CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: komPANGG!!!

KENDURI - Kelab Nona bertuDUng RIni (afundi rini)

[Copy link]
Post time 18-8-2009 12:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 09:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 21-8-2009 21:58

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 24-8-2009 13:42

23-Aug-2009 | Oleh: Murai Batu

Rini Saudagar Fesyen Nona Cantek



KL, 23 OGOS 2009: Musim raya tidak lama lagi, ramai orang buka bermacam bisnes. Tidak kira artis muda atau senior, ramai yang mencari duit sampingan selain berlakon dan menyanyi.


Salah seorang yang dimaksudkan adalah bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini atau Zuzafrini Zulkifli atau Rini. Walaupun tersingkir awal dari AF7 tetapi rezeki Rini tetap ada kerana dia tidak suka berpeluk tubuh.


Terdahulu, Murai Batu difahamkan Rini sibuk merakamkan single pertamanya ciptaan komposer lagu Masih Jelas (Hafiz) iaitu Aidit Alfian. Hmm... mesti unik dan sedap tu. Tengoklah hasilnya apabila Aidit cipta lagu untuk Elyana.


Awalnya dia mahu nyanyi seorang tetapi Rini jemput kembarnya, Rina atau Zufzarina yang pernah mencuba bakat dalam program Jangan Lupa Lirik bersama Pak Nil.
Selepas kisah single itu, Murai Batu didatangi berita Rini sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu.


Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, Murai Batu diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah.


Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, Murai Batu berbangga dengan Rini masih mudah tetapi ada visi menjadi usahawan.  


Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan.


MURAI BATU:  Dah mula sibuk tempah baju raya.  Ramai artis seperti Ifa Radziah dan Deja Moss berniaga kuih raya yang sedap-sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 03:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 03:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 24-8-2009 20:58

24-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi

Gala TV Penyiar Rasmi Yok Sahur 2



Taken from murai.com.my

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2009:  Bermula Jumaat ini, 28 Ogos 2009, program Yok Sahur 2  anjuran murai.com.my bakal memulakan singgahan pertamanya di Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang.


Paling istimewa, program yang menampilkan ramai selebriti popular ini bakal ke disiarkan di Astro Awani, Saluran 501 melalui slot Gala TV di mana segmen istimewa diterbitkan iaitu Gala TV@Yok Sahur Murai.


Melalui segmen ini, penonton boleh menyaksikan sendiri bagaimana aksi artis melayan adik-adik yang menghuni rumah kebajikan berkenan ketika waktu sahur. Ia bakal disiarkan setiap Isnin, jam 10.30 bermula 31 Ogos ini iaitu pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.




Ketua editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata inilah peluang terbaik buat peminat yang bertuah beramal bersama-sama dengan artis kesayangan mereka. Malah, ia juga sebagai platform kepada kalangan artis untuk beramal di bulan yang mulia ini.


"Selain bersahur bersama, pelbagai aktiviti yang sudah dirancang untuk dikongsikan bersama penonton Gala TV. Jadi, jangan lepaskan peluang menonton aksi artis bersama mereka yang kurang bernasib baik dihoskan oleh Ajieb," ujar Roslen.


Tips selebriti dari artis popular


Selain menonton Yok Sahur 2 di kaca TV, program itu juga menyediakan ruangan istimewa iaitu Tips Bersahur Selebriti. Melalui slot tersebut, GengMurai boleh membaca tips bersahur dari selebriti popular yang diamalkan mereka sendiri.


"Setiap peminat mesti tertanya-tanya apakah amalan yang selalu dilakukan artis kita sewaktu bersahur. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah menyediakan ruangan istimewa di mana peminat boleh membaca sendiri tips tersebut. Yang penting, tips berkenaan adalah 100 peratus dari artis itu sendiri," ujar Roslen lagi.


Selepas membaca tips berkenaan, anda juga boleh berkongsi tips tersebut kepada rakan anda dengan menghantar e-mel.


Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Yok Sahur 2, anda masih lagi berpeluang mengikutinya dengan menghantar foto dan slogan menarik dengan sesi pilihan sendiri.


Selain menyertainya di murai.com.my, saluran interaktif popular di Astro @15 juga menganjurkan peraduan istimewa di mana hadiahnya sama seperti penyertaan di
murai.com.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 09:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by eyllaz at 3-9-2009 13:12

Assalamualaikum... mari2 jemput2.. (^_^)v



Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
Tarikh : 13 September 2009
Masa : 5.00 pm
Bayaran : RM20 sahaja
Sumbangan : Wang Ringgit | Pakaian | Barang makanan keperluan harian
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila bank in ke acc no. 1601001 1012525 (CIMB-Nurfazlyna). Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barang-barang mahupun pakaian sila hubungi 019 3285 071(Lyn)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara objektif program ini ialah :
Melancarkan kutipan derma atau sumbangan dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Mewujudkan konsep masyarakat yang penyayang. Merapatkan hubungan silaturahim antara Badan Korporat, Fan Club & Anak-anak Yatim
w w w . r u m a h a m a l l i m p a h a n k a s i h . c o m
anjuran: Atz Engineering, Global Cool Enterprise, TKB fotopages dengan kerjasama Shawal FC



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

maklumat lanjut : agogo-trek.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by eyllaz at 3-9-2009 13:12

Assalamualaikum... mari2 jemput2.. (^_^)v



Tempat : Ru ...
eyllaz Post at 3-9-2009 13:10


wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 5-9-2009 14:14

Thursday, September 3, 2009
Selamat Menjalani Bulan Ramadhan dan Ibadah Puasa!

Assalamualaikum,

Apa khabar buat semua pembaca Blog Rini?. Rini doakan agar anda semua sehat walafiat dan sentiasa bahagia di samping org yang tersayang.^_^ Di bulan yang mulia ini, Rini ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tingkahlaku, perbuatan yang tuturkata yang Rini lakukan secara sengaja atau tidak sengaja yang menyinggung perasaan atau hati anda. Manusia mmg tidak lari dari melakukan kesilapan, lagi2 kita sebagai hamba Allah yang tidak sempurna dan banyak kelemahan..^_^

Sudah terlalu lama Rini tak update blog Rini ni kan? Buat pengetahuan semua, Rini agak busy sejak kebelakangan ini, dgn aktiviti dan program buka puasa, selain itu juga Rini juga sebuk dengan perniagaan baju yang Rini buka di Downtown Kajang, berhadapan Sate Samuri. Jualan bermula jam 10 mlm hingga 1.30 pagi, dan berterusan setiap hari menjelang Aidilfitri nanti. Kepada yang nak tgk sendiri fesyen atau koleksi yang ada, datanglah ke sana.^_^

Website Nona cantek!

Maaf yang tidak terhingga, website Nonacantek juga tidak dapat Rini update, di atas kesebukan Rini. InsyaAllah Rini akan cuba mengambil masa sedikit untuk memperbaharui koleksi baju yang sedia ada. Rini juga akan mengambil berat setiap pandangan peminat NonaCantek.^_^ Terima kaseh. Untuk koleksi terbaru nanti, rini akan sertakan sekali ukuran baju bagi memudahkan pembeli memilih baju mengikut saiz badan yang sesuai. ^_^

Sempena bulan yang mulia ini, Rini sertakan sekali gambar Rini khas buat anda yang sentiasa mempercayai bakat Rini dan selalu menyokong Rini..^_^




Rini juga ingin tujukan ucapan selamat berpuasa kepada ahli Kelab Nona Bertudung Rini (KENDURI). Rini ucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak menyokong Rini sepanjang Rini berada di AF. Rini dah baca komen2 anda, dan Rini berharap dapat mengenali anda dgn lebih dekat lagi. Buat kompang, terima kaseh kerana menubuhkan Kenduri. ^_^..

Wassalam..^_^
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 02:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 02:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 03:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 12-9-2009 16:03

Yok sahur 2 murai sesi ke-3 @ Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah
Credit 2 fb Kt Cats


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 17-9-2009 12:27

Jelajah Yok Sahur 2 Semakin Meriah!
15-Sep-2009 Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos





KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009:  Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.

Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah.

Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman
Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.

Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya.

Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.

Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri.

"Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.

Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim.

Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya  Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.

Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 04:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 27-9-2009 16:11

credit 2 fb duta Lara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.918568 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list