View: 4961|Reply: 46
|
[Tempatan]
'Saya okay, 'anu' berjaya disambung'
[Copy link]
|
|
'Saya okay, 'anu' berjaya disambung'
Oleh Mazizul Dani
[email protected]
Peniaga kain warga Pakistan yang kemaluannya dipotong isteri kedua kini dirawat di HKL. FOTO Mazizul Dani
Kuala Lumpur: “Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.
“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata peniaga kain warga Pakistan berusia 42 tahun yang menanggung sengsara hilang ‘anu’ lebih 24 jam.
Kemaluan lelaki itu dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya warga tempatan berusia 51 tahun menggunakan pisau cukur dalam kejadian di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol, 1.40 pagi semalam.
Menurut lelaki yang menetap di negara ini sejak 2004, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat saja.
Katanya, dalam keadaan panik, bahagian kemaluan yang putus itu tertinggal di rumahnya, sebelum diambil anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula dan dia dalam keadaan sedar sebelum dibedah selama 15 jam.
"Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.
"Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula," katanya ketika ditemui Harian Metro, petang tadi.
Hari ini, akhbar melaporkan isteri lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak tahan sering dijadikan mangsa keganasan seks oleh suaminya.
Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian, lelaki itu berkata, isterinya enggan tidur di bilik yang sama dengannya.
"Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.
"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya tidur sebelum kemaluannya dipotong.
Katanya, dia bercadang menceraikan isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sihat nanti.
"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.
"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang mempunyai tiga anak dengan isteri pertama.
Katanya, dia mengahwini isteri keduanya selepas berkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.
“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.
“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya hanya indah selama dua bulan sebelum rumah tangga mereka bermasalah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.
"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.
“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 9:10 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109089
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke seks ganas? ke isteri kedua dapat tau kewujudan istri pertama? |
|
|
|
|
|
|
|
Speechless |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana dia meniaga....sapa bgi permit? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh le mengganas semula |
|
|
|
|
|
|
|
pastu boleh function macam biasa ke |
|
|
|
|
|
|
|
benda kecik2 remeh temeh tak yah jadikan beban hidup lu ngok...
|
|
|
|
|
|
|
|
berjaya sambung tapi berfungsi ker x belum pasti kot |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang malaysia ada Lorena Bobbit |
|
|
|
|
|
|
|
Psiko bini tu..ke marah sbb cpt sgt pancut..dia x puas. |
|
|
|
|
|
|
|
O begitu ke ceritanya |
|
|
|
|
|
|
|
Apedehal. Selepas potong,masih ada lagi 5 inci kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bini 1st sedihlah sbb lps ni dia bakalan terseksa |
|
|
|
|
|
|
|
Now get off my dick. Dick's too short of a word for my dick. Get off my antidisestablishmentarianism, you prick. |
|
|
|
|
|
|
|
lu supo budak bangang baru belajar maki je...
bilakena maki....sentap pulak..
pegidahhh bahlol.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 kawen sebab nk permit..kene kawen dengan minah wargenegara |
|
|
|
|
|
|
|
bini pertama sedih sbb dia kawen bini ke 2 atau anu dah putus sebenonye? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berjaya disambung, mampu tegak bagai cendawan lg x? |
|
|
|
|
|
|
| |
|