|
Post Last Edit by kunang_kunang at 9-2-2010 11:11
Selasa Februari 9, 2010
Serina Hamil, Suami Hadiahkan Percutian Ke Perth
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Serina mengemudi program Jalan-Jalan Cari Makan Musim Ke-13. - Foto The star oleh NORAFIFI EHSAN
SINAR bahagia jelas terpancar pada wajah pelakon, pengacara dan model Serina Redzuawan yang kini sedang hamil lima minggu.
Orang pertama yang menerima berita gembira itu sudah tentu suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar dan yang kedua adalah bapa tersayang, Chef Wan dan ibu, Norhayati Ayob.
Serina yang 'bunting pelamin' telah diijab kabulkan dengan Gavin pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan dan diraikan dalam enam resepsi.
Belum puas berkongsi rasa gembiranya dengan kaum keluarga dan rakan-rakan, Serina bertambah gembira menerima hadiah daripada suaminya berupa percutian ke Perth, Australia.
Wajah bahagia bakal ibu.
Pasangan bahagia ini akan terbang ke Perth mulai hari ini dan menghabiskan masa cuti selama seminggu.
“Selepas disahkan hamil, sebagai kejutan, saya memberikan kad ucapan kepada suami dengan menulis congratulations for your baby.
“Selepas itu saya menghantar SMS kepada ayah saya dan dia membalas dengan lima muka surat SMS termasuk meminta saya menjaga pantang larang dan mengambil vitamin untuk kesihatan.
“Saya rasa rezeki anak ini bukan sahaja menunaikan impian saya dan Gavin malah turut mengabulkan doa bapa saya yang mahukan cucu ketika meniup lilin kek hari jadinya yang ke-53 tahun pada bulan lepas diRestoran Subak, Bukit Lanjan,” kata Serina yang mula mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kelak ketika sidang media program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Musim Ke-13 di ibu kota semalam.
Pelakon drama Akademi Polis dan Roda-Roda Kuala Lumpur ini berkata dia lebih teruja dengan bayi lelaki kerana sudah terbayangkan bagaimana aksi dia bermain bola sepak bersama anak lelakinya.
Walaupun kandungannya masih terlalu awal dan belum terkena apa-apa alahan, Serina berkata dia sudah mula mengidam makanan yang jarang disukai olehnya.
Serina dan Gavin dinikahkan pada 1 Januari lalu.
“Semasa baru-baru lagi, tiba-tiba sahaja saya menghubungi Domino’sPizza dan memesan pizza dan Coca Cola sedangkan suami saya lebih teruja dengan makanan barat,” ceritanya yang gemarkan aktiviti lasak.
Namun begitu, tidak bermakna dia akan berhenti terus daripada menyertai aktiviti seperti sukan bermotor kerana tidak lama lagi wanita berusia 27 tahun ini akan menyambung penggambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur (RRKL).
“Saya boleh naik motor tapi tak boleh ganas-ganas macam dulu. Selain berlakon dalam RRKL, saya juga akan terlibat dengan banyak lagi program TV lain.
“Bagaimanapun, saya perlu mengutamakan JJCM. Saya akan teruskan penggambaran program ini mengikut kemampuan saya,” katanya yang telah selesai menjalani penggambaran sebanyak 10 episod.
Tidak guna kabel Chef Wan
Serina menggantikan pengacara asalnya, Maria Tunku Sabri dengan menggunakan konsep tersendiri.
Dalam pada itu, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata dia mempertaruhkan bakat yang ada dan bukannya menggunakan kabel bapanya untuk mengendalikan program itu.
“Saya juga menjalani sesi ujibakat seperti orang lain. Lagipun, sebelum menyertai ujibakat program ini, saya tengok dulu sama ada karektor saya bersesuaian dengan program ini atau tidak. Selepas itu,semuanya saya serah kepada Allah,” jelasnya yang menggayakan rambut pendek demi program itu.
Selepas dua minggu pulang dari berbulan madu di Greece pada Januari lalu, terus Serina memotong rambutnya dan berharap imej barunya itu dapat menarik minat penonton JJCM13.
