt .mcm ajk masjid kat tempat aku.tanak bincang kata ini masalah ko ...byk lagi masalah lain |
|
|
|
|
|
|
|
MP kat sabah bila nak menangis kat parlimen? |
|
|
|
|
|
|
|
MP kat sabah bila nak menangis kat parlimen? |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau contoh wakil rakyat yg ikhlas buat keje..semoga kerajaan negeri bantu beliau dan org kampung tersebut..jgnla pilih kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la,
nak sangat kowtim dengan cina komunis DAP
tengok ADUN parti2 lain bawah komponen BN,
MCA, gerakan, MIC
mana ada sampai menangis minta allocation
ka apa ka
rasakanlah balasan jadi barua cina komunis DAP |
|
|
|
|
|
|
|
Kelaka dijek ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja.
tengok cara dia matikan topik, dah tu sidang DUN bincang apa? pasal rayer ni punya masalah otak kurang berfungsi? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zach2008 at 20-11-2015 09:55 AM
Thread mcm ni tak kan ke mana dan tak ada sambutan.
Bukak la byk2 pun. Mcm kes nurul izzah tu la vs kes sabri telor penyu
YB2 ni tau, dia org buat apa akan ada totok mereka akan back up tak kira sebesar mana pun salah mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
DAP adalah sebuah parti berbilang bangsa yang terdiri dari kaum melayu, cina , india , singh, iban, kadazan dan lain lain
mp dap ada berkuturunan melayu
ada keturunan cina
ada bangsa india
ada dari singh
di sarawak, dap masuk kampung bina jalan, bekalkan air bersih
siapa kata dap nak bandar sahaja
dap adalah parti untuk semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka sapa nampak bodoh sekarang? Adakah sikap Pak Pandir,Pak Kaduk,Si Luncai masih wujud lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni kat pekan penanti cuma ada dua atm mesin
satu agro bank dan satu lagi aku x ingat
sekian ulasan anak jati penanti/permatang pauh
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada kelakarnya
terang2 melayu di pulau pinang
dipermainkan cina
pun masih jugak nak jilat
cina komunis DAP
dasar bodoh bertingkat2
|
|
|
|
|
|
|
|
ok laa........ DAPig sudah belajar apa yg UMNO buat kat Kelantan selama nie |
|
|
|
|
|
|
|
buthow la berbilang bangsa
jadah haram komunis terang2
eksploitasi bangsa melayu
lagi ada barua nak percaya
kepada cina DAP lahanat
puii
|
|
|
|
|
|
|
|
taburan populasi melayu di kelantan seragam
berbeza jauh di pualu pinang, kawasan
melayu adalah di balik pulau
dan kawasan itulah yang sengaja dibiarkan
ketinggalan oleh cina komunis DAP
terang2 menunjukkan bangsat
|
|
|
|
|
|
|
|
nak mesin atm banyak banyak untuk pekan kecil ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|