CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
Post time 24-3-2009 06:09 AM | Show all posts
Israel mungkin laku jenayah perang di Gaza

GENEVA - Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin semalam memutuskan bahawa terdapat alasan untuk memutuskan bahawa operasi ketenteraan Israel di Gaza yang berakhir Januari lalu adalah satu jenayah perang
.

Pakar itu, Richard Falk berkata, serangan terhadap orang awam atau anggota tentera boleh dijadikan penentu sama ada peperangan di Gaza sah atau melanggar peraturan-peraturan antarabangsa.

"Jika ia tidak boleh dilakukan maka serangan itu salah dan ia adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang.

"Ia juga boleh menjadi jenayah peperangan menurut undang-undang antarabangsa," kata Falk.

Dalam laporan yang akan dikemukakannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Falk menambah, bukti awal mendapati sasaran dihalakan terhadap kawasan yang padat dengan penduduk.

Apa yang menjadi lebih teruk, katanya, semua pintu sempadan Gaza ditutup sekali gus menjadikan orang awam tidak boleh melarikan diri daripada serangan tersebut.

Kementerian Luar Israel dalam reaksi segera terhadap laporan tersebut berkata, usaha Falk tersebut seperti menghalalkan tindakan ganas Hamas.

Gaza mengalami kerosakan teruk akibat diserang tentera Israel selama tiga minggu bermula 28 Disember lalu mengakibatkan lebih 1,300 kematian manakala beribu-ribu lagi mengalami kecederaan. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082692 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list