Walaupun begitu, Serina berkata dia tetap kekal dengan sikap semulajadinya yang ramah dan ‘gila-gila’ kerana tidak mahu hipokrit dihadapan penonton.
Kelainan yang diterapkan oleh Serina juga termasuk menjadikan program ini berbentuk infotainment di mana bukan sahaja menyelitkan hiburan malah maklumat yang berguna.
“Saya ingin menunjukkan yang makanan boleh membuat orang gembira dengan membantu orang-orang susah. Jadi, saya cuba membawa anak-anak yatim untuk menjamah makanan yang sedap-sedap ini.
“Selain itu, saya juga pergi memancing ikan dan meminta kedai makan yang terpilih itu untuk memasak ikan itu. Pada masa yang sama, saya sebenarnya nak beritahu yang memancing itu bagus,” beritahunya.
Dalam seminggu, Serina telah menghabiskan masa di tiga buah restoran untuk mencuba dalam 40 jenis masakan pada setiap hari.
Biarpun begitu, Serina menegaskan dia langsung tidak takut jika badannya naik kerana dia akan menghabiskan masa untuk bersenam digimnasium.
Saksikan JJCM13 mulai 14 Februari ini, setiap Ahad, pukul 12 tengah hari di TV3
kredit: mStar Online
*wah....rambut pon dah pendek...tp yg paling best hadiah pregnant tu...1 week in Perth! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kunang_kunang at 9-2-2010 11:23
lg cerita pasal serina...
Serina 'muntah' di lokasi Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/02/09
LEBIH dua bulan bergelar isteri, rumah tangga pelakon Serina Redzuawan dan suaminya Gavin EdwardO'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata apabila kini hamil.
Kata anak tukang masak terkenal Datuk Chef Wan ini ,dia mula berasa dirinya kurang sihat ketika terbabit dengan penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan, baru-baru ini. Dia juga menjadi pengacara program santai terbitan TV3 itu menggantikan tempat Maria Tunku Sabri.
"Sebelum buat program itu, saya dan suami baru kembali dari bulan madu di Pulau Bali, Indonesia. Ketika penggambaran Jalan-Jalan Cari Makan, saya juga muntah ketika di lokasi dan selera makan juga semakin bertambah. Saya terus membuat ujian kehamilan dan mendapati ia positif.
"Bagi mendapat kepastian, saya dan suami terus berjumpa doktor untuk buat ujian ultra sound dan kini disahkan mengandung lima minggu,"katanya.
Serina berkata, apabila mendapat tahu dirinya mengandung, suaminya adalah orang yang paling gembira kerana bakal bergelar ayah.
"Suami terus menghadiahkan saya telefon bimbit Blackberry dan percutian selama seminggu ke Perth, Australia. Kami berlepas ke sana, hari ini (Isnin).
"Saya sebenarnya berharap anak pertama kami ini lelaki tapi ia semuanya adalah ketentuan Tuhan. Apa yang penting, bayi yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya," katanya.
Serina berkata, pada mulanya, dia berasa bimbang berat badannya semakin bertambah apabila terbabit dengan program masakan sepertiJ alan-Jalan Cari Makan itu. Dia juga baru menyiapkan 10 episod program berkenaan.
"Selaku pengacara memang saya perlu merasa semua sajian yang dihidangkan dalam program itu. Bayangkan, dalam sehari saya perlu merasa 40 jenis sajian dari tiga restoran berbeza.
"Setakat ini, berat badan saya naik dua kilogram kerana mengandung. Apapun, saya akan mengatasi masalah pertambahan berat badan dengan membuat senaman," katanya.
Selain program Jalan-Jalan Cari Makan, Serina juga sibuk menguruskan syarikatnya, Real Wonders Sdn Bhd dan Syarikat usahasamanya dengan Yusof Kelana, YKS Film Maker Sdn Bhd.
