CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tomet05

(Gossip) Adakah ini anak Siti Saerah ?

  [Copy link]
Post time 13-4-2011 10:01 AM | Show all posts
xpelah dah anak,tumpukan lah pd keluarga..CT bila lagi???hehehe..putih melepak erkk anak jenet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 01:30 PM | Show all posts
aku tau...

baru je wat malam td
maxim Post at 13-4-2011 08:11 AM



mmg legend hati cute arrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 01:31 PM | Show all posts
euuwwww
hantu_poyos Post at 13-4-2011 08:25 AM



cute per...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 02:04 AM | Show all posts
dah terlanjur ..biar  jelah asal kawin n xbuang bb,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 12:40 PM | Show all posts
Reply 6# vionna007


    Kalau anak dia kenapa bior ler.....x bley beranak ke dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 02:20 PM | Show all posts
Biarlah. Asalkan dia nak jaga anak dia. Syukur dia dah kahwin pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2011 03:07 PM | Show all posts
Korang ingat Janet tu ala-ala Kris Dayanti ke...????wahahahhah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 09:02 AM | Show all posts
Korang ingat Janet tu ala-ala Kris Dayanti ke...????wahahahhah
cmf_blingblings Post at 30-4-2011 15:07



    Janet lbh hebat drpd KD. KD lps sebln nikah br pregnant 4 bln.. Janet beranak lps 4 bln kawen!! powerful!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply 129# tmx_elmo


   sumber tidak halal?    mmm..x blh la trs jatuhkan hukum mcm ni, x semestinya anak yg dikandung out of wedlock tu perangai pun ikut mcm makpak dia..ikut upbringing gak. Allah tidak akan menganiaya hambaNya melainkan hambaNya sendiri yg menganiaya dirinya sendiri. kalau makpak dia dh taubat nasuha, insya Allah, perbuatan yg makpak dia buat sblm ni x kena kat anak itu. Apapun, kita kembali pada fitrah manusia itu sendiri, yg suci tanpa dosa, yg corakkan manusia itu sendiri la..

hehe..peace
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply 57# maxim
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:26 AM | Show all posts
aku yakin dia akan terus hilang dr persada seni w/pun sebagai tempelan...dia tak bijak mengambil kesempatan atas populariti Tok Ti, sepatutnya dia kena guna segala kesempatan untuk menempa diri dlm bidang seni bukan setakat riuh di kelab-kelab saja..

Adik beradikpun bukan semua berjaya, ini biasa dlm sesebuah keluarga. Dalam setandan pisang pasti ada juga yg BUSUK..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:19 PM | Show all posts
Saerah buka gerai tepi sungai
Oleh Zubir Mohd Yunus
[email protected]
2011/06/12


Desas-desus dakwa adik Siti Nurhaliza tak lagi hidup mewah selepas kahwin

SEMPENA cuti persekolahan baru-baru ini, Zubir mengambil kesempatan membawa keluarga bercuti panjang ke sebuah resort di Pantai Timur. Selepas menikmati ikan patin gulai tempoyak dan keropok lekor, sebelah malamnya pula Zubir dipelawa beberapa rakan melepak di sebuah pusat hiburan menyaksikan persembahan live band terbaru dari Filipina.

Sedang asyik melayan beberapa lagu kegemaran, tiba-tiba melintas di depan Zubir seorang pemuda yang pernah Zubir lihat sebelum ini, tapi tak ingat di mana. Zubir dimaklumkan seorang kenalan, pemuda berkenaan ialah Saiful Anuar atau Epul, suami Siti Saerah Tarudin. Saerah pula ialah adik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Zubir macam kena loteri saja pada malam itu.

