|
Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Kutip 5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari T
[Copy link]
|
|
Kutipan 7 hari tayangan 12.1 juta.. not bad.. belum tayang kat Indonesia dan China lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Done tengok. So far ok ja cuma kurang bole fokus sebab anak nak berlari-lari. Tak senang plak nak menonton macam zaman muda2 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lawan kutipan Munafik 2 x ni? mcm susah je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sranua at 2-4-2019 11:56 PM
Mula2 rasa macam terpaksa tengok sebab Tadika anak aku dah booking satu panggung untuk kanak tadika termasuk ibu bapa dan anak2 yg lain, lebih kurang dalam 221 org gitu. Jadi boleh bayangla satu panggung yg penuh dgn budak2..ada yg jerit..ada yg start nangis....mmg havoc la panggung.
Tapi aku perasan, bila start je tayangan...Waaahhhh best giler:
1. Animasi - selalu org banding dengan Disney..Pochahontas, Beauty and The Beast, Cinderella....tp animasi Upin Ipin ternyata cemerlang, aku suka waktu dalam hutan dengan pokok semua besar-besar. Boleh kata warna, pergerakan yg lancar, watak jahat yg boleh bertukar jadi serangga....perghhhh mmg terbaik. Kalau dulu tahun 1998, budak IT beli kad grafik Voodo 2 untuk buat animasi yg proses 'rendering' ambik masa sehari...aku tak tahu berapa juta agaknya duit, masa....tak tido aku rasa animator LC nk dptkan hasil yg cukup cantik. Apa la spec PC yg korang pakai weiii....
2. Watak - Agak mengejutkan bila timbul watak Raja Bersiong, kemudian Mat Jenin, Si Tanggang yg dah jadi batu tapi adegan ibunya memaafkan kesalahan Tanggang, lari dr cerita dulu-dulu tapi itulah pengakhiran yg terbaik. Ibu mana tak sayangkan anak..sob2... Watak Nakhoda Ragam, memang nama yg tak berapa 'familiar' tapi watak dia memperkuatkan filem dengan lagu Keris Sakti....berhantu weii lagu ni...penuh makna macam lagu 'hei kersani mengalirlah dikau'. Dan ada Batu Belah Batu Bertangkup, yg secara saintifik dikatakan sebagai portal pengembara masa. Dan watak lanun wanita..siap dengan pistol..mmg kaji sejarah betul pembikin skrip.
3. Muzik- Nak dengar skor muzik yg terbaik, tolong cari panggung wayang dengan teknologi audio terbaik..Dolby Atmos. Dapat dengar petikan gambus, suara jantan Nakhoda Ragam...dan skor muzik ni dirakamkan di Boston, Orkestra Boston..patutlah berabis sampai RM20 juta sebab hasilnya.....hebat Kelas Dunia namanya.
4. Ketawa, Debar dan Air Mata - cukup resepi yg ada nak ketawa, rasa sebak dan sedih pada kasih sayang sesama keluarga, bila Bawang Merah dan Bawang Putih disatukan dengan harmoni. Kira hikayat lama yg penamatnya dicantikkan dengan kasih sayang dan kemaafan.
Cukup takat tu lah review, dan anak aku umur 7, 5 dan 3 tahun tak tidur langsung..maknanya filem ni cukup best. Banding dengan lepas tu tengok Dumbo...2 org anak aku tertido tengah cerita.
Walaupun animasi, dengan harga tiket yg sama je kalau makan kt McD atau KFC, tapi kau dapat suasana yg meriangkan dengan anak-anak..itu 'priceless' bila mata anak-anak bercahaya dengan keseronokon menonton Upin Ipin Keris Sakti Siamang Tunggal, walaupun diorang tak paham pun makna Siamang tu.
Aku harap, korang bawak famili kalau boleh sepupu sepapat, pergi tengok wayang. Percayalah, PUAS HATI.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pon baru tengok tadi. Sebab kawan ajak tengok, padehal iols nak tengok marvel. Oklah citer ni, tak berapa bosan, tapi iols mengantuk sikit la hehe..takyah nak banding sangat dengan disney pixar etc, bangga jua lah dengan produk anak tempatan..agittew! |
|
|
|
|
|
|
|
seriusly mmg best cite ni.anak iollss yg umo 3 taun bole stay tgk smpi abis.siap ajak tgk lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
blom tgk lg. anak bongsu asyik ajak je gi tgk. tp aku kebisian. wiken ni pun dah ada plan yg lama tertunggak |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jugak sbb tiket kanak2 murah. Lagipun selalu time dorang tengok movie waktu cuti sekolah, sabtu ahad saje. Tapi kutipan kat Indonesia mmg boleh dpt kot sebab kat filem ni filem Malaysia yg pertama tayang kat seluruh pawagam Indonesia. Movie malaysia sebelum ni pawagam terpilih je kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Best juga cite ni. Ada part lawak, ada part sedih..Sedih kat part mak deruma maafkan anaknye tanggang, ingatkan tanggang boleh jadik manusia balik.. berbaloi beli tiket |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, Burhanuddin juga mendedahkan berdepan cabaran besar untuk masuk ke pasaran Indonesia.
