CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15076|Reply: 266

Dr M: Tiada sebab untuk Najib rasa gembira di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-5-2016 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 10-5-2016 09:03 AM

Dr M: Tiada sebab untuk Najib rasa gembira

9 Mei 2016, 4:53 petang     9 Mei 2016, 5:21 petang


Walaupun BN menang besar dalam pilihan raya negeri kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri tiada alasan untuk bergembira.

Katanya, pencapaian BN Sarawak sebenarnya melemahkan penguasaan kerajaan pusat yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Najib tiada sebab untuk berasa gembira.

“Beliau (Najib) sekarang akan lebih bergantung kepada sokongan Sarawak berbanding sebelum ini,” katanya.

BN menang 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Sabtu.

Parti pemerintah juga merampas kembali lima kerusi bandar yang dikuasai pembangkang sebelum ini.
Bergantung pada deposit tetap

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata selepas pilihan raya umum ke-13, sokongan daripada Sarawak dan jirannya Sabah penting untuk kerajaan pusat.

Katanya, kerajaan pusat boleh jatuh hanya jika 12 atau 13 anggota parlimen berpaling tadah.

“Najib kini lebih perlu melayan tuntutan-tuntutan Sarawak. Malah, Najib sudah pun melakukannya.

“Apa saja yang Sarawak minta untuk Sarawak, akan dapat. Suara Sarawak untuk rakyat Sarawak bertambah kuat,” katanya.

Mahathir juga berkata, ketika Adenan merayakan kejayaan besar mereka, Najib kini harus bimbang pada penggantungannya pada negeri-negeri deposit tetap.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2016 09:03 AM | Show all posts
mahathir pun tak suka perkembangan di sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sarawak terus pragmatik dan toleransi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak akan terus menggedik macam Rosmah....ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi pindah sarawak la tros jd pm kt sarawak jebon oiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabah dan sarawak membuli bijan...tak takut ke kena c4..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2016 09:14 AM | Show all posts
sudah-sudah la Tun

tiada sebab untuk Tun masih perlu gagahkan
kudrat tua Tun dengan menyibuk tak kena tempat

setiap orang ada peranan dan bahagian masing2

bahagian Tun dah selesai dan berlalu

cukup-cukuplah mengelirukan orang

semoga Tun terus sihat dalam menjalani
kehidupan sebagai pesara
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-5-2016 09:11 AM
Sarawak akan terus menggedik macam Rosmah....ehhh

Nasiblah jibun bongok...sapa kata sarawak bodoh aritu???kah kah kah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 09:16 AM | Show all posts
terbaik la @sabbath_shalom  
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah PM Najib, rakyat sentiasa menyokongmu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:19 AM | Show all posts

Harus la TDM x puas hati....

dia pun ada saham gak...yg mroyan suruh pak lah bhenti...n mroyan minta najib naik sapa? Dia juga

TDM sampai pencen x senang hati....

Tgk...antara TDM ngan Tok Urban...sapa lg bijak skrg? rilek jer tok urban pencen sambil ulit bini yg gebu...

TDM..sana sini terus mroyan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 09:19 AM | Show all posts
pencapaian BN Sarawak sebenarnya melemahkan penguasaan kerajaan pusat yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.


only true leaders can see this...najib pondan mane nampak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:20 AM | Show all posts
exactly ...
tak payah nak happy sangat ...
sebab kat s'jung tu ... ramai yang anti ko...
kat s'wak pun ... kalo bukan pasai tok nan ... ko dah lama kena rejek jugek jibauk oite
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:22 AM | Show all posts
Belom apa-apa dah mintak KUASA OTONOMI, tapi macai
kata, sudah-sudahlah Tun M!!!...................

Sah Macai dedak tak tahu, apa makna KUASA OTONOMI.
Kalau Sarawak dapat, Peneng pun nak, Johor pun mahu.
Masing-masing mahu perentah dan buat undang-undang sendiri......
Baru ada kemajuan, ye tak ifan.....???
Baru boleh capai NEGARA MAJU macam Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:26 AM | Show all posts
dizzek replied at 10-5-2016 09:14 AM
sudah-sudah la Tun

tiada sebab untuk Tun masih perlu gagahkan

Betul la apa yg si tua Madet tu cakap.. Ko ingat sarawak pilih BN sebab memang sayang Najib ke? Sorry... Depa pilih Parti komponen BN Sarawak sebab depa yakin parti2 tu mampu perjuangkan hak depa sebagai parti peribumi sarawak... Parti2 tu pon joint BN sebab BN berkuasa di persekutuan...

Hang tengok kalu PRU14 nanti BN tak lagi kuasai persekutuan dan kerajaan Persekutuan bertukar tangan.. Aku berani kerat jari, parti2 komponen BN Sarawak akan berpaling tadah joint parti kerajaan persekutuan yg baru tu.. Depa nakkan pembangunan... Bukan hadap sangat dgn BN tu... Depa orang Sarawak ni tak bodow... Depa pandai sebenarnya walaupon cai2 DAPig sohaikan depa... Cai DAPig yg bodo sbenarnya.. Tak paham sentimen depa.. UMNO plak bodo sebab syok sendiri duk ingat Rakyat Sarawak sayang UMNO & Najib...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 09:27 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 10-5-2016 09:22 AM
Belom apa-apa dah mintak KUASA OTONOMI, tapi macai
kata, sudah-sudahlah Tun M!!!................... ...

apabila sarawak dah mula bermentaliti cawat, sudah pasti johor akan bermentaliti tempe dan kelantan bermentaliti budu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2016 09:29 AM | Show all posts
namirulmukminin replied at 10-5-2016 09:26 AM
Betul la apa yg si tua Madet tu cakap.. Ko ingat sarawak pilih BN sebab memang sayang Najib ke? So ...

kan denan dah ckp...kalau UMNO masuk sarawak, dia nak berhenti...tapi ade hati pula BN sarawak nak negotiate dgn federal govt pasal isu autonomi...nak kena liwat ka denan ni?

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:29 AM | Show all posts
He he teringat aku zaman pak lah waktu tu heboh MP BN dr Sabah dan Sarawak nak lompat parti. Habih MP-MP ni di bawa pergi lawatan ke luar negara kononnya untuk tengok industri agro

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi byk sarawak mintak lg masyuk la legasi TM dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tak boleh parti-parti komponen di Sarawak ni berpaling tadah kelak jika pru14 nnt BN di Semenanjung cukup2 makan...

Najib patut risau sekarang jika dia bijak...jika dia bijak la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.061918 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list