|
Originally posted by CatLady at 25-3-2008 08:59 PM
cip aku pon first time dengar pasal rempah ketam..dia macam kari ke apa.
kalau cat main masak masak ngan ketam nie..mesti letak telur sebiji ke untuk pekatkan kuah..and memudahkan anak a ...
rempah ketam nie rempah mcm kita wat kari ikan laa..
kalu hang nk wat udang goreng kunyit tuu..
hang letak sket rempah ketam nie..sedap jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #179 platinum8's post
sedapnye ketam..tetiba teringin mkn ketam lak!
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ladida at 22-3-2008 10:35 AM
nak tanya sikit aaaa...
ada ketam yg tak boleh kita makan kan....spt ketam batu...sbb dia dok dua alam....ketam batu ni kaler dia kelabu kalu tak silap....tu my mum yg bagitau ler....ni tgk ka ...
topic ni ada dicovered kat thread muslimin & muslimat tu.
so far yg aku understand, yg kita makan ketam besar2 kat restoren seafood tu adalah ketam nipah bukan ketam batu. ketam batu ni tak de isi, so mmg tak de org yg makan.
anyway, interesting point yg aku note:
1. zerozone
Menternak Binatang Dua Alam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 26
Tarikh : 7 Mac 1990
Keputusan Muzakarah :
" i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.
ii. Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama' -
a. Menurut jumhur ulama' , perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.
b. Menurut Mazhab Maliki , perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus. "
2. ikhwanindo[quote]Originally posted by ibnur at 21-9-2007 08:36 Ana pernah mendapat penjelasan mengenai hal ini, katanya pendapat imam syafii dalam hal ini lemah. Karena tidak ada dalil yang sharih untuk menjelaskan keharaman binatang yang hidup di 2 alam. Walhal segalau sesuatu dalam dunia ini pada dasarnya hukumnya adalah halal sampai datang dalil yang mengharamkan. Sedangkan untuk hal ibadah pada dasarnya hukumnya adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Dan tentang binatang 2 alam ini, ulama yang berpendapat haram itu mengqiyaskan tentang haramnya membunuh kodok (frog), dan karena kodok itu hidup di dua alam, jadi sebagian ahli ilmu mengqiyaskan bahwa semua binatang yang hidup di dua alam adalah tak boleh. Tapi ini qiyas yang tak benar, kita butu* dalil yang jelas tentnag keharamannya. Jadi ana tanya ustadh, kepitingpun boleh dimakan, kalau kodok haram dibunuh karena ada dalilnya. Allahu a'lam.
3. yang ni pulak aku jumpa kat another site http://www.mk-portal.org/forum/showthread.php?s=53faed341c0bcaf9201d4235675c34f6&p=158645#poststop:
Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.
Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.
Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
4
4 |
|
|
|
|
|
|
|
ketam masak lemak
[size=-2]Ketam Masak Lemak
Bahan-bahannya :
600 gram ketam
10 biji cili padi(ditumbuk)
5 biji cili merah(ditumbuk)
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji kelapa (ambil santan)
sedikit garam
Cara Membuatnya :
Kelapa diperah asingkan pati santan dan santan cairnya.
Masukkan santan cair, kunyit serbuk, ketam dan bahan tumbuk kedalam sebuah periuk dan jerangkan.
Bila telah mendidih masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa.
Biar hingga ketam masak barulah diangkat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah jemu dgn menu2 ketam biasa spt ketam lemak, ketam sup, ketam goreng...apa kata cuba ketam bercili yg sgt mudah dan enak diratah2 gittu!
