CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Knapa drama2 sampah A.Aida Production slalu dpt slot di tv3? Bincangkan. p#1247

[Copy link]
Post time 9-10-2015 10:31 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 8-10-2015 04:41 PM
Kayu ke? Aku tgk ok je..ok banyak dr mia ahmad. Mia ahmad satu ekspresi muka ja dia tau iaitu muka m ...

ai pun rasa mia lg kayu
tp mia cantek,so dia da lbh kt situ

heroin mr perfect ni blakon okla,
cuma xde wow factor
nk kata cantik tu xdela, tp xdela burok pun
watak dia jahat tu nmpk cntk gakla compared ngan bertudung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 10:32 AM | Show all posts

lagu ni fully composed by a.aida...lirik pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:34 AM | Show all posts
d_dalia replied at 9-10-2015 10:29 AM
pompuan yg jadi mak tu dia berlakon watak org gaji nama Manja dlm cite Syurga nur slot akasia arah ...

ha ah, makcik Manja.
dlm cita tu, ok la dia berlakon kan.
dlm cita tu, dia pandai speaking london

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:35 AM | Show all posts
d_dalia replied at 9-10-2015 10:32 AM
lagu ni fully composed by a.aida...lirik pun sama..

pandai jugak la A. Aida buat lirik dan composed lagu ek?
A. Aida ni bekas isteri Ameng tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:37 AM | Show all posts
Harapan Tinggi ‘Hello Mr Perfect!’

Tidak dinafikan ketika ini setiap drama yang mengisi slot Akasia di TV3 menjadi pilihan nombor satu peminat.

Ia juga menjadi penanda aras kepada perjalanan seseorang pelakon baru dan juga lama.

Terbaru, menggantikan drama Mencintaimu lakonan Zahirah Mac Wilson dan Sharnaaz Ahmad adalah Hello Mr Perfect! yang mula ditayangkan semalam. Drama bersiri 28 episod ini menggandingkan aktor kacak, Fattah Amin dan aktres baru, Ruhainies Zainul Ilyas.

Penerbitnya, A Aida berkata, drama adaptasi novel ini menampilkan jalan cerita berbeza daripada kebanyakan drama adaptasi lain.

Aida turut meletakkan harapan tinggi supaya drama ini mampu meraih jumlah tontonan tinggi sekali gus mencipta fenomena dalam kalangan peminat drama tempatan.

“Sebagai penerbit, sudah semestinya saya menaruh harapan tinggi terhadap drama ini kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal dan ‘best seller’ karya Miss_Waniey.

“Paling penting jalan ceritanya sangat menarik. Itu yang membuatkan saya berkeyakinan tinggi,” katanya.

Menurut Aida, memandangkan ini drama pertama terbitannya berdasarkan adaptasi novel, jadi dia perlu lebih teliti dan tidak mahu tangkap muat.

Mengulas berkenaan pemilihan pelakon, Aida berkata, ia atas persetujuan dan perbincangan bersama pihak stesen TV.

“Tak timbul soal bimbang apabila menggandingkan pelakon lama dan baru sebagai pasangan hero dan heroin. Ada banyak drama dari slot sama menggunakan formula sama dan hasilnya berjaya.

“Namun, sebagai penerbit saya tetap mengutamakan skrip dan pemilihan pelakon jatuh nombor dua. Saya percaya kalau skrip dan garapan cerita bagus, ia pasti menghasilkan drama berkualiti,” katanya.

Sudah menjadi kebiasaan Aida juga apabila dia terlebih dahulu membaca skrip kemudian baru mencari pelakon bersesuaian.

“Selama ini orang tahu produksi saya sering menampilkan barisan pelakon ternama. Tapi untuk drama ini saya memang nak ketengahkan orang baru.

“Bukan apa, jalan ceritanya lebih kepada golongan remaja. Sebab itu saya memilih Fattah kerana dia ada peminat daripada golongan itu,”katanya.

Drama hasil tulisan Mazelan Manan ini sekali lagi menggunakan khidmat kreatif Nuad Othman selaku pengarah.

“Jujur saya katakan, Nuad antara pengarah yang ‘versatile’ dan mempunyai seni tersendiri dalam mengarah. Sudah banyak drama terbitan saya diarahkannya. Alhamdulillah, semuanya menjadi dan saya berpuas hati.

“Selain itu, sebagai penonton kita tak bosan melihat hasil garapannya kerana dia ada idea di samping menampilkan ‘syot’ menarik dalam setiap babak. Jangan hairan jika saya selesa bekerja dengan satu pengarah saja,” katanya.

Selain bergelar penerbit, Aida juga bertindak selaku komposer dan penulis lirik bagi lagu tema drama ini iaitu Sorry Sorry Sayangku nyanyian Nomad.

Selain Fattah dan Ruhainies, drama terbitan Kaki Novel ini turut membariskan pelakon seperti Ezzaty Abdullah, Rafiq Razali, Datuk Eizlan Yusof, Zaidi Omar, Fiza Halim, Kay Maria, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ammar Alfian dan ramai lagi.

Hello, Mr Perfect! mengisahkan Ariff (Rafiq Razali) dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang kerana abangnya, Izzul (Fattah) belum berkahwin.

