View: 13601|Reply: 112
|
~ KaSiH kItA ~ TAMAT
[Copy link]
|
|
Hospital Kuala Lumpur..
Raisya mengelap mulut ayahnya.
“Nah.. ayah minum sikit.” Raisya menghulurkan secawan air milo.
Perlahan-lahan Haji Azman menghirup air milo tersebut. Haji Azman terlantar di hospital kerana kemalangan dua hari yang lalu. Dia masih di dalam pemantauan doktor.
“Along pegi la ambil adik. Kang dia tunggu lama pulak depan sekolah tu.”
“Ayah boleh ke sorang-sorang ni?”
“Tak pe. Saya ada.”
Raisya terus toleh ke belakang. Asyraf, jururawat lelaki di hospital tersebut. Dia jaga Haji Azman dari hari pertama lagi. Manis orangnya.
Raisya tersenyum memandang ayahnya. Mereka saling berbalas senyuman. Haji Azman menarik tubuh anaknya dan telinga Raisya rapat di mulut ayahnya.
“Ayah rasa nurse tu dah minat kat anak ayah ni.”
Raisya terus tepuk manja lengan ayahnya.
“Ayah ni..”
Merah muka Raisya bila di usik begitu. Dia bangun lalu mengambil handbegnya di sebelah laci ayahnya.
“Raisya pegi dulu ya, ayah. Nanti Raisya datang bawa Adam.”
“Ok.”
Raisya senyum pada Asyraf.
“Hati-hati.” Sempat lagi Asyraf pesan pada Raisya.
Raisya hanya mengangguk lalu terus pergi dari situ. Asyraf sambung tugas Raisya menyuap Haji Azman makan.
*************************
Alor Setar, Kedah..
Harraz mematikan enjin motornya lalu terus berlari ke arah Auni dan Karim yang sedang menjamu selera di warung Pak Talib.
“Woi! Woi!” jerit Harraz yang dari jauh tersengih bukan main lagi!
“Haram aihhhh! Mujoq tak tercekik tulang ikan ni.” Karim menunjuk tulang ikan pada Harraz.
Harraz ketawa lalu memeluk erat Karim. Karim dan Auni terkejut. Mereka bertiga sahabat baik setelah kian lama hampir 8 tahun.
“Harraz, hang awat ni?” tanya Karim yang masih dipeluk erat Harraz.
“Hang ok dak?” Auni memandang wajah Harraz.
“Aku ada berita baik.”
“Padia?? Crita kaih!” Karim dan Auni berbalas senyuman.
Harraz masih tersengih bergilir-gilir memandang Auni dan Karim.
“Lekaih la! Renyeh dari tadi.. pang muka sat gi baru tau!” Karim tunggu masa nak penampar muka Harraz ja.
“Hahaha.. macam ni crita dia.”
“Dari tadi crita dia.. crita dia. Duk tak crita lagi.”
“Hahaha.. Marissa..”
Auni dan Karim terus berpandangan mata.
“Marissa? Awat dengan dia?”
“Dia terima lamaran aku.”
Harraz gembira. Cukup gembira! Tetapi bukan Auni dan Karim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Marissa dan Syazwan keluar dari pondok usang di dalam celahan hutan dara di kampung tersebut. Masing-masing tersenyum riang.
“Nah!” Syazwan menghulurkan sekeping kad prabayar tertera RM10 di hujung penjuru kad tersebut.
“RM10 ja? Mana cukup! Aku servis hang punya baik tadi kan?”
“Hutang boleh?”
Syazwan memakai helmet. Kemudian dia pakaikan pula pada Marissa.
“Hutang lagi.”
“Dengan aku pun nak berkira ka?”
Marissa duduk di belakang Syazwan.
“Hang dah bagi tahu si Harraz yang hang stuju jadi bini dia?”
“Dah. Bukan main sronok dia. Hahahaha”
“Hahaha.. biaq dia rasa apa erti cinta yang sebenaq.”
“Tapi kan..”
“Tapi apa plak hang ni?”
“Aku macam tak sampai hati la plak. Yang buat kuang ajaq dengan hang tu arwah pak dia..bukan dia.”
“Dah pak dia dah mampuih, aku balaih la kat dia!"
Marissa mengeluh. Dia terpaksa mengikut kehendak teman lelakinya itu si Syazwan kerana cinta dan sanggup berkahwin dengan Harraz untuk membalas dendam bagi pihak Syazwan.
*************************
Harraz masih kusyuk dan gembira meluahkan perasaannya itu pada dua sahabatnya yang setia mendengar, Auni dan Karim.