"YKS Film Maker Sdn Bhd ini adalah syarikat production house dan pengurusan acara dan kami baru melancarkan projek telefilem pertama, Kubungman. Saya tubuhkan syarikat ini dengan duit hasil titik peluh dalam bidang seni. Saya juga percaya ia rezeki selepas mendirikan masjid.
"Saya memilih Yusof untuk menjadi rakan kongsi kerana dia bagaikan sifu dalam bidang seni," katanya.
kredit: myMetro
*adeh...bestnyeeee...tak cukup dgn 1 week in Perth....dpt blackberry lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
Harap-harap cukup tempoh 10 September 2010 Serina akan
melahirkan bayi yang comel. Jangan jadik macam ada artis
sorang tu, diistihar bunting pelamin, sampai sekarang tak
beranak-beranak lagi. Semo ...
natashism Post at 9-2-2010 09:11 AM
Sape beb??!~
ank die telebey buln kot |
|
|
|
|
|
|
|
Penin hakko,.,. {:2_79:}
bunting pelamin nyer pasaiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
wah same cam aku la kawen2 trus wat projek dapat suami dapat anak tahun yg same...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
congrats mesti cucu chef wan kecoh mcm datok dia |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ke CT... orang lain kejap jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
taniahh buat chef wan and serina.. |
|
|
|
|
|
|
|
apesal la tajuk die bunting pelamin?
tak sopan punye tajuk...
pawangBuaya Post at 8-2-2010 15:00
apa yang tak sopannya?biasa jek tajuk ni.
bukan bunting gajah ke hape. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya skit, klw buat bende 2 (ehem2)
1. bpe mase yg diambil oleh sperma utk bercantum dgn ovum
2. bape hari @ minggu bleh dpt tau pregnant
yg benar,
sy yg xpaham
lovekakashi Post at 8-2-2010 17:49
Sperm boleh hidup dalam cervix wanita selama 72 jam, manakala ovum wanita aktif antara 12 dan 24 jam. Bila berlaku persenyawaan, telur yang disenyawakan akan bergerak ke dalam uterus untuk proses implantation (nidation). Proses mengambil masa antara 7 dan 9 hari dan hanya akan terjadi di waktu kesuburan wanita. Tiada ovulasi, tiada persenyawaan. Kehamilan boleh diketahui apabila kandungan mencecah tiga minggu tetapi ujian kehamilan yang dijual di farmasi bukan lah 100% reliable. Cara menghitung kelahiran anak:
First day of your last period; contoh: Januari 3rd.
Substract 3 months: December, November, October.....so October 3rd.
Then plus 7 days: 3rd + 7 days = 10....so October 10th.
Tapi ada bayi yang keluar awal termasuk yang lahir tak cukup bulan dan ada bayi yang keluar selepas terlebih term. Kehamilan boleh terjadi sampai minggu ke 42. Kebiasaan kelahiran adalah minggu ke-38 dan ke-40.
Bayi yang lahir cukup bulan atau tidak cukup bulan, ada satu scoring system 'Ballard Scoring System' yang digunakan oleh pediatrik utk mengetahui usia sebenar bayi dari sewaktu persenyawaan sampai waktu lahir. Pediatrik akan check semua organ luaran termasuk bunyi nyaring menangis, refleksi terperanjat, lipatan kaki sejak dari dalam perut ibu dan sebagainya termasuk berat badan bayi itu semasa lahir. So harap semua jangan pikir yang bukan2 ye....Serina nikah pada Januari 1, 2010.
Utk. lovekakashi...semoga informasi yang sedikit ini sangat membantu utk. memahami. Kehamilan itu adalah satu keajaiban, it is not easy. Tu sebab ada orang yang dah bertahun-tahun cuba tapi masih tak dapat anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.
Mesti baby comel cam mummy & daddy also keletah cam tok wan.. |
|
|
|
|
|
|
|
badan serina ni jenis berisi..org kata badan pompuan mcm ni memang suburrr |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..
Chef wan dapat dua anugerah Datuk
tumpang gumbira... |
|
|
|
|
|
|
|
congrats serinaaa.....:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
seronok nye dpt baby...congrats...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
|