Keluarga mereka mempunyai tradisi apabila yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan.

Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh enam bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu, tetapi tidak semudah disangka kerana abangnya lelaki yang amat mementing-kan kesempurnaan.

Hampir semua calon dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria diingini. Pada saat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul teman baik Ainul iaitu Alya Adriana (Ruhainies).

Dalam kekusutan itu, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM500,000 sebagai ganjaran, tetapi tidak diketahui Arif.

Ambil masa cipta keserasian

Memandangkan Fattah berlakon di samping dua pelakon baru iaitu Rafiq Razali sebagai adik dan Ruhainies sebagai heroinnya, pelakon drama Plan Cinta Tak Jadi ini mengakui bukan mudah untuk mendapatkan keserasian.

“Diakui perlu ambil masa bagi mendapatkan keserasian di lokasi. Tapi disebabkan produksi perlu mengejar tarikh tayangan, jadi kami sempat berlatih di lokasi.

“Pada saya ia satu cabaran, jadi saya perlu atasinya de-ngan baik supaya setiap babak itu tak kelihatan canggung. Saya pernah berada di tempat mereka, jadi saya faham.

“Apa saya lakukan adalah cuba membantu mereka dari segi lakonan dalam waktu sama pengarah juga memberi banyak tunjuk ajar,”katanya.

Kata Fattah, dia tertarik menerima tawaran daripada pihak A Aida Production kerana jalan ceritanya bayak memaparkan babak manis.

“Selepas membaca novel ini, saya terus jatuh cinta sebab kebanyakan plot adalah manis dan bukannya romantis keterlaluan.

“Apabila ditayangakan di slot Akasia, dalam fikiran penonton mesti banyak adegan sedemikian. Tapi sebenarnya tidak kerana ia banyak memaparkan aksi manis,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies, 23, yang juga adik kepada aktres, Risteena Munim ini perlu menggalas tiga watak dalam satu masa. Ia disifatkan sebagai cabaran besar buatnya apatah lagi sebagai pelakon baru.

“Terkejut juga apabila diberitahu saya perlu melakonkan tiga watak berbeza. Paling susah buat saya adalah watak antagonis dan dalam masa sama kena jadi penggoda.

“Tertekan itu perkara biasa, tapi pengarah, kru dan pelakon lain sangat membantu. Mereka tak bosan mengajar saya kerana masing-masing mahu memberikan hasil terbaik dalam drama ini,” katanya.

Berkenaan gandingan-nya dengan Fattah, Ruhainies akui dia masih perlu banyak belajar terutama soal mencari keserasian dengan pasangan.

“Rasa berdebar menunggu reaksi dan maklum balas penonton. Jujurnya, saya sudah bersedia dikriktik tak boleh berlakon. Tapi saya akan menerimanya dengan hati terbuka. Saya berharap penonton faham memandangkan saya pelakon baru,” katanya.

Sama seperti Ruhainies, Rafiq Razali, 21, juga teruja apabila buat pertama kalinya diberikan watak besar dalam drama.

“Sebelum ini saya sering belakon sebagai watak tambahan. Tapi dalam drama ini saya menjadi adik kepada Fattah. Kiranya watak diberiikan sangat besar kerana kebanyakan babak membabitkan kami berdua.

“Berbeza dengan watak sebelumnya, kali ini saya banyak bermain dengan emosi. Justeru, saya kena fokus dan tak boleh main-main. Alhamdulillah, berlakon dengan Fattah sangat menyeronokkan apatah lagi sebelum ini kami pernah berlakon sekali walaupun tak banyak babak bersama,” katanya.

Pemilihan Rafiq bagi menjayakan drama ini selepas dia terpilih di sesi uji bakat anjuran TV3 sempena penganjuran Drama Festival KL (DFKL 2015) baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:37 AM | Show all posts
aku langsung tak tengok citer ni.. macam bosan jee.. haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2015 10:37 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 9-10-2015 10:34 AM
ha ah, makcik Manja.
dlm cita tu, ok la dia berlakon kan.
dlm cita tu, dia pandai speaking londo ...

ok je dia berlakon..mungkin dikelilingi pelakon yg ok kot tu yg dia pun ok..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:43 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 9-10-2015 10:35 AM
pandai jugak la A. Aida buat lirik dan composed lagu ek?
A. Aida ni bekas isteri Ameng tu kan?

dia mmg biasa buat lagu utk drama dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 10:47 AM | Show all posts
mula2 xprasan heroin bwk2 watak, tolak watak tomboy ye...
ingtkn cite ni mmg nk menunjukkan diorg seiras
tp bila part diorg mula2 jumpa,
eh asal mr perfect xterkejut pun tgk minah ni?

rupanya.....mmg tu bkn pointnye
dah tentu2 org yg sama, muka sejibik sejebon
xlogikla dlm cite org xprasan sama lak
at least mula2 jumpa buat2 la tekejut sbab seiras

adus....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:54 AM | Show all posts
kesian fattah x pasal2 kena label kayu lg psal berlakon dgn heroin kayu..a.aida nie faillah cari heroin..cari heroin harap muka jer lawa berlakon ke lautttt..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa pelakon ni la yg kena bash di shranaz ahmad semalam...shanaz ckp sng2 je pelