Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah rungsing
Hendak ku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging
(2x)
Aku bertemu dia sewaktu usiaku enam
Pabila suria hidupku mula terbenam
Dan ke manaku pergi dia ada di sisi
Seperti guru dia mengajar ku berdikari
Berkembar tiga saudaranya irama abangnya nada
Semuanya datang memperluaskan caraku memandang dunia
Dari perkara yang jijik ke yang alim mulia
Bersorak lantang atau bersopan santun
Sesuai dengan emosinya semasa berpantun
Ku pinta janjinya jangan kita berakhir
Dia tersenyum bila dia menjawab sambil bersyair
(ulang*)
Terus ke waktu ku beria persahabatan kita teguh
Terlihatlah aib dan mulia
Temannya bernama MC ku diperkenalkan
Yang berteman dengan baik yang ingin berkenalan
Mereka berperang mengacukan kata bukan senjata
Bukan sengketa hanya pendita dan pendekar
Bila bertukar kata tersusun rapi
Seakan batu bata membina arca
Untuk telinga bukannya mata
Ku punya pilihan untuk menjadi mereka
Mata melihat masa depan masa kini dan sejarah
Dan sambil aku bersantai dipangkuannya
Baru ku sedar siapa dirinya yang sebenar
(ulang *)
Sebahagian keluarga dan kawan-kawan tak bersefahaman
Tidak bersetuju bila cintaku berarah ke situ
Kerna mereka tak mahu memerhati yang istimewa
Pada dia yang menarik hati
Jadilah orang sendiri jangan terperangkap begini
Tapi biarlah aku mengambil haluan ini
Hanya dia nama aku MC
Kami bertiga anggota yang akan kekal buat selamanya
Kalau tuan memancing pintu
Daun dedap di dalam perigi
Kalau tuan hai kata begitu
Alangkah sedap di dalam hati
Jadi kami terus bersama tanpa menghiraukan
Pandangan mereka peduli apa yang dirisaukan
Dan hanya kerananya ku berjalan berani
Namanya muzik sehingga kini kami serasi
Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii.. Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas Kiramu hanya bias
Cecamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok
P/S: Lagu tok ditujukan buat Pakcik kamek sekeluarga...nak diam kat jalan merdeka...