Auni dan Karim memang serba salah sangat-sangat untuk beritahu hal yang sebenar.
“Akhirnya dia terima juga lamaran aku wei. Dah lama kot aku ligan cinta dia.”
Auni dan Karim hanya diam dan tersenyum paksa. Harraz makin lama dia macam sedar tiada tindak balas dari dua sahabatnya itu.
“Hampa dua ni awat? Hampa tak suka ka dengaq aku nak kahwin dengan Marissa?”
Auni memandang Karim.
“Harraz..”
Harraz terus memandang Karim.
“Aku serba salah nak bagi tahu hang ni.”
“Hampa dua buat aku ketaq ja. Apa dia wei?”
Karim memandang Auni. Auni mengangguk perlahan.
“Harraz. Aku ada benda nak bagi tau hang. Tapi aku harap hang tak marah kat kami.”
Harraz cuba tenangkan hatinya.
“Ok.”
“Macam ni. Semenjak hang keja kat KL tu, Marissa dah macam pompuan liaq tau. Aku ngan Auni slalu la nampak dia keluaq merempit dengan si Syazwan tu.”
Harraz diam. Matanya tetap fokus pada Karim.
“Pastu.. suatu hari tu, petang la dalam pukoi 5.30 macam tu. Aku ngan Auni macam biasalah naik motor nak pi kedai Pak Latip. Masa lalu kat hutan simpang hujung tu, aku ngan Auni nampak bayang Marissa baru keluaq dari pondok buruk tengah tu. Pondok arwah Haji Osman tu.. hang ingat kan?”
Harraz angguk lemah.
“Pastu, elok dia keluaq, keluaq plak si Syazwan tu.”
“Tipu.”
“Aku serius ni, Harraz.”
Harraz bangun lalu menghentak penumbuknya di meja plastik itu langsung terus naik motor dan berlalu pergi dari situ.
“Macam mana ni, yang?” Auni teman wanita Karim.
“Biaqlah dia tenangkan diri dia dulu.”
Karim melepaskan nafasnya perlahan-lahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syazwan hantar Marissa hingga ke depan rumah. Ketika waktu itu, ibu dan ayah Marissa masih di restaurant. Marissa anak tunggal.
“Tak mau ajak aku masuk dalam rumah dulu ka?”
“Hang jangan. Kantoi sat gi mati kita dua.”
“Woiii!!!” jerit Harraz dari jauh apabila ternampak Marissa tengah bertepuk tampar dengan Syazwan.
“Alamak..” Marissa menggelebah.
Harraz yang belum matikan enjin motornya terus turun lalu berlari anak ke arah Marissa. Marissa dengan takutnya terus memegang lengan Syazwan dan bersembunyi di belakang kekasih gelapnya itu.
“Kuang ajaq hang, Marissa!”
Marissa masih memegang lengan Syazwan.
“Oiii..” Syazwan menolak bahu Harraz.
“Hang apa dia! Dah la rampaih bakal bini aku!!”
“Mana aku rampaih pun. Dia yang mai kat aku.”
“Hah?” Marissa terus melepaskan genggaman tangannya.
Syazwan tersengih. Harraz menggelengkan kepalanya sambil memandang Marissa. Dia silap banyak sebab terlalu percaya akan perempuan itu bulat-bulat.
“Kita putuih!”
“Harraz!!”
Marissa mengejar Harraz sehingga ke motor.
“Harraz. Biaq aku jelaskan semuanya.”
“Haaa.. crita lah!” sebenarnya Harraz dah meluat dah. Dia pakai helmet lalu menghidupkan enjin motornya.
“I still love u, Harraz.”
“Love u… puihhh!!” Harraz ludah ke tanah betul-betul di hadapan Marissa lalu terus bergerak.
Marissa dan Syazwan hanya pandang sehingga bayang-bayang Harraz lenyap di mata.
“Macam mana la ni?” tanya Marissa lalu memandang Syazwan.
Syazwan hanya tersengih.
*************************
Adam yang baru masuk darjah dua itu masih setia menanti kakak sulungnya, Raisya datang mengambilnya walaupun ketika itu dah ramai rakan-rakan yang lain beransur pulang.
Pin! Pin!
Adam terus toleh ke kanan. Dia senyum lalu berlari anak ke motor kakaknya.
“Along!!!”
Raisya senyum lalu memakaikan helmet pada adik bongsunya itu.
“Sorry Along lambat. Along teman ayah makan tadi.”
