View: 27937|Reply: 217
|
Faizal AF4 kembali selepas insaf menjadi penagih dgn berbini ke3
[Copy link]
|
|
Edited by fahmein at 6-3-2016 02:42 PM
Juara program realiti Akademi Fantasi (AF) musim keempat, Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 32, mengakui kegagalannya mengawal diri hingga terjebak dengan anasir negatif meragut kerjaya seni dan hampir memusnahkan hidupnya. Anak kelahiran Marang, Terengganu itu berkata, populariti yang diraih membuatnya lupa bumi yang dipijak dan akhirnya terjebak dengan perbuatan sia-sia. Ketelanjurannya itu juga menyebabkan dua perkahwinannya menjadi korban. Kesal dengan apa yang berlaku, Faizal yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2006 mengakui dirinya sudah berubah, malah pertemuan dengan isteri yang dinikahinya pada November lalu, Sahidatul Najiha memberikan harapan kepadanya untuk memulakan hidup baharu. "Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. "Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing. Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga. "Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih," katanya. Faizal yang pernah popular dengan lagu, Datanglah dan Lihatlah mengakui, dakwaan mengatakan dirinya terjerumus dalam gejala negatif adalah benar. Ia bermula apabila dirinya terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan untuk mencuba dan tanpa disangka, memberikan kesan buruk kepada kehidupannya. Disebabkan terlalu mengikut kata hati, dua perkahwinannya yang terdahulu gagal diselamatkan. Menurut Faizal, perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Alia Damia, 7. Perkahwinan kedua pula musnah tidak sampai setahun. "Saya tidak menyalahkan bekas isteri kerana kegagalan itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Ketika berdepan konflik rumah tangga, saya semakin hanyut kerana terlalu tertekan. Tidak mahu terus hidup begitu, saya nekad pulang ke kampung halaman, tiga tahun lalu. "Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Cukup sudah saya melalui derita yang berpanjangan. Dulu, saya dikenali ramai tetapi kerana kesilapan sendiri, saya dihina dan dipandang sebelah mata. Alhamdulillah, saya sudah pulih sepenuhnya dan ingin membuka buku baharu dalam kehidupan," katanya. Kembali menetap di Kuala Lumpur, Faizal kini mengusahakan perniagaan bersama Linda dengan menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan, Beauty 18 menerusi syarikat, Care Synergy Sdn Bhd. Dilancarkan beberapa bulan lalu, mereka memperkenalkan enam produk untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. "Saya juga menjadi duta produk ini, malah terhutang budi dengan Linda yang memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas dan mencari rezeki. "Saya lebih bersemangat untuk bekerja selepas sihat dan pulih sepenuhnya. Saya juga merancang untuk menghasilkan single baharu yang berkisar mengenai kehidupan silam saya yang penuh kelam," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131059
|
|
|
|
|
|
|
|
Relevan lagi ke dia ni... pfftthhhhh
@dino ni idola hang ni.... dalam diam da ada 3 bini....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai..dlm tenggelam tenggelam timbul ...berbini tak henti2.. teror ko... |
|
|
|
|
|
|
|
ade 3org bini dh hebat mu bro |
|
|
|
|
|
|
|
ade girl yg nak..untung la |
|
|
|
|
|
|
|
faizal, mohon ko blajar dari ezad lazim, saleem, jamal dan radhi oag cara bertaubat nasuha dgn betul |
|
|
|
|
|
|
|
oh pernah ada gosip dia penagih dadah ke dulu?
sendu frozen pun berbini sampai 3 kali
apapun semoga berjaya dgn bisnes,tok sah nyanyi dah pun takpe |
|
|
|
|
|
|
|
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..tu la tak dengar nasihat adlin |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lepas menang terus malap... Boleh la kot nak jemput nyanyi kat majelis kawen... |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 6-3-2016 02:51 PM
oh pernah ada gosip dia penagih dadah ke dulu?
sendu frozen pun berbini sampai 3 kali
Itu sendu?
Kalu x sendu?
Zamani bila lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
dia la kan family gadai tanah nak vote tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape punya hazab perangai dia lepas habis AF neh. Dulu masa zaman AF punya la baik lurus je budaknya pijak semut pn xmati. Lps jd juara terus lupa diri. Culture shock sesangat dia ni sampai amik dadah segala.
Tp mmg 1st time meols tahu yg heols amik dadah. Last news psl heols yg meols terbaca dlu psl kes heols kawin lari sampai abaikan keluarg heols sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Omg dah 3x kawin? Laku keras gamaknya retis msia ni khen |
|
|
|
|
|
|
|
retis low curlast kampungan ni pun nak dijadikan tajuk gosip |
|
|
|
|
|
|
|
sayanglah dia nie suara best tapi Culture shock... knplah dak2 af yg aku minat semuanya Culture shock.. |
|
|
|
|
|
|
|
Most Org terengganu ni dgn mslh tagihan makin berleluasa.. Ape org politik wat tuk tangani mslh ni? Pas sepatutnye highlight isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated replied at 6-3-2016 02:51 PM
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..t ...
Ya. plg nostalgic..masa tu aku ingat yg eh..adlin perli saleem tp ckp dkt faizal...huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pinkzara at 6-3-2016 03:22 PM
toxicated replied at 6-3-2016 02:51 PM
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..t ...
Khen..?
Agaknya masa tu dia dh nk ting tong kot.
Khalayak je yg x tahu.
Sian adlin kena marah ngan penonton akibat celuparrr. |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq replied at 6-3-2016 03:15 PM
Most Org terengganu ni dgn mslh tagihan makin berleluasa.. Ape org politik wat tuk tangani mslh ni? ...
Ape kene mengena dgn Pas plak? Kan ke BN yg tadbir ganu?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|