CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaithNoMore

Doa solat jemahat pun mau pertikai.....

  [Copy link]
Post time 22-8-2010 12:28 AM | Show all posts
Doa orang supaya peluk Islam rupanya.
Salah ka tak ni?
matsyeh Post at 21-8-2010 10:30
batal semayang kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 12:30 AM | Show all posts
memula ckp fitnah..bile betul trus spin
"Berdosa ke tinggalkan nama Agong dalam doa?"

ryosakazaki Post at 21-8-2010 23:18


bila plak aku nafikan pasal doa tu sebut nama guan eng.. aku nak tanya je.. 
berdosa ke kalo tinggalkan nama Agong dalam doa? Salah ke bertanya? 
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 12:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 12:36 AM | Show all posts
Reply 183# Acong


    ramadzan

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 12:59 AM | Show all posts
ramazan al murabak...ni nama pakcik sapo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:01 AM | Show all posts
ramazan al murabak...ni nama pakcik sapo ni?
nurkasih74 Post at 22-8-2010 00:59



    tertinggal t kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2010 01:06 AM | Show all posts
Siasat khatib
Oleh Azrina Ahzan, Zanariah Abd Mutalib dan Faiza Zainudin
bhnews@bharian.com.my
2010/08/21

Sebut nama Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat dianggap hina umat Islam

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dakwaan beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi mengenal pasti sama ada tindakan itu dibuat atas arahan pihak tertentu dan jika dakwaan itu benar, ia boleh memberi implikasi besar.

“Jika ia berlaku, tindakan perlu diambil kerana ia satu perkara yang boleh memberi implikasi besar," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan, di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas pendedahan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat sejak minggu lalu.

Ahmad Zahid berkata, nama individu yang dibacakan dalam doa itu sepatutnya nama ketua agama Islam sesebuah negeri, iaitu Sultan dan bagi Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, ketua agamanya adalah Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika dihubungi pula, berkata tindakan khatib di masjid itu jelas menunjukkan amalan berpolitik yang melampau sehingga membabitkan umat Islam yang menunaikan ibadat dan jika tidak dibendung boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Nampak sangat perkara ini bermotif politik sehingga berani membabitkan khutbah (Jumaat). Sepatutnya doa adalah untuk muslimin dan muslimat dan jika benar mendoakan orang bukan Islam supaya mendapat hidayah, mengapa nama Yang di-Pertuan Agong dibelakangkan.

“Kita akan ambil langkah sewajarnya agar perkara ini tidak berulang kerana kita tidak mahu keharmonian beragama di negara ini terganggu disebabkan amalan berpolitik yang sempit ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, berkata tindakan menggunakan nama Lim menggantikan Yang di-Pertuan Agong jelas menghina dan mengaibkan umat Islam negara ini.

“Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang imam akan menyebut nama Guan Eng di dalam doa yang dibuat di dalam masjid pada khutbah solat Jumaat,” katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata hukuman setimpal harus dikenakan terhadap pihak yang dikenal pasti melakukan perkara itu termasuk melucutkan kerakyatannya.

“Ketua Menteri Pulau Pinang juga sering mendakwa beliau menjadikan tokoh Islam, Umar al Aziz sebagai idolanya, maka bukanlah perkara pelik jika ada pihak yang mendewa-dewakannya,” katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris, berkata kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam harus diutamakan dalam semua perkara berkaitan agama Islam, diikuti pemimpin dan individu lain.

“Kalau berdoa supaya masyarakat bukan Islam menerima hidayah dan memohon kesejahteraan negeri dan pemimpin itu harus, tetapi ia tidak harus membelakangkan peraturan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong mesti diutamakan dalam konteks agama,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata pihaknya bimbang sekiranya perkara itu menjadi ikutan dan merosakkan khutbah yang disampaikan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pihaknya sudah mengenal pasti imam di Pulau Pinang yang menggugurkan nama Tuanku Mizan dalam doa khutbah kepada Guan Eng.

Beliau berkata, tindakan segera akan diambil menerusi kerjasama MAIPP termasuk kemungkinan menggantung perkhidmatan imam berkenaan.

“Kami sudah kenal pasti seorang imam dari sebuah masjid di Pulau Pinang yang didapati mengubah doa khutbah berkenaan dengan menyebut nama orang itu (Guan Eng).

“Kita yakin dia (imam terbabit) yang memasukkan nama (Guan Eng) pemimpin itu sendiri, bukan teks yang disediakan majlis, kita akan ambil tindakan. Ini jadi pengajaran kepada negeri lain supaya khutbah tidak dipolitikkan sehingga ke taraf macam itu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian pameran KepadaMu Kekasih di Balai Seni Lukis Negara, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:13 AM | Show all posts
Dua ahli kariah masjid akui doa sebut KM

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.

Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.

"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.

''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.

"Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..

Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Menceritakan keadaan ketika itu, beliau menjelaskan, para jemaah agak tergamam apabila mendengar khatib membacakan bacaan doa berkenaan.

"Ada dalam kalangan jemaah berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya mengenai kejadian itu.

"Kenapa khatib tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin utama ini sedangkan nama Guan Eng disebut, itu yang kita tidak pasti," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 01:16 AM | Show all posts
Doa khutbah kedua: Pemuda UMNO Bagan buat laporan polis
21/08/2010 2:27pm


BUTTERWORTH 21 Ogos - Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini semalam.

Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".

Zakaria juga didakwa tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:37 AM | Show all posts
najib ni lambat lah, kannnn guan eng dah buat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:46 AM | Show all posts
Lobai2 pun dah pening dah....kejap nak kata fitnah....kejap nak kata salah ke doa org kapir......kejap nak kata nabi pun doa utk bapa saudara....last2 ladi kaldai tercirit
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:47 AM | Show all posts
dey setan bacul multinic,

kalu barbosa hulur senjata 84 tahun nya dlm mulot kamu,
itu lah ...
Ruda Post at 22-8-2010 00:05


Bila hati sudah berbakar....mula la login multinick pastu spam. Akai org PAS mudah dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 02:59 AM | Show all posts
Kalau hati dah dibutakan...benda yg betul pon akan tetap dikata tak betul...subhanaALlah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 03:02 AM | Show all posts
Tadi kat TV3 dia tunjuk interview ngan 2 org pakcik... pakcik tu seniri cakap Imam baca doa untuk Gu ...
tokapi Post at 20-8-2010 22:49



   Logiknye takkan la pakcik2 tuh smer nak menipu..isk2 ade otak boleh pk...tak caye bleh tgk online lam MyTV3 nyer website...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 05:17 AM | Show all posts
Acong Post at 22-8-2010 00:34



    Takdak qc ka???apa yg rabak??
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:37 AM | Show all posts
pada aku nak doakan yg baik takpe,,,,up to you kalau tanak amin kan....
boleh aa kalau nak bising ,,  nak diam pun boleh....bukan LGE mintak pun

nak bersorak jek pun boleh,,, ye aa skadar buang masa kutip credit kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 06:11 AM | Show all posts
bila plak aku nafikan pasal doa tu sebut nama guan eng.. aku nak tanya je..
berdosa ke ka ...
beta_carotene Post at 22-8-2010 00:30

de aku quote or reply yg ko ckp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:13 AM | Show all posts
Lobai2 pun dah pening dah....kejap nak kata fitnah....kejap nak kata salah ke doa org kapir......kej ...
penyo. Post at 22-8-2010 01:46
pening lobai2 nk spin nih smpai terbelit nak ikat sarban..
xpe laa..janji reply katanye
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 07:25 AM | Show all posts
de aku quote or reply yg ko ckp ke?

ryosakazaki Post at 22-8-2010 05:11



ada. ko ulang sebijik2 macam yang aku post kat atas tu. 

tp takpe la kalo xmo mengaku.  standard la tu.
xleh jawab soalan tu pun xpe. 
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 08:02 AM | Show all posts
senang citer lepas ni x payah nak spesifikkan doa utk sesape, doakan utk muslimin secara umumnya jek...kalo nak spesifik tu niat dlm hati masing2 jek,  x yah sebok2 nak gadoh psal tinggal name sultan la, masuk name guan eng la... kan senang gtu dak???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.115612 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list