“Owh.. Along, bawa adik jumpa ayah petang ni boleh?”
“Insyaallah boleh. Jom Along hantar adik gi rumah Mak cik Leha erk.”
“Ok.”
Mereka sudah tiada ibu. Hanya bergantung kasih sayang pada seorang ayah. Sementara Haji Azman di hospital, Adam di hantar ke rumah jiran sebelah sementara habis waktu kerja Raisya.
Perlahan-lahan Raisya menunggang motor membawa adiknya itu. Sebaik hendak sampai di rumah, dia ternampak Layla iaitu adik keduanya sedang duduk berdua-duaan di taman bersama seorang lelaki yang turut berpakaian sekolah. Layla baru berusia 17 tahun.
“Along! Angah tu..” Adam memuncungkan mulutnya ke arah Layla.
“Nanti Along jumpa Angah. Along hantar adik dulu tau.”
Raisya memecut laju motornya ke rumah Mak cik Leha. Sebaik sahaja Adam ditinggalkan di rumah jiran tersebut, dia terus ke taman bertemu dengan Layla.
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik cerita baru ni TT... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik! menarik! keep it up! |
|
|
|
|
|
|
|
tq..
|
|
|
|
|
|
|
|
tq zam
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz masuk ke dalam rumah lalu membaling helmet ke sofa di hadapannya.
“Harraz, awat ni?” tanya Syakila, kakak kepada Harraz.
Harraz sekarang duduk dengan kakaknya. Mak dan ayahnya telah lama meninggal dunia.
“Batalkan perkahwinan.”
“Hah?” Syakilla pura-pura terkejut. Padahal ini yang dia mahukan sebenarnya.
“Hang ni pun satu, kak long. Hang pun bersubahat erk tak crita kat aku perangai si perempuan jalang tu!”
Syakilla diam.
“Main stuju ja aku kahwin dengan dia.”
“Kak long takut hang tak leh trima.”
“Tak leh trima jadahnya?! Dah kahwin esok-esok merana hidup aku!”
Harraz terus masuk ke dalam biliknya. Dia betul-betul kecewa. Syakilla diam.
Beberapa minit kemudian, Harraz keluar dengan membawa satu beg besar.
“Harraz, hang nak pi mana ni?”
“Nak balik KL.”
“Eh, bukan hang cuti lama lagi kan?”
“Sakit hati.”
Harraz memakai kasut. Kemudian dia bangun lalu mengucup tangan kakaknya.
“Harraz minta maaf.”
Harraz menghidupkan motor berkuasa tingginya itu. Beg digalas kemas. Syakilla hanya mampu diam dan di sudut hatinya turut bersyukur kerana akhirnya perangai jahat Marissa telah bocor pada Harraz.
*************************
Di taman..
Raisya yang berbaju kurung itu berjalan laju ke arah Layla.
“Layla!”
Layla dan Nazim terus toleh ke kanan.
“Kau pegi sekolah ke tak tadi?”
Layla berdiri sambil mengunya gula-gula getah.
“Kalau aku tak pegi pun kau ape hal?”
Terus Raisya menampar muka Layla.
“Along ni apahal hah?!!” Layla menolak tubuh Raisya.
“Apahal kau tanya aku? Kau spm tau tak tahun ni?”
“So?”
“Kau tak kesian dekat ayah dengan arwah mak erk?”
Layla mengambil beg sekolahnya lalu terus berjalan laju meninggalkan kawasan tersebut. Nazim hanya tersengih memandang Raisya lalu berjalan mengikut Layla. Raisya menahan tangisnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz mematikan enjin motornya di sebuah pondok kecil di tepi sawah padi yang selalu dia dan dua sahabatnya berehat setiap petang. Handphone di ambil dari poket. Nombor telefon Karim mula di dail.
“Hello. Aku kat tempat biasa. Aku nak jumpa hang ngan Auni sat.”
Panggilan terus dimatikan. Harraz melepaskan nafasnya perlahan-lahan sambil memandang sawah padi yang menghijau di hadapannya itu. Sedih tetap sedih! Angin sepoi-sepoi bahasa lembut meniup rambutnya yang paras bahu itu.
Kedengaran bunyi motor yang makin lama makin dekat dengannya. Karim dan Auni sampai lalu berhentikan motor berhadapan dengan Harraz.
Karim dan Harraz bertentangan mata. Kemudian Harraz berjalan ke arah Karim lalu terus memeluk sahabat baiknya itu.
“Tolonglah jangan buat macam ni lagi dekat aku. Jangan sembunyikan apa-apa lagi dengan aku. Aku dah tak sanggup nak hadap prasaan macam ni lagi..”
Karim memeluk erat Harraz. Auni hanya pandang.
“Maafkan kami. Auni memang minta aku bagi tau hang masa hang awai-awai balik dulu tu tapi aku la.. aku risau hang tak pecaya cakap kami.”
“Hampa dua ngan aku dah lama hidup sama-sama. Kawan aku dunia akhirat. Masakan aku tak pecaya cakap hampa..”
“Main dengan cinta ni, Harraz.. boleh kawin lari wei!”
Harraz tersenyum lalu erat pegang tangan Karim dan Auni.
“Aku sayang hampa dua.” Ucap Harraz sambil berbalas senyum pada Karim dan Auni.
“Ni hampa dua nak kawin nanti jangan duk wat diam tak habaq kat aku plak.”
“Ishh hang.. aku tak terok lagu tu aihh..” jawab Karim sambil memegang tangan Auni.
“Mana pi tauuu..”
“Hahaha.. ni hang nak pi mana ni? Bukan cuti hang lama lagi ka?”
“Bawak diri sat. Sakit wei..”
Karim terus menepuk bahu Harraz.
“Kami paham.”
“Aku gerak dulu la. Apa-apa roger. Tengok kak aku tu sama na.. Dah la duduk sorang-sorang tu. Laki dia outstation. Minggu depan baru balik.”
“Tak pa. Pasai kak hang jangan risau la.”
“Thank you wei.”
“Baik..” Karim memeluk Harraz sekali lagi.
“Harraz.”
“Padia lagi?”
“Kuatkan semangat tau. Aku takut hang..”
“Jadi macam dulu? Meracau, menggila bila putus cinta?”
“Ada perempuan yang lebih baik untuk hang.”
“Doakan aku supaya aku sentiasa waras.”kata Harraz yang pernah putus cinta sebelum ini.
Karim memang kenal sangat dengan Harraz.
*************************
Raisya parking motornya di basement aras 1. Tiba-tiba handphonenya yang berada di dalam handbeg berdering. Dia yang masih pakai helmet mengambil handphone tersebut.
“Sape plak yang call ni?”
Tertera nama Ir. Mukriz, bosnya!
“Alamak!” sambil buka helmet, sambil tu juga dia tengok jam di tangan. Pukul 2.30 petang.
“Hello, encik..”
Mukriz memang sudah bagi tahu awal-awal gelarkan dirinya hanya Encik. Bukan pada Raisya sahaja tetapi pada semua staf di pejabat tersebut. Walaupun sebenarnya dia juga telah pun bergelar Haji.
“Dekat mana ni?”
“Err.. ada kat bawah ni.”
“Bawah? Buat apa kat bawah? Sekarang pukul brape?”
“Jap, encik. Dah on the way naik atas ni.”
Terus Mukriz matikan talian. Raisya menggelengkan kepalanya lalu terus berlari anak menuju ke pintu lif.
|
|
|
|
|
|
|
|
bongok si layla ni... kesian rasya
|
|
|
|
|
|
|
|
Mukriz termenung memandang permandangan luar melalui jendela di belakang meja utamanya. Sesekali dia teringat akan arwah isteri dan arwah anaknya. Sunyi!
Tok! Tok!
Mukriz terus pandang ke pintu.
“Yes.”
Pintu dibuka lalu muncul wajah Raisya yang tengah senyum padanya.
“Maafkan saya, encik.” Raisya hormat akan bosnya yang baru hendak masuk 40 tahun itu.
“Duduk.”
Raisya masuk lalu duduk berhadapan dengan bosnya itu. Raisya, setiausaha kepada Ir. Mukriz hampir 3 tahun.
“Malam ni teman I jumpa Dato Rahman.”
“Hah?”
“Bawa semua fail yang kita bincang petang semalam tu.”
“Malam ni macam..”
“Macam apa?”
Raisya diam. Sebelum ini semasa ayahnya ada, ada jugak lah Raisya selalu teman bosnya keluar jumpa client waktu malam. Tetapi memandangkan ayahnya masih di hospital, dia memang agak berat nak tinggalkan adik-adiknya sendirian di rumah.
“Kenapa, Raisya?” Mukriz mula nampak perubahan airmuka pada Raisya.
“Erm..”
“Kalau ada masalah, bagi tahu je I.”
“Erm.. bukan saya tak boleh teman encik malam ni. Sebab adik-adik saya tak ada siapa yang jaga.”
“Ayah mana?”
“Ayah.. ayah dekat hospital.”
“Hospital? Kenapa tak bagi tahu I? Lama mana dah dekat hospital tu? Sakit apa?”
Mukriz memang selesa dengan Raisya. Raisya adalah pekerjanya yang boleh dia percayai. Walaupun masih 3 tahun bekerjasama, tetapi berasa seperti 10 tahun. Cuma Raisya yang sedikit segan dan malu dengan bosnya itu.
“Ayah accident.”
“Astaghfirullah.. kenapa dengan U ni, Raisya? Kenapa tak bagi tahu I? Ni ayah ok ke tak?”
“Ayah ok sikit lah. Cuma doktor masih nak pantau. Esok lusa mungkin dah boleh keluar dah.”
“Hmmm.. oklah. Malam ni I minta Khairul gantikan U.”
Raisya mengangguk lemah. Mukriz adalah bos yang baik! Sepanjang bekerja dengan Mukriz, Raisya boleh handle dengan baik. Mukriz bukan bos yang cerewet. Mudah dia, mudah bagi kita! Cuma bila sesuatu yang kita sembunyi, memang buat dia marah.
“Maafkan saya, encik..”
“Please jangan sembunyikan apa-apa lagi lepas ni. Awak tu pekerja yang hampir dengan saya. Saya bertanggungjawab terhadap awak.”
Raisya mengangguk. Kemudian dia dan Mukriz bertentangan mata. Mukriz senyum.
“Senyum plak dia..” bisik hati Raisya.
“Ada duit makan tak ni?”
“Ada..”
“Tak ada I nak bagi..” Mukriz keluarkan dompet dari poket belakang seluarnya.
“Eh, ada encik..”
Raisya berdiri tanda mahu keluar dari bilik itu. Dia dah banyak terhutang budi dengan Mukriz. Mukriz cukup baik! Mukriz dah banyak tolong dia dan keluarganya. Tapi bukan dengan Raisya sahaja, malahan golongan staf bawahan pun banyak menerima bantuan darinya.
“Encik, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.”
Mukriz tersenyum melihat gelagat Raisya.
“Yelah.”
Raisya senyum lalu terus berjalan keluar dari bilik itu. Melihat wajah Raisya mengingatkan Mukriz akan senyuman arwah isterinya.
*************************
Raisya duduk di tempatnya. Kemudian dia pandang pintu bilik Mukriz. Kalau tak kuat iman, boleh jatuh hati dengan bos sendiri!
“Raisya!”
Raisya terkejut. Terus dia pandang Hanif di hadapannya.
“Pelik senyum sorang-sorang ni.”
“Mana ada.” Raisya terus membuka fail di depannya.
“Bos ada dalam tak?”
“Ada.”
“Aku jumpa jap erk.”
“Ok.”
Hanif masuk ke dalam bilik Mukriz. Raisya bangun lalu berjalan ke pantry. Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Baru beberapa langkah dia berjalan, pintu bilik Mukriz terbuka. Raisya toleh ke belakang.
“Raisya, buatkan saya kopi.”
“Owh, ok.”
“Thanks.” Mukriz sempat senyum menampakkan lesung pipitnya.
Raisya balas senyuman itu. Kemudian dia berjalan ke pantry.
“Raisya, nak gi mane?” Ana berlari anak ke arah Raisya.
“Pantry.”
“Nak ikut..”
“Jom!”
Bergelak-gelak Raisya dan Ana berjalan masuk ke dalam pantry.
|
|
|
|
|
|
|
|
Layla membenarkan Nazim masuk ke dalam rumah. Mak cik Leha perasan, cuma tunggu masa nak bagi tahu Raisya sahaja.
Layla baling beg sekolahnya ke sofa rotan lama. Kemudian terus rebah di sofa tersebut. Nazim tanpa segan silu duduk bersebelahan Layla. Kemudian perlahan-lahan dia usap tangan Layla.
“Stress betul la ngan along tu! Semua dia je betul. Kita ni semua salah.”
“Sabar ya, sayang.”
“Menyampah betul!”
“Biarlah dia, sayang.” Nizam kemudian membelai rambut Layla.
Layla pandang Nazim. Mereka sama-sama balas senyuman.
*************************
Raisya mengambil mug di dalam almari lalu terus tuang serbuk kopi ke dalam mug tersebut.
“Sya..”
“Hmm”
“Bos kita tu dah lama bujang kan?”
Raisya terus pandang Ana.
“So?”
“Aku perasan kan..” Ana dekatkan dirinya dengan Raisya.
“Aku perasan kan, Encik Mukriz tu macam syok dekat kau la.” Sambung Ana yang suka mengusik Raisya itu.
“Hamboi dia… sedap mulut ko je erk.” Raisya masukkan sesudu gula ke dalam mug tersebut lalu kacau hingga sebati.
“Betul lah. Bukan aku je perasan tau, member yang lain pun nampak lah.”
“Dah la korang ni. Mengarut! Aku ni anak Haji Azman yang bakal pencen kerajaan ja wei!”
“Cinta tak kenal siapa.”
“Hahaha.. mimpi boleh la.”
“Mimpi jadi kenyataan jangan lupa jemput aku tau.”
Raisya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Dah la. Aku nak hantar kopi ni kat bos.”
“Jampi la sikit.”
“Adoi la ko ni hahhaha”
Raisya malas dah nak layan rakan sepejabatnya itu. Terus dia berjalan ke bilik Mukriz dengan membawa mug berisi kopi itu.
*************************
Semasa Mak cik Leha sedang menyapu sampah di halaman rumah, dia ternampak Nazim yang baru keluar dari rumah itu tengah bergelak ketawa dengan Layla. Sebaik sahaja Nazim berlalu pergi, dia dan Layla bertentangan mata.
“Apa pandang-pandang?!!! Sebok je.” Tengking Layla lalu masuk ke dalam rumah.
Mak cik Leha rasa petang ni dia akan bagi tahu Raisya perkara yang sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.
*************************
Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.
Ramai staf mula beransur pulang. Raisya cuba curi-curi pandang bilik Mukriz. Patutkah dia balik dulu? Selalunya dia akan biarkan Mukriz balik dulu ataupun sama-sama bertolak balik ke rumah.
“Aku dah janji dengan Adam ni nak bawa dia jumpa ayah.”
Baru sahaja dia hendak bangun, Mukriz buka pintu.
“Raisya, belum balik lagi?”
“Erm..”
“Tak pe, pergilah balik.”
“Terima kasih, encik.”
Mukriz tersenyum. Raisya mengambil handbegnya dan kunci motor di dalam laci. Raisya senyum lalu terus beredar dari situ. Mukriz masuk kembali ke dalam biliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan main laju Raisya memecut motor scooternya itu. Kejar masa! Sebaik sampai di hadapan rumah mak cik Leha, kelihatan Adam sudah kemas berpakaian dengan beg kecil. Tak sabar nak jumpa ayah katanya.
“Comel adik along ni!” Raisya cubit pipi Adam lalu memakaikan helmet.
“Sya..”
Raisya pandang mak cik Leha.
“Mak cik nak cakap sesuatu ni.”
“Apa, mak cik?”
“Pasal adik kamu tu, si Layla.”
“Kenapa dengan dia?”
Adam naik atas motor lalu duduk di belakang Raisya.
“Ini bukan pertama kali boyfriend dia tu masuk ke dalam rumah masa kamu tak ada kat sini.”
“Astaghfirullah.. dia buat lagi ke?”
“Buat lagi?”
“Sebelum ni pun Sya dengan ayah dah tak larat nasihat dia, mak cik. Penat dah! Ingat dia dah berubah.”
Mak cik Leha diam.
“Tak pe, mak cik. Terima kasih kerana ambil berat hal keluarga Sya.”
“Mak cik rasa dia perlukan perhatian dari seorang ibu.”
“Saya pun perasan bab ni. Dia kan anak kesayangan mak. Bila mak tak ada, memang nampaklah dia berubah 100%. Erm.. tak pa mak cik. Ni dia ada kat rumah kan? Sebab saya call tak jawab plak dia.”
“Rasa mak cik dia ada kat rumah.”
“Tak pe lah, mak cik. Saya gerak dulu erk.”
“Elok-elok tu. Adam, peluk Along kuat-kuat!”
“Yaaa..”
Raisya terus gerak ke hospital. Sebaik Mak cik Leha nak masuk ke dalam rumah, Layla muncul.
“Bukan main lagi ko erk mengadu kat kakak aku. Ko sape nak menyebok sangat hah?!”
“Aku tak nak subahat dengan kau.”
“Aku tak suruh pun ko subahat dengan aku!”
“Malas aku nak layan.” Mak cik Leha terus masuk ke dalam rumah.
Layla menahan geram.
*************************
Harraz agak letih. Memang laju dia pecut pulang ke Kuala Lumpur petang itu. Rasanya lagi 20 minit sampailah dia dekat rumah sewanya yang dia sewa dua bulan yang lalu. Dalam menunggang motor itu, tiba-tiba dia ternampak seorang gadis bersama seorang budak kecil seperti baru bangun dari terjatuh motor.
“Eh, awat plak tu?”
Harraz memperlahankan motornya sambil memberi signal ke arah kiri. Kemudian dia mematikan enjin motor lalu berjalan ke arah gadis tersebut.
“Cik ok ke ni?”
Gadis itu terhinjut sedikit sambil mengangkat motornya. Harraz dengan kelam kabut terus tolong gadis itu mengangkat motor.
“Adik.. adik ok tak?” tanya Harraz sambil memegang budak kecil itu.
Budak kecil itu luka di kening kanan dan lengannya.
“Tolong bawa adik saya ke klinik boleh tak?” gadis itu agak sedikit lemah.
“Boleh. Tapi cik macam mana?”
“Saya tak pe. Saya boleh bawa lagi motor ni.”
“Jangan, cik. Bahaya. Sat saya call kawan saya. Rumah saya depan tu ja. Harap kawan saya tu adalah kat rumah.”
Harraz mula mendail nombor Haikal.
“Kal.. hang kat mana? Nak minta tolong hang sat wei! Ni ada accident depan simpang umah kita ni. Haaa.. la tau!”
Talian dimatikan.
“Tunggu sat na, cik…”
“Saya Raisya.”
“Owh, cik Raisya. Saya Harraz.”
Raisya mengangguk sambil tersenyum lalu membelek tubuh badan adiknya.
“Adam ok tak ni? Along minta maaf tau. Along tak tau pulak leh jadi macam ni.”
Raisya cuba menahan sebak. Nasib baik Adam tak luka teruk.
“Macam mana boleh jatuh?”
“Tadi saya bawa macam biasa je. Pastu tiba-tiba datang motor dari arah belakang terus macam himpit motor saya. So, tak dapat nak balance. Jatuh ke tepi.”
“Owh. Dengaq macam sengaja ja motor tu nak cik Raisya jatuh.”
“Tak tahu lah pulak.”
Raisya mula rasa pening-pening. Dia duduk.
“Cik Raisya ok tak ni?”
Raisya mengangguk lemah.
Harraz membuka beg galasnya. Ada separuh air mineral lalu dihulurkan pada Raisya.
“Minum sikit.”
Raisya menyambut air mineral tersebut lalu minum. Nasib baik Adam tak trauma. Dia duduk diam di sebelah kakaknya itu.
“Harraz!!”
Harraz dan Raisya toleh ke belakang.
“Jom gi klinik.” Ajak Haikal lalu dukung Adam.
“Jom Cik Raisya.” Ajak Harraz pula.
“Eh, tak pe. Saya follow dari belakang.”
“Jangan. Cik Raisya kan tengah pening tu. Motor Cik Raisya nanti saya uruskan. Cik Raisya ikut Haikal gi klinik dulu.”
Raisya pandang Harraz. Boleh percaya ke ni?
“Percaya pada saya.”
Raisya kemudian pandang adiknya.
“Nah. Pegang IC saya.” Harraz keluarkan IC nya di dalam dompet lalu beri pada Raisya.
“Ambillah.” Sambung Harraz.
Raisya mengambil IC tersebut lalu dimasukkan ke dalam handbeg.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak no 2 kan keraih kepala skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Layla melabuhkan punggungnya di kerusi rehat di taman depan rumahnya. Beberapa minit kemudian, Nazim muncul dengan motornya. Layla pandang dengan penuh marah. Sebelum Nazim sampai, dia sudah bersembang dengan lelaki itu melalui telefon. Kerana tidak puas hati, dia minta lelaki itu datang berjumpa dengannya.
“Nape kau buat sampai kakak aku jatuh? Kalau kak aku mati macam mana?! Aku suruh kau acah-acah je pun.”
“Aku mana pandai acah-acah ni..”
Nazim duduk di sebelah Layla.
“Bodoh!” Layla menolak kepala Nazim.
“Agak-agakla wei main tunjal kepala..”
Layla menahan geram. Geram pada kakak sendiri yang sekarang ni manjadi anak kesayangan ayahnya. Cemburu tu memanglah kan? Layla merasakan dirinya kurang kasih sayang padahal ayah dan keluarganya tetap sayangkan dirinya.
“Along nampak muka ko tak?”
“Tak kot. Aku pakai cover tadi.”
“Haihhh..” Layla berdiri sambil mengadap jalan raya.
