CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19746|Reply: 20

Seperti Taman Hijau, Puan Lisa Jadikan Ruang Tepi Rumah Sebagai 'Kebun Bandar'

[Copy link]
Post time 22-2-2016 07:36 PM | Show all posts |Read mode
(22 Gambar) Seperti Taman Hijau, Puan Lisa Jadikan Ruang Tepi Rumah Sebagai 'Kebun Bandar'



Ruang tepi rumah selalu dibiarkan sahaja oleh ramai orang dan ada juga mereka yang rajin menanam bunga-bungaan cantik bagi menghiasan ruang berkenaan.

Tahukah anda, ruang berkenaan sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai kebun sayuran yang sungguh cantik dan pada masa yang sama anda boleh tuai hasilnya untuk dijadikan bahan masakan.

Dikongsi oleh laman facebook Master Gardener PPj tentang Puan Lisa Yusuff yang membina kebun bandar di kediaman beliau di Taman Mutiara Height, Sg Karang Darat, Kuantan, Pahang.

Gambar berkenaan dikongsi supaya dapat memberikan suntikan semangat dan inspirasi terutama kepada mereka yang ingin memulakan projek berkebun dirumah.

Menurut page berkenaan, Puan Lisa Yusuff bertuah kerana mempunyai ruang dan laman yang agak selesa untuk melaksanakan projek kebun sayurnya.

Hasil titik peluh Puan Lisa yang cukup kreatif itu mrnggunakan bahan kitar semula seperti kayu palet, botol terpakai dan sebagainya untuk dijadikan bekas penanaman sayur dan ulaman beliau.

Antara tanaman yang diusahakan

1) Kobis
2) Terung
3) Timun
4) Kacang panjang renek
5) Kangkung
6) kesum
7) kucai
8) ulam selom
9) Lada merah
10) Cili api
11) sayur bayam
12) Sayur Sawi
13) Sayur Kailan
14) Daun Sup
15) Tanaman Bendi
Dan pelbagai lagi











































Beliau yang tidak lokek ilmunya telah berkongsikan teknik berkebun itu, bagaimana sayur-sayur yang ditanam hidup subur, gemuk dan segara tanpa diusik makhluk perosak dan penyakit.

Ramuan rahsianya ialah ramuan racun + bahan organik iaitu

Bancuhan : Bawang putih+minyak masak+cili api+sabun basuh+air
Yang disembuh pada tanaman sayur beliau bagi menghidari gangguan dan serangan makhluk perosak dan penyakit

Caranya: blend semua dan tapis.. Spray 1-2 mggu sekali

Bagi keperluan nutrien dan pemakanan sayurnya
Puan Lisa Yusuff memaklumkan menggunakan tanah baja sawit, baja organik (najis haiwan) dan bancuhan baja AB

Kekerapan :Baja taik ayam 2 mggu skali, siram baja AB 3 kali smggu, Beliau juga ada menjual baja AB kepada yang berminat untuk mendapatkannya.

Menurut Puan Lisa, di dalam kebunnya itu terdapat kerusi di mana digunakannya untuk berehat apabila melihat kebunya beliau berasa tenang dan aman. Kalau kita ada kebun sebegini kemas dan cantik pasti semua masalah dan kekusutan boleh hilang apabila melihatnya. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cina buat lma dh
melayu tanam bunga
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:01 PM | Show all posts
eh eh cantiklah ...serious suka tengokhijau tu....cool stuffs
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:02 PM | Show all posts
wahhh..organize nyee..i loikee...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya ada tanah tepi rumah. Ai bole tanam dlm pasu je. Kkdg mati tak cukup baja. Letaknky blkg rumah kena cakau dek kucing2 org bergaduh.
Tanah sekangkang kera tu abis kena semen,penuh dgn kereta, basikal dan mainan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:09 PM | Show all posts
minat tapi tangan "panas"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2016 08:12 PM | Show all posts
Dah bole bukak mini fresh market ni...jual kt jiran2 sambil guna sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk td kat fb kebun bandar
Sapa2 yg rasa tangan panas tu bleh la join fb tu
Byk tips diaorg kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..kemas dan teratur. Teringin nak buat macam tu tapi apakan daya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:37 PM | Show all posts
@spiderman80


bod hobi ke apa,sana ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Best jadi jiran dia ni... Tak cukup bahan mintak sebelah. Tak pon tuan rumah mesti baik hati slalu bg sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Inspiring
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran @noraidil6 ke ni?
Sama2 org kuantan
Sejuk mata memandang tgk taman kebun nih..btw cantik gak bunga kobis bayam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknyer pokok kobis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 22-2-2016 12:37 PM
@spiderman80



Amboi..menggantikan tempat kaka @axl_bach yg sibuk berkempen pilihanraya ke sis?

Namun kakak setuju trid ni sesuwai di bod hobi...

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 09:01 PM | Show all posts
Modngengade replied at 22-2-2016 08:59 PM
Amboi..menggantikan tempat kaka @axl_bach yg sibuk berkempen pilihanraya ke sis?

Namun kakak se ...

kena bantu la mana yang patut..

go akak go
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 09:10 PM | Show all posts
sapp73 replied at 22-2-2016 08:09 PM
minat tapi tangan "panas"

hmm? what's that ya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya tersusun rapi..
Sayur kobis tu kan...puass makan
Tangan sejuk org tua ckp..tanam apa semua menjadi.

Tangan aku pulak, tangan panas..pegang pokok bunga mak aku je terus bunga kering
Bukan takat bunga..barang dlm rumah pun..asal aku sentuh je mesti jahanam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 22-2-2016 01:10 PM
hmm? what's that ya?

Opposite tu green thumb la sis   hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ohoi...sedak wei makan sayur segar
aku ada kunyit..serai..kari...hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062051 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list