Selang beberapa minit, Epul menghampiri Zubir dan kami bersalaman, namun tidak bercakap apa-apa. Mata Zubir pula melilau mencari kelibat Saerah, manalah tahu dia mengikut suaminya ke pusat hiburan itu. Tidak lama kemudian, Zubir terpandang wajah Saerah di celah-celah ratusan pengunjung yang sedang ligat berdansa pada malam minggu itu. Saerah terus menghampiri Zubir dan melemparkan senyuman, sekali gus bertanya bila Zubir sampai ke sana (Pantai Timur).

Zubir sekadar memberitahu baru sehari dua bercuti, namun tidak berkesempatan bersembang lebih lanjut kerana keadaan sekeliling begitu bingit ditambah bunyi muzik yang kuat, tidak mengizinkan kami meneruskan perbualan pada pertemuan singkat itu. Sebaik saja band berkenaan selesai membuat persembahan, Zubir bersama beberapa rakan, sempat menjamu selera di sebuah gerai berdekatan.

Maka, cerita terbaru Saerah bersama suaminya, Epul rupa-rupanya bersambung pula pada tengah malam itu. Seorang kenalan memaklumkan kepada Zubir, sudah lebih sebulan Saerah dan Epul membuka sebuah gerai kecil di kawasan peranginan popular, Midtown D’Muda atau Esplanade, Benteng di tepi Sungai Kuantan, Pahang.

Saerah dan suaminya menjual kek cawan (cupcakes). Tambah kenalan tadi, Saerah dan Epul turut membawa anak mereka ketika berniaga dan mereka bergilir-gilir menjaga bayi berkenaan sambil melayan pengunjung. Sebiji kek cawan dijual RM4.00.
Maka terdetik di hati Zubir, kenapa begitu terdesak kehidupan Saerah selepas mendirikan perkahwinan sehingga terpaksa membuka gerai yang hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu itu?

Seorang kenalan lain memberitahu, Saerah perlu menambah pendapatan keluarga membantu suaminya yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuantan. Khabarnya pendapatan Epul tidak menentu, justeru, Saerah terpaksa melakukan perniagaan sampingan, maklumlah dengan kehadiran anak yang baru lahir, pastinya pendapatan isi keluarga akan bertambah.

Tapi, ada juga suara nakal di kalangan teman Zubir memberitahu, sekalipun Saerah adik Siti Nurhaliza, dia tidak kisah orang ramai memerhatikannya menjual kek cawan. Gerai Saerah pula hanya selang satu dengan gerai menjual minyak wangi, apabila ada kenalan memaklumkan, ada kalanya Saerah berkaraoke di tepi sungai itu, maklumlah dia pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.

Maka, timbul lagi suara lebih nakal, Saerah ni tak jaga nama baik Siti Nurhaliza ke, kakaknya seseorang yang dihormati dan disanjung, adiknya pula hanya peniaga gerai! Bagi Zubir, apa salahnya Saerah berniaga menambah pendapatan keluarga, asalkan kerja itu halal. Tapi, daripada dia menjual kek cawan, lebih baik dia menjual dan mengedar produk kakaknya, Simply Siti, gerenti berduyun-duyun orang membeli!

Seperkara lagi, ada juga yang membisikkan ke telinga Zubir, kalau benar sekarang Saerah tak hidup senang sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, tapi dia masih berkesempatan berhibur di pusat hiburan! Ooops.... itu Zubir tak mahu komen apa-apa.

Tapi, sebagai adik kepada seorang penyanyi yang begitu berpengaruh di Malaysia dan Indonesaia, Saerah perlu menjaga nama baik kakaknya dengan tidak terlalu menonjol bersuka ria di khalayak ramai. Tapi, kalau dah berniaga tu, nak buat macam mana, mungkin orang beli kek cawan yang dijual Saerah kerana dia adik Siti Nurhaliza!

Harap Saerah dan suaminya tidak berkecil hati dengan kata-kata Zubir. Ia sekadar nasihat dan pandangan peribadi. Tapi, dalam pada bercuti itu, sempat pula bergosip. Nak buat macam mana, gosip dah jadi sebahagian kehidupan Zubir, dah sebati.