“Dengan kakak sendiri pun nak cemburu bagai..”
“Ko ape tahu? Sakit hati ni tau tak?! Apa aku buat semua tak kena. Mak je yang faham perasaan aku. Ayah tu sikit-sikit Along. Along la yang bagus..along je la yang rajin. Along je lah yang pandai. AKu ni?”
“Kau anak angkat kot? Tak pun ko anak dari mak lain?”
Layla terdiam. Kata-kata Nazim itu membuatnya bertambah serabut.
*************************
Selesai mengambil ubat, handphone Raisya berdering. Tertera nama ‘ayah’ di skrin handphonenya.
“Jap.” Raisya berjalan agak jauh dari Harraz lalu menjawab panggilan tersebut.
“Ayah..”
“Raisya.. kata nak datang kan petang ni?”
“Maaf, ayah. Macam tak jadi jumpa ayah je.”
“Kenapa?”
“Err..” Raisya pandang Adam yang tengah didukung oleh Harraz.
“Banyak kejelah kat opis ayah.” Raisya tak nak ayahnya risau.
“Owh yeke.”
“Esok Raisya bawa Adam jumpa ayah erk. Raisya janji.”
“Macam ni, Sya. Esok ayah dah boleh balik.”
“Ha? Yeke? Alhamdulillah. Kalau macam tu Raisya nak minta cuti lah nak jemput ayah balik.”
“Eh, jangan la sampai macam tu. Ayah boleh naik teksi balik.”
“Betul? Raisya boleh je minta cuti esok, ayah.”
“Tak yah. Jangan risau. Ayah dah besar dah hahaha”
“Ayah ni..sempat lagi melawak.”
“Betul lah. Ni, esok pagi mungkin dalam pukul 10 macam tu ayah keluar, ayah terus balik rumah. Dah sampai rumah ayah call kamu.”
“Ok.”
“Ni jangan lupa balik rumah plak. Sian adik-adik kamu tu. Masak lauk-lauk simple dah la.,”
“Ok.”
“Jangan balik lewat malam. Kamu tu anak dara.”
“Ok.”
“Ok aje kamu tu.”
“Hahaha.. sronok ayah dah nak balik.”
“Elok-elok tu. Eh, lupa ayah nak bagi tahu satu perkara lagi.”
“Apa?”
“Ni.. siapa tu? Alahh nurse lelaki tu..”
“Asyraf?”
“Hamboi.. ingat erk?”
“Hahaha.. mau tak ingat. Raisya masuk je dalam hospital tu, dia orang pertama follow Sya dari belakang.”
“Dia kirim salam.”
“Haha.. waalaikummussalam.”
“Baik budaknya, Sya.”
“Haaa.. mula lah tu nak menyakat.”
“Hahaha.. oklah. Apa-apa call ayah tau.”
“Ok. Bye, ayah.”
“Ok, bye.”
Panggilan dimatikan. Raisya terus toleh memandang Harraz dan tersenyum memandang Adam.
“Ayah call ke Along?”
Raisya mengangguk sambil tersenyum.
“Ayah cakap ape?”
“Ayah dah boleh keluar dah esok.”
“Yeayyyy!!”
Raisya terus dukung Adam. Harraz tumpang tersenyum walaupun dia tidak tahu kisah sebenar dua beradik tersebut. Haikal hanya jadi pemerhati.
“Tak sabar nak dengar cerita baru dari ayah.”
“Nanti kita sama-sama dengar cerita dari ayah ok?”
Raisya memandang Harraz.
“Adam memang anak manja ayah. Tiap malam sebelum tidur, ayah mesti ceritakan kisah dulu-dulu dekat dia.”
“Owh..” harraz tersenyum melihat dua beradik tersebut. Hilang seketika kisah Marissa di dalam memori ingatannya.
“Jom. Tak nak balik ke?” perli Haikal yang dari tadi jadi tunggul.
“Eh, motor cik Raisya saya ada minta member saya uruskan. Bagi alamat. Nanti depa hantaq ke rumah.” Ucap Harraz.
“Boleh. Terima kasih ya encik Harraz.. encik Haikal sebab dah banyak tolong saya petang ni. Bantuan encik berdua hanya Allah dapat balas.”
Harraz dan Haikal hanya tersenyum.
“Eh, kang saya terlupa pula.” Raisya mengambil kembali IC Harraz lalu diberi pada Harraz semula.
Mereka sama-sama berbalas senyuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
remaja zaman sekarang suka ikut kepala masing2... tak pandai nak beza baik atau buruk perbuatan depa tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|