Edited by atira at 7-1-2016 10:43 AM
Artis ‘rakam’ sikap ahli politik Malaysia dalam buku mewarnaOLEH MELATI A. JALIL Published: 22 December 2015 6:53 AM
Buku mewarna dengan karikatur ahli politik Malaysia dihasilkan pereka grafik Fahmi Reza terjual 500 naskhah dengan wang berjaya dikumpulkan dalam masa kurang 3 hari. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.Semasa kontroversi melingkari firma pelaburan Putrajaya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) awal tahun ini, seorang artis turut sibuk berkarya. Bermula dengan karikatur pemimpin tertinggi negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pereka grafik Fahmi Reza, 38, berpaling arah pula kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib diberi huruf "K" untuk "Koruptor", manakala Dr Mahathir diberi "D" untuk "diktator".
Fahmi melukis kedua-dua tokoh ini sebagai lakaran dalam buku mewarna dan berkongsinya dalam talian bagi tatapan rakan Facebook.
Tetapi populariti besar yang diterima di media sosial melahirkan idea baharu – mengapa tidak membuat buku warna lengkap ilustrasi A-Z ahli politik Malaysia? Pada Ogos, buku mewarna ABC Politikus Malaysia mula dijual naskhah bertujuan memperlihatkan kemustahilan dan kemunafikan ahli politik Malaysia kerajaan dan pembangkang. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.Itu adalah pada Jun, dan pada Ogos, buku mewarna "ABC Politikus Malaysia" mula dijual dengan 500 naskhah bertujuan memperlihatkan "kemustahilan dan kemunafikan" ahli politik Malaysia daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang, kata Fahmi yang juga seorang aktivis sosial dan terkenal dengan dokumentari sejarah beliau "10 Tahun Sebelum Merdeka". "Semuanya bermula dengan satu ilustrasi yang saya dipaparkan di Facebook pada 23 Jun, 2015 kerana saya mahu mengulas mengenai skandal 1MDB dan dakwaan penglibatan perdana menteri kita dalam kontroversi. "Dan sebagai pereka grafik, saya lebih cenderung berkongsi komentar saya secara visual melalui poster politik dan ilustrasi yang menyindir. "Saya mereka ilustrasi untuk membuat ia kelihatan seperti datang daripada imaginasi buku mewarna ABC. Ia mempunyai lukisan menyindir Najib bersama kapsyen ‘Mari mewarna ABC! K untuk koruptor’," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual melalui emel baru-baru ini. Dengan sumber sebanyak RM5,775 daripada Pozible, sebuah laman sesawang yang membiayai kerja kreatif, Fahmi mencetak 500 naskhah buku mewarna dengan wang berjaya dikumpulkan dalam masa kurang 3 hari. Setiap karikatur di dalam buku mewarna disertai abjad dan perkataan. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng DAP diberikan "H" untuk "hipokrit", Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah "N" untuk "nepotis", manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "T" untuk "Tuhan". Fahmi berkata beliau melukis ahli politik daripada Barisan Nasional dan pembangkang kerana berasa semua ahli politik "tidak boleh dipercayai". "Jika ada mesej tertentu (dalam buku ini), ia akan menjadi, jangan percaya kepada ahli politik, tidak kira apa parti mereka, tidak kira betapa hebatnya mereka mungkin kelihatan. "Mesej lain ialah perbezaan pendapat dan ingkar penting dalam demokrasi. Terutamanya yang menderhaka kepada pemimpin korup dan politikus," katanya menggunakan slanga bagi ahli politik. "Mengapa kita perlu taat kepada politikus ini? Kita meletakkan mereka di sana, mereka adalah orang yang harus mentaati kita, rakyat," kata Fahmi yang juga tokoh utama gerakan Occupy Dataran di Kuala Lumpur. Beliau baru-baru ini memenangi RM38,000 sebagai ganti rugi, pampasan dan kos penahanan salah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana para pegawainya menahannya pada 22 April, 2012 manakala beliau dan penunjuk perasaan pelajar lain berkhemah di Dataran Merdeka bagi reformasi pendidikan tinggi. Fahmi berkata, beliau akan menderma setiap sen dimenangi kepada dana aktivis dan pergerakan protes. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.8fnwDYKA.dpuf |