CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!

[Copy link]
Post time 6-4-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 6-4-2015 09:48 AM
cuba baca ruangan blog saleh said keruak tu......memang betul apa yang dia kata.....I pun pikir ka ...

Aku dah baca Lkick, dan aku jua setuju dengan ko.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2015 11:35 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 6-4-2015 11:28 AM
mls plk aku nk baca...wpon ati membuak2 nk tahu ceghita

malas baca..serupa malas amik tahu pasal GST lah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ayahanda tun
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 11:43 AM | Show all posts
Kenapa baru sekarang mahu tegur – Johan
06 April 2015 2:06 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 5 April – Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menimbulkan semula isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh negarawan tersebut apabila beliau mahu mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kenapa hampir lapan tahun baru hendak menegur Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir yang hanya sekarang mahu menegur Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehubungan itu beliau meminta bekas Perdana Menteri itu mengambil pendekatan berbincang dari `hati ke hati’ sekiranya ingin mengkritik mahupun memberi pandangan kepada kepimpinan Najib.

Katanya, pendekatan itu lebih wajar berbanding tindakan negarawan itu melontarkan kritikan dan mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan secara terbuka kepada umum.
“Adalah lebih baik perkara itu dibincangkan dari hati ke hati kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada Perdana Menteri sebaliknya parti.
“Sekiranya Tun Dr. Mahathir masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, ini bukan caranya kerana tindakannya itu akan menjejaskan keseluruhan UMNO,” katanya.
Jelas Johan, kritikan dan desakan Dr. Mahathir supaya Perdana Menteri menjelaskan beberapa isu secara terbuka itu seolah-olah seperti menghancurkan segala usaha dan penat lelah parti yang sentiasa komited berkhidmat kepada rakyat.
“Kami di akar umbi agak penat dan letih cuba mempertahankan parti dan kami amat berharap supaya ia tidak dihancurkan begitu sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada negara ini sememangnya tidak boleh dinafikan dan sebab itu, beliau dianggap sebagai negarawan dan juga bapa kemajuan.
“Namun, sekiranya Dr. Mahathir mahu memberi teguran atau mengkritik ia patut dilakukan secara berhemah.
“Kita menganggap beliau sebagai bapa dan jika seorang bapa ingin menegur anaknya bukan begitu caranya iaitu di hadapan khalayak ramai, jangan marah anak di depan orang ramai,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.G1cq7DHA.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebahagian dari sejarah permusuhan Mahathir dipaparkan di sini buat iktibar semua dan semoga dapat menyedarkan golongan yang masih tidak membuka mata, telinga dan minda kepada realiti.

1. Permusuhan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman

Dendam kesumat Mahathir terhadap Almarhum Tunku memuncak apabila dia mengalami kekalahan kepada calon PAS, Haji Yusof Rawa pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar.

Kemarahan Mahathir menjelma dengan rupa sepucuk surat terbuka kepada Almarhum Tunku

bertarikh 17hb Jun 1969. Mahathir membidas Tunku dengan hebat kerana dia yakin sesungguhnya Tunkulah yang menyebabkan karier politiknya berkecai. Surat biadap ini kemudiannya disusuli dengan buku, "The Malay Dilema" yang ditulis dalam bahasa kebanggaan Mahathir, bahasa Inggeris. Di dalam bab 2 buku ini bertajuk "Di Mana Silapnya?" Mahathir menghentam Almarhum Tunku habis-habisan.

Almarhum Tunku pernah melabel Mahathir sebagai seorang "ultra" (pelampau). Mahathir sememangnya melampau kerana tidak memperdulikan adab dan kesopanan budaya orang Melayu. Cara Mahathir membidas Tunku dapat digolongkan sebagai biadab. Mungkin saki-baki pengaruh Keling Tongkang masih menebal di dalam jiwa Mahathir ketika itu.

Mahathir seorang lelaki yang terlalu marah ketika itu. Dia menghina Tunku dengan mengatakan Tunku sudah nyanyuk pada usia 60an. Kini gilirannya untuk dipanggil "nyanyuk" pada usia 73 tahun. Mahathir menganggap "The Happiest Prime Minister in the World" sudah "out of touch with reality". Sekarang "The Most Arrogant Prime Minister in the World" ini hidup dalam alam fantasi yang penuh dengan kebatilan.

Mahathir dengan keras memberitahu Tunku bahwa "tak-kanlah yang ramai itu sentiasa salah" tetapi dia tidak mahu menerima kenyataan bahwa "yang ramai" itu sudah hilang kepercayaan dan hormat kepadanya. Sudah adapun sepanduk yang berbunyi "Mahathir Butuh" diangkat oleh penduduk Kampung Baru.