Umum tahu Upin & Ipin sangat dikenali di negara jiran itu selain daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pada era ini.
“Indonesia mempunyai ‘circuit’ paling besar dikenali sebagai ‘circuit 21’ dan beberapa panggung kecil, tapi untuk ‘circuit 21’ ini terdapat di seluruh negara jiran itu.
“Panggung ini sukar melepaskan filem kita kecuali filem dari Hollywood atau mereka sendiri.
“Kami usahakan juga dan dua bulan lalu mereka bersetuju untuk menayangkan filem ini di semua ‘circuit’ itu,” katanya.
Dia berkata, pada masa ini syarikatnya hanya menunggu tarikh dan kalau berjaya, filem ini akan mencipta sejarah apabila menjadi karya tempatan pertama ditayangkan di seluruh panggung utama Indonesia.
Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri pula mendapat peluang memegang watak Bawang Merah dan Bawang Putih secara tiba-tiba.
“Saya sebenarnya datang ke studio untuk merekod lagu runut filem ini berjudul Buai Laju-Laju.
“Selepas itu, saya ditanya jika berminat untuk membawa watak Bawang Merah, lalu mencubanya dan tak sangka pihak produksi suka.
“Saya kemudian ditawarkan pula watak Bawang Putih dan ternyata mereka juga menyukainya,” kata Ernie.
Penyanyi Brunei, Fakhrul Razi turut melalui situasi serupa dengan Ernie apabila awalnya ditawarkan menyanyi lagu tema berjudul Keris Sakti.
“Saya dipanggil Puan Ainon (pengarah kreatif) untuk menyanyikan lagu runut kerana selepas saya tular di India tahun lalu, dia mahu penyanyi yang boleh bawa lenggok Bollywood.
“Saya sekadar cuba nasib dan tak sangka diberi peluang bawa watak Nakhoda Ragam,” katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pin-ipin-kian-hebat
|
|
|
|
|
|
|
|
{:love
Memang best cerita ni.. Gabungan cerita zaman dulu ngan sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
chuckiey replied at 4-4-2019 01:52 PM
Best juga cite ni. Ada part lawak, ada part sedih..Sedih kat part mak deruma maafkan anaknye tanggan ...
Kan.. Ok la.. Boleh layan |
|
|
|
|
|
|
|
best..tapik..untuk anak2 bawah 5 tahun mungkin x bape faham ler, byk cerita melayu lama kan, untuk anak2 yg faham cerita mmg ok sgt3 bestt..org tua nengok pon..eh..cite ni, eh..cite ni, dia combinekan dalam satu cerita..sgt kreatif |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ramai ibu bapa yg fikir filem upin ipin ni cliche dan membosankan.. mcm abang iols malas bawa anak2 g tgok kat wayang sbb pikir boring.. tp setelah iols pujuk ckp best n x sama dgn upin ipin dlm tv.. heols pon bawa anak2 dia.. last2 dia sendiri clp nk repeat lg sekali.. cehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatuynya filem ni tayang masa cuti sekolah.. mesti kutipan cepat gila naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah chuols sbb mostly yg tgk budak2. harga tiket pon rm9 hinggit je. klu judge based on jumlah penonton boleh kot
|
|
|
|
|
|
|
|
kutipan minggu 1 vietnam
Vietnam Box Office
April 26–28, 2019
(US $1 = 23280 Vietnamese Dong)
< Prev Wk Currency: Next Wk >
TW LW Movie Studio Weekend Gross Change Gross-to-Date Week
1 N Avengers: Endgame QueenCGV $2,971,259 - $3,319,215 1
2 1 Face Off: The Walking Guests QueenCGV $64,078 -85.2% $3,170,965 3
3 3 The Queen's Corgi QueenCGV $62,392 +51.9% $107,355 2
4 N Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Galaxy $13,719 - $13,719 1
5 2 Hellboy (2019) n/a $3,098 -95.0% $709,206 3
6 5 The Hole in the Ground QueenCGV $532 -98.0% $48,767 2
7 6 Break (2018) n/a $466 -97.7% $34,544 2
8 7 Running Man: The Game Begins Lotte $434 -96.2% $16,336 2
minggu 1 USD 13719
https://www.boxofficemojo.com/intl/vietnam/?yr=2019&wk=17&p=.htm |
|
|
|
|
|
|
|
harap lepas ni ada lagi cerita yg mcm ni. bukan apa kadang2 cite kartun kita ni mcm merepek2 je |
|
|
|
|
|
|
| |
|