CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21821|Reply: 382

[Tempatan] 90 peratus orang Islam tidak tahu mengaji Quran

[Copy link]
Post time 2-1-2016 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-HBZ at 2-1-2016 04:22 PM


KUALA LUMPUR, 1 Jan ― Tiada sebab berasa malu mempelajari al-Quran kerana perasaan itu hasutan syaitan yang menjadikan manusia semakin jauh daripada kitab suci itu, kata pengarah Datuk Rosyam Nor.

Pelakon filem “KL Menjerit” berkata perasaan itu harus dibuang jauh kerana berdasarkan kaji selidiknya “sembilan daripada 10 orang Islam tidak tahu mengaji.”

“Cuba bayangkan, saya Rosyam Nor, saya artis dan orang kenal, tetapi saya tidak tahu mengaji. Itu lebih malu jika dibandingkan dengan orang lain.

“Tapi alhamdulillah saya sudah belajar mengaji lebih dari tiga tahun dan saya dapat membaca al-Quran dengan baik,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.


Tidak hanya bergiat aktif dalam bidang seni, pengacara rancangan realiti “Da’i” juga terkenal dalam bidang perladangan.


Memiliki 60 hektar ladang nangka madu dan durian belanda di Lanchang, Pahang, Rosyam mahu mencipta nama dalam bidang pertanian.

“Saya bercita-cita memberi motivasi kepada golongan muda. Menceburi bidang pertanian juga mampu meraih pendapatan lumayan.

“Saya berjaya dalam bidang lakonan, saya juga mahu menjadi ikon dalam pertanian satu hari nanti,” katanya kepada akhbar itu.

Sempena sambutan tahun baru hari ini, Rosyam, 48, berkata dirinya tidak meletakkan sebarang azam kerana tidak pasti apa yang bakal berlaku.


Katanya, peluang sedia ada dimanfaatkan sebaik mungkin namun tidak menolak rezeki yang menyapa kemudian.

“Jujurnya, saya tidak pernah meletakkan sebarang azam. Saya seorang yang mudah dan ringkas, saya hanya buat apa saja yang ada di depan mata.

“Kadang-kadang, apabila kita berazam, kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

“Sebab itu, apa yang ada di depan mata, rezeki yang ada saya akan terus mempertahankannya,” beliau dilaporkan berkata.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2016 10:22 AM | Show all posts
yang penting ngaji quran hujung hujung berbunuhan sesame sendiri...

take beer!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi statistik tu betul ke, 90% muslim tak tau mengaji quran?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:38 AM | Show all posts
Memang ramai pun yg tak tau, bukan semua yg pegi masjid tu boleh mengaji dgn betul, klu imam sakit @ xdatang kelam kabut diorg tolak org itu ini utk jadi imam. Al fatihah pn ramai lg yg xbetul
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ckp bukan x leh mengaji.  Tak lancar mengaji. Sebab mengaji masa budak2 je.  Lepas kerja tak ngaji dah. So lupa la. Ramai je org tua mcm ne akak jumpa. Nasib sekarang ada app quran.  So bagi voice dulu. Kemudian ikut la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting bukan mengaji tapi mengkaji.
Kena tahu maksud/terjemahan ayat tu.
Tak guna bangga khatam qoran umur 12 tahun pelbagai ujung2 kau pandai baca jah tak tahu maksud.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2016 10:59 AM | Show all posts
bukan ngaji quran ni boleh buatkan orang jadi songsang akidah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu la nak blajar mengaji dlm bahasa arab kita bkn org arab pon bca bahasa yg difahami sudah. Baca pon perlu ke nak bnyi arab dah bkn bangsa arab lantak la baca nak bunyi mcm mane mcm lah elohim tu bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku hritu msa tahlil..tekejut jgak kt acik sorg tu..smpoi je ngaku xreti baca kuran..aku cuma oooo ok..tp pelik. Aku yg hipokozambo ni blejar time kici2 tu jam smpi la aku katam sndiri dh byk kali jgak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy pun kurang reti..

Bulehlah tambah azam tahun ni..belajar al quran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:07 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 2-1-2016 10:35 AM
Tapi statistik tu betul ke, 90% muslim tak tau mengaji quran?

Mcm tak betul je.. Kalau tak khatam maybelah tak boleh baca hmmm.. Cam ne semayangnya ye, atau nak kata 90 persen tak semayang plak haha..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa sini khatam quran tahun 6 kita geng.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:26 AM | Show all posts
putehkundor replied at 2-1-2016 10:48 AM
Yg penting bukan mengaji tapi mengkaji.
Kena tahu maksud/terjemahan ayat tu.
Tak guna bangga khata ...

kakak setuju sangat dengan sister...
ummmah melayu sunni yang mereka paling tekankan boleh baca quran jah... bab nak tahu maksud nya memang pergi mampus la kata mereka

mereka ini tak sedar kah apa tujuan elohim turunkan al quran??
kata islam sejak lahir kan? takkan benda basic itu pun kita tak tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:28 AM | Show all posts
CaTtLeRaNcH replied at 2-1-2016 11:03 AM
Xperlu la nak blajar mengaji dlm bahasa arab kita bkn org arab pon bca bahasa yg difahami sudah. Bac ...

selagi tak cukup idgham bila ghunnah, ikhfaq hakiki pelbagai memang kena hencap dalam ugama melayu sunnni ini.

banyak la alasan mereka konon berubah maksud la pelbagau...kau baca quran itu pun sepatah haram kau tak faham,, lagi nak sembang pasal berubah maksud.
apa ke bangang nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh percaya gak statistik ni...budak2 skrg al fatihah pon xlepas....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:34 AM | Show all posts
masa aiols darjah 3 atau 4 dah khatam quran ne..

siap kenduri pulut kuning lah weols 3 beradik khatam kononnya..

masa darjah 6, ai johan pertandingan mengaji sempena maulidur rasul.. masa tuh ada 5 peserta lelaki dan 1 peserta wanita, so dorang kumpul satu kategori. kena hencap je ai ngan qari2 tuh.. lantak pi lah kan..

tapi sekraang, suruh baca boleh jah baca.. tapi kan.. tajwid bagai confirm ke laut ke london ke amerika.. sebab selepas sekolah menengah ai hanya gigih baca terjemaahan dan mendalami maksud2 setiap surah.. di samping gigih baca kitab2 lain.. nak perbaiki bacaan seperti disarankan, mmg tak berkesempatan la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2016 11:37 AM | Show all posts
ai ada gi satu majlis khatam quran kat kelantan tuh.. stail depa, tok imam baca surah ayat per ayat, calon gi ikut.. tapi weols dulu, calon je baca semua surah.. mana2 tersangkut baru tok imam betulkan..

kalau style main follow ayat ke ayat, budak tak reti baca pun boleh follow.. ye dak? pas tuh claim dah kahtam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk penuh je kelas iqra, sampai tolak permintaan, statistik malaysia mmg pelik sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah...dulu dah puas peluk2 sebar lakonan lagho dan maksiat masa muda2...dah tua fefeeling jadi ikon golongan muda...

Nanti suruh anak engko dah tua baru belajar mengaji tau...

Typical Meleis....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 2-1-2016 11:07 AM
Mcm tak betul je.. Kalau tak khatam maybelah tak boleh baca hmmm.. Cam ne semayangnya ye, atau nak ...

klu bacaan dlm solat xbetul....susah juga tu.
bimbang bacaan lari dari maksud sebenar...apapun belajarlah...tak kira pada usia berapa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.129952 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list