Mahathir mendesak supaya Tunku segera meletakkan jawatan kerana orang Melayu sudah tidak menyokongnya. Almarhum Tunku menyahut desakan rakyat dan berundur dengan cara terhormat. Akan tetapi Mahathir sungguh "recalcitrant" (keras kepala) walaupun hampir setiap minggu rakyat melaungkan slogan "Undur, Mahathir, Undur". Bekas Perdana Menteri Australia, Paul Keating tidak mengeluarkan perkataan kurang sopan tersebut tanpa alasan.

Semasa UMNO diharamkan Almarhum Tunku telah menyokong Team B dalam cubaan menubuhkan parti baru, UMNO Malaysia. Tunku tidak rela bersekongkol dengan Mahathir yang terkenal dengan sikap "ultra"nya. Begitu juga sikap Tunku semasa berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara yang dihormati, Tun Salleh Abbas. Tunku bermurah hati menulis kata-kata aluan buku "May Day for Justice" yang membicarakan isu pemecatan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 6-4-2015 10:46 AM
mamakkkk !!!

yeeyyyyyy

Kalau penjilat2 bontot najib yg mempunyai kepentingan dan hidup atas ihsan najib dan rosmah tu aku tak heran sangat...

yang aku pelik ni kategori penjilat bontot najib dan rosmah yg nak makan kedai mamak dan nk beli barang2 kt supermarket pun tk berani sbb ada GST....kepuasan yg mcm mana korang dapat bila menjilat bontot najib dan rosmah?...cer cite skt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 12:02 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 09:35 AM
malas baca..serupa malas amik tahu pasal GST lah..

mmg pon...
smlm shpg brg aku main amek jek brg...
bila tgk list pya byk yg kne gst...sgt hampehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 11:43 AM
Kenapa baru sekarang mahu tegur – Johan
06 April 2015 2:06 AM
  0  0 Google +0

Apa masalah oncik AN pembodek najis rosomah kalau hati dah hitam sebaik kebaikan mamak jadi salah pada anda..

Dah naik muak dan loya take habis2 apple polishing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 12:14 PM | Show all posts
chumpon replied at 6-4-2015 12:08 PM
Apa masalah oncik AN pembodek najis rosomah kalau hati dah hitam sebaik kebaikan mamak jadi salah  ...

Orang yg dahagakan publisiti saja yg nak up saja dok question Tun... orang cerdih senyap saja sbb depa tau Tun betul...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:17 PM | Show all posts
apam replied at 5-4-2015 11:44 PM
Prestasi najib jauh lagi baik drpd tun m.

itulah masalahnya, x faham dengan org yg nak kutuk Najib nak bandingkan dgn Tun Mahathir
Tun Mahathir pun bukannya berjaya bina negara dlm masa 10 tahun, dekat 20 tahun
Najib lebih 'mesra' dengan pembangkang, pembangkang tak terlalu ditekan mcm masa Tun Mahathir
yg pembangkan nak puji2 Najib dah lupa kot apa yg Tun Mahathir dah buat masa pemerintahan dia

Kalau nak tuduh Najib dgn isu Altantuya, dah lupa zaman Tun Mahathir penduduk Memali dibunuh, bahkan lagi teruk
Kalau nak bandingkan isu 1MDB, banyak sangat nak sebut zaman Tun Mahathir, MAS, Proton apa dah jadi?
Nak bandingkan ekonomi, sebab itu Najib nak ubah hapuskan subsidi kenakan GST dan BR1M
kalau nak stay pada yg sama, lagi teruk ekonomi
kita dah nampak cara Tun Mahathir selamatkan syarikat2 berbillion hasilnya tak banyak memberikan pulangan pada masa depan negara

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:20 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-4-2015 12:14 PM
Orang yg dahagakan publisiti saja yg nak up saja dok question Tun... orang cerdih senyap saja sbb  ...

i x cerdik tp i bc blog che det, ni yg i perasan, point che det lebih kurang sama mcm dlm portal pembangkang n i nampak mcm dia x ambil tau psl jwpn2 yg pro najib dah berulang2 kali bg.




Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:21 PM | Show all posts
ye betul, org jadi nyampah kat najib sbb imej boros bini dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 12:21 PM | Show all posts
chumpon replied at 6-4-2015 12:08 PM
Apa masalah oncik AN pembodek najis rosomah kalau hati dah hitam sebaik kebaikan mamak jadi salah  ...

Chum..nak hencap saya jangan guna Multinick Dunhill ni...guna nick Dunhill tu..

saya tidak membodek sesiapa...saya cuma tak setuju cara Tun..dan sebagai ahli UMNO sama macam Tun ada hak bersuara menegur tun juga..bukan tun je ada suara ada hak utk tegur Najib.