Bhn2:
-5-6 ekor ketam segar
Bhn tumis:
- 5 biji bawang putih - ditumbuk
- 3 biji bawang merah-ditumbuk
- 2 sudu makan cili kering yg dikisar
- sebatang serai diketuk
Bhn perasa:
- 5 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan gula pasir
- garam & aji
Bhn tambahan:
-sebiji putih telur - dipukul (kalau telur saiz kecil guna 2 biji)
-sedikit daun bawang dipotong 1 inci panjang
Cara masak:
1. Tumis bawang putih + merah, cili kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan 1/2 cawan air.
2. Bila bahan tumisan mendidih, masukkan sos, gula,garam, aji
3. Masukkan ketam dan tutup kuali seketika sambil dikacau sekali sekala
4. Bila ketam masak, masukkan putih telur kemudian kacau rata cepat2.....bila putih telur dah nampak berketul2 dgn kuah cili...masukkan daun bawang. Kacau dan padamkan api.
5. Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi atau roti...
Anak2 saya suka sgt dgn ketam bercili ni....pastikan jgn letak banyak garam sebab akan mematikan rasa manis ketam nanti... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sapa ada resipi ketam telur masin?
Dah search thread tapi tak jumpa kalau2 ada orang dah bukak topik ni. Sapa tau macam mana nak masak / ada resipi Ketam Telur Masin atau Salted Egg Crab? Boleh la share2 sini sebab nak cuba masak lah.
Mod kalau thread dah ada tolong delete / merge. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi carik resepi salted egg crab...
dah jumpa dah..
ada sesapa yang dah try resepi guna link ni? menjadi tak? sedap tak rasa dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni akak nak share resipi Chillie Crab (chinese style) yg paling mudah dan rasanya pun enak... harap2 ada yg mau mencuba dan berikan feedback..
Chillie Crab
2 ekor ketam (hitam) - bersihkan dan potong ikut suka
15 btg lada kering + 3 ulas bwg putih (kisar) - kalau nak lebih pedas just add more lada kering
1 inchi halia - hiris nipis2
1/2 biji bwg besar - dadu
1 biji telor - di pukul
garam & serbuk perasa (if you like)
campur bahan2 ni :
3/4 cwn chillie sos (maggie brand)
1/4 cwn tomato sos
1/2 biji lemon - ambil jusnya
2 cwn air
3/4 sudumakan gula
1/4 sudumakan ikan bilis granules (optional)
Cara :
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis lada kisar, bawang dan halia hiris hingga lada masak dan wangi.
masukkan sos yg dah di campur tadi dan ketam.
cover kuali dan biarkan ketam masak - gaul sekali sekala
bila ketam dah masak.. rasa garam dan serbuk perasa
then masukkan telor yg di pukul tadi sambil gaul2 ....matikan api
siap untuk di hidangkan
nota: you see I add udang gak in this dish coz takut tak cukup ketam kerana tetiba ada additional tamu muncul di pintu semasa tgh masak this dish.. hehehehehee
[ Last edited by cranko21 at 13-3-2009 13:59 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejak sebulan dua ni mmg mengila masak ketam..
so semalam jalan2 di supermarket tgk ketam murah..
sekilo dlm S$12.90 belilah 4 ekor... dan masak
Creamy Buttery Crab.
sedap dan simple tul masaknya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #171 DARSITA's post
aiiiii cik dar
mana pi gambaq nih??? |
|
|
|
|
|
|
|
alhamduliiallah, akhirnya ketam dah ku makan..
tp terbeli ketam x segar..
1 betina dan 3 jantan..
goreng kunyit ajer ketam..
|
|
|
|
|
|
|
|
BUTTER CRAB
CHILLI CRAB
KETAM POSING MAUT.. TENGAH TUNGGU DIBAKAR
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuyoooo..sedappp nampak!
lama tak makan ketam..
malas nk kopek!
|
|
|
|
|
|
|
|
ketam nipah/bakau kat kl mana nak dapat ek........kat kelang ek |
|
|
|
|
|
|
|
192# cranko21
kak, boleh kasi recipe creamy butter crab nih............cam best jer |
|
|
|
|
|
|
|
xde recipe ketam pon... |
|
|
|
|
|
|
| |
|