CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16645|Reply: 68

Edisi Merembes Ker? Pelakon Cina Pandai Cakap Utara Noooo!!!

[Copy link]
Post time 12-1-2016 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 12-1-2016 08:57 AM

JC Chee Pelakon Cina Fasih Loghat Utara



Pelakon filem Ola Bola iaitu JC Chee fasih menggunakan loghat utara.
  
KUALA LUMPUR: Pelakon filem Ola Bola, JC Chee melihat kebolehannya bertutur dalam loghat utara sebagai satu kelebihan untuk dia menembusi pasaran filem Melayu.

Chee, 29, berkata, dia sudah terbiasa bercakap dalam loghat tersebut memandangkan dia dibesarkan dalam suasana kampung Melayu di Cuping, Perlis.

"Di Perlis masyarakat Cina agak kurang jadi kebanyakkan kawan saya adalah orang Melayu dan sehingga ke hari ini loghat utara itu melekat.

"ada saya, ia satu kelebihan dalam mengembangkan karier saya di kalangan masyarakat Melayu kerana tidak ramai orang Cina yang mahir dengan loghat tersebut," katanya kepada mStar Online.



Gandingan JC dan Muhd Lukman Hafidz serasi dalam Ola Bola.
Chee ditemui pada majlis tayangan perdana filem Ola Bola yang diadakan di GSC Berjaya Times Square di sini, Isnin.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 28 Januari ini.

Dalam pada itu, Chee berkata, penglibatannya dalam filem Ola Bola adalah satu permulaan baik untuknya dan berharap selepas ini dapat diberi peluang lebih banyak berlakon dalam filem atau drama yang memerlukannya berbahasa Melayu.

"Jujurnya bahasa Malaysia baku saya masih perlu perbaiki tetapi kalau menggunakan loghat utara memang mahir tetapi saya sanggup belajar dan mencuba sekiranya diberi peluang.

"Walaupun dalam Ola Bola saya tidak sepenuhnya bercakap dalam bahasa Melayu tetapi ia permulaan baik untuk saya," katanya.


Ola Bola bakal menemui penonton dipawagam bermula 28 Januari ini.

Tambah Chee, dia juga kini sedang giat mengembangkan karier lakonannya di Taiwan dan China selepas pernah muncul dalam sebuah filem berjudul When Geeks Meets Serial Killer dua tahun lalu.

Sementara itu, bercakap mengenai Ola Bola, Chee berkata, dia teruja dengan hasil akhir naskhah berkenaan yang disifatkan bukan sahaja berkisar mengenai bola tetapi ia mempunyai maksud lebih dalam dan akan menyentuh hati penonton.

Kata Chee, filem itu mencerminkan keistimewaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan banyak mesej berguna diselitkan dalam jalan ceritanya.

"Ia bukan sahaja tentang kisah dan semangat kesukanan tetapi lebih daripada itu. Saya yakin semua rakyat Malaysia yang menonton akan menyukai filem berkenaan," ujarnya.



p/s mohon kak sepit gali lagi pasal heols memandangkan kak sepit kan suka pelakon chinese bukan melayu ni...


since heols pandai cakap utara, mohon kak erma fatima ambik heols berlakon sequel/filem mok cun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem yg ank2 looking forward sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:19 AM | Show all posts
gambar xde ke?,. hahahhahaaha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:33 AM | Show all posts
boleh bye2 pada keith foo lepas ni.

eh..tapi keith foo pandai cakap negeri sembilan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:40 AM | Show all posts
BebeQ replied at 12-1-2016 09:33 AM
boleh bye2 pada keith foo lepas ni.

eh..tapi keith foo pandai cakap negeri sembilan.

kann..dah asal sana..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka jambu, tapi 'adek' kecik pulak macammano?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:03 AM | Show all posts
Gambo topless xde ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 11:16 AM | Show all posts
mcmlah org cina lain yg duduk kedah/perlis tu semua tak reti cakap loghat utara...apalah yg nak heran??? pelik aku TT nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 11:22 AM | Show all posts
MH37O replied at 12-1-2016 11:16 AM
mcmlah org cina lain yg duduk kedah/perlis tu semua tak reti cakap loghat utara...apalah yg nak hera ...

tapi x semua dapat peluang berlakon mcm heols
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Chuols mohon siasat pelakon cina terengganu yg blakon jd sparing partner zizan dlm filem hauk BAIK GILER lakonan zizan bersama awie dan heroin sendu Farawahida Julfekar?

Mat Cina tu speaking terengganu all the way dr awal cerita sampai abis... sama kelakar mcm zizan. Tp sekali tu je lah dia blakon..patut dia masuk raja lawak ke ape ke.. dlm filem tu dia lagi lawak dr zizan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:03 PM | Show all posts
putihnya peha ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:23 PM | Show all posts
biase la.. dah bergaul dalam kelompok melayu.. sama ngan ex officemate aku dulu.. klo cakap melayu memang kuar loghat utara..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biase jek..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:36 PM | Show all posts
ok .. dari sudut rupa paras .. boleh dijual beli.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:40 PM | Show all posts
Terlalu jamboo, ni emsti idaman dik gayah embong sekels
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2016 01:01 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 12-1-2016 12:40 PM
Terlalu jamboo, ni emsti idaman dik gayah embong sekels

serampang dua mata chuolsss... bukan sekadar dik gayah embong...acik2 ngan adik2 bbnu pun minat jua jambu2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 01:44 PM | Show all posts
hensemnyaaaa nak satuuu plsss
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 01:56 PM | Show all posts
Profession : Model/Actor
Nick name        : JC
Name        : Chee Jun Cherng
姓名        : 朱俊丞
Birthday        : 5 October
Height        : 183 cm
Weight        : 70 kg
Race        : Chinese
Nationality        : Malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem yee.. Meolss suke muke stok2 gini.. Da kawin blum?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081577 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list