Edited by Voyagers at 22-12-2016 01:10 PM
Dividen ASB 2016
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 6.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan lebih sembilan juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 0.50 sen seunit.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, pemegang unit akan menerima dividen sebanyak 5.00 sen seunit yang akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pemegang unit.
Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pihaknya menjangkakan suasana ketidaktentuan pada masa ini akan berterusan dan berharap dengan pelaksanaan Pelan Strategi 2017-2020 dapat memberi pulangan yang mapan dan kompetitif kepada pemegang unit. - UTUSAN ONLINE
|