Chum ahli UMNO mana?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN replied at 6-4-2015 12:17 PM
itulah masalahnya, x faham dengan org yg nak kutuk Najib nak bandingkan dgn Tun Mahathir
Tun Mah ...

Pembangkang mmg kaki kenceng. Aku mmg tak percaya dgn politaik baik kerajaan, baik pembangkang...aku tengok apa yg dibuat aje dgn fakta...takat nak tepekik telolong berslogan sana, slogan sini, melayu kehulu melayu kehilir, isle sana, isle sini, tu modal lama beb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 12:27 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 6-4-2015 12:20 PM
i x cerdik tp i bc blog che det, ni yg i perasan, point che det lebih kurang sama mcm dlm portal p ...

diMykmu semua blogger2 tahu PRO Tun satu masa dulu..tapi sekarang sudah tidak lagi.

dlm portal tersebut dah ada pun artikal "UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila jawapan Sudah tidak mencukupi"..bukan satu siri tapi tiga ciri...ada pengikut Tun faham?.


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:27 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 6-4-2015 12:20 PM
i x cerdik tp i bc blog che det, ni yg i perasan, point che det lebih kurang sama mcm dlm portal p ...

I tak kata you... i kata orang politik yg belah najib ni... dan jawapan yg diberi untuk defend najib mmg tak dapat diterima akal pun... dan bukannya kita kata najib yg suruh bunuh altantuya... kita nak tau siapa yg arahkan... ( ni bila ada yg kata najib dah bersumpah). 1mdb mmg i tak dapat terima langsung jawapan...dan being Tun M yg mmg sharp pemikiran dia tu i tau dia mmg tak puas hati. I jugak rasa dia attack najib now sbb Abang Non ada dlm penjara so dia mau face to face... dulu dia tak mau Abang Non ambik kesempatan... dia nak najib berenti sekarang sblm pilihanraya sbb mmg at the current rate yg sokong bn mmg merudum... my tok yg darah umno pun dok mengutuk najib dan rosmah. Tun nak clearkan image tu sblm terlambat. Skrg kalau najib nak berpaut pada dahan yg reput dipersilakan sbb sooner or later mmg dia tak jd pm dah... by 2018 i yakin kita ada pm lain ... najib nak jd pm yg sebabkan bn hilang kuasa ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 12:28 PM | Show all posts
apa yg berlaku sekarang hasil zaman Tun Mahathir, jangan blame Pak Lah jangan blame Najib

sembang seolah2 FLOW tu hanya berlaku bila Najib tiba2 jadi PM

ada org marah pasal GST, padahal dapat BR1M senyap pula

dulu ada subsidi gula, ada subsidi minyak.... padahal berapa sangat org dok guna benda2 tu....

dok sembang kata kalau minyak rendah, harga barang turun, tup tup salahkan kerajaan pula kata tak tolong tokey2 minyak

memang Najib tak bijak seperti Tun Mahathir, ada ler banyak benda yg dia cakap sekejap itu ini, Tun Mahathir ni jenis keras kepala..... sebab itula semua benda org lain buat dia tak suka, hanya dia betul..... tetapi Najib mendapat bantuan drpd org2 yg pakar..... cuma masalahnya bila Rosmah Mansur masuk campur, itu yg jadi BUSUK tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 12:32 PM | Show all posts
c===8 replied at 6-4-2015 12:21 PM
ye betul, org jadi nyampah kat najib sbb imej boros bini dia

Then Tun patut cakap yg dia nyampah kat Rosmah....bukan bangkitkan kes bunuh Antantuya...saya tak boleh terima yg itu..Tun nak bangkitkan isu 1Mdb, BRIM, anak tiri Najib...saya tak bising pun...tapi bila dibayangkan Najib terlibat dgn pembunuhan Antantuya yg dah muak kita bincangkan bertahun2 ni..Tun seorang tokoh kununnya bangkitkan semula.
Tun nak jatuhkan Najib..sila..tapi jangan guna cara jahat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 12:27 PM
diMykmu semua blogger2 tahu PRO Tun satu masa dulu..tapi sekarang sudah tidak lagi.

dlm portal  ...

Kenapa AN meroyan sakan ni mcm org sasau??

Oncik AN ada miss makan ubat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 6-4-2015 12:25 PM
Pembangkang mmg kaki kenceng. Aku mmg tak percaya dgn politaik baik kerajaan, baik pembangkang...a ...

Bagus juga anwar ke dalam

Kurang banyak mereka yg suka meratib anwar...

Sikit2 anwar, anwar agen cina, agen.yahudi, agen usa, agen sulu..hari2 meratib mcm org gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.138803 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list