ZUBIR: Putri Mardiana yang dikenali menerusi filem Santau, baru saja keluar MIG, khabarnya ada masalah dalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:24 PM | Show all posts
eleh jubir, biarla orang tu nak jual kek cawan pon, halal kan..kalo tak, kang kua cita laki saerah makan hasil kakak ipar pulak..choi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:31 PM | Show all posts
sengal nya org yg berfikir jual bergerai tepi jalan ni HINA, jangan hina wei.. kalau anda tak tahu wahai zubir, pendapatan penggerai tepi jalan mcm nasi lemak kukus ke.. cupcakes ke.. utk 2hari boleh dapat gaji sebulan mcm korang wartawan tau, aritu penggerai jual minuman pada belia 1 negara di putrajaya berjaya kutip bersih rm8k utk sehari, modal dia cuma rm2k utk 2 hari..
jangan nak hina penggerai tak tentu pasal.. apa ingat kerja dalam ekon sedap2 pakai smart2 tu cukup makan pakai ke bulan2 wahai zubir??:re:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:40 PM | Show all posts
hina sangat ke weyh jual kapkek kat gerai?biarler saerah ngan laki die, janji diowang wat kejer halal.....n aku sokong, penjual gerai @ nasi lemak tepi jalan income diowang lg lebat dr org yg mkn gaji...elok la diowang blajar meniage susah senang dari bawah, kng kalo tetibe bukak bakery timbul lak persoalan dari mane dpt modal bukak bakery, laki die kan kije jual keter jer.. ni musti pakai duit tokti ni, nasibla nko tokti dpt adik camni...bla...bla..blaaa..... kejer wartawan tu banyak sangat ke duetnyer sampai menghena org meniage gerai? nasib die meniage kapkek hokeyh... klo die jual dadah semate2 nak idup senang? yerla kan katenyer kene jage name bek kakak, malu org tgk jual kat gerai bagai.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:52 PM | Show all posts
wahh kat esplanade ke..harus nak gi skodeng nanti tapi mahal benau sebijik cup cake rm4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 04:00 PM | Show all posts
aku x paham sungguh perangai jumboq mangkuk hayun sekkoq ni...hina sangat ke bukak gerai...klu hati tu dah busuk macam ni le perangai.,....jual cup cake tu lagi mulia dari cara hang cari rezeki dengan dok fitnah sana sini....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:09 PM | Show all posts
hek eleh zubir ni, biar dia la nak jual tepi jalan pun. dah tu, klu adik bradik perdana menteri, sumer kena jadik menteri? tak bley berniaga nask lemak tepi jalan? kang sumer jadik menteri, kata kronisme plak. choyyy btul

p/s: au pegi last weeken tak prasan plak org jual cupcake hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:11 PM | Show all posts
errmmm presepsi yg betul2 salah oleh wartawan ni mengenai peniaga kecil2 mcm ni.....Biasanya org yang berniaga yang kita nampak kecil tu lah sbernarnya jutawan senyap....pendapatan dia orang yang meniaga mcm ni melebihi org2 yang bekerja dalam bidang profesional....ini adalah pengalaman saya sendiri yang mempunya ahli dalam keluarga yg biz kecik2 mcm ni.....tapi dia punya income 1 bulan memang jauh ketinggalan dgn org2 yg bekerja dalam bidang profesional lah yg duduk dalam econd,yg berbaju cantik dan bernecktie....memang x berbau lah gan kita  ni yg dikatakan profesional,dia org punya saving boleh buat mata kita terbeliak,kita yg makan gaji x dapat nak samapi ke tahap tu. ....tanggapan yg betul2 jauh menyimpang...jangan jadikan kerja itu sesuatu ukuran kita.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:15 PM | Show all posts
baik berniaga warung tepi jalan daripada makan hasil drp menjual gosip dan menjaja tepi kain orang, yg belum tentu hasilnya halal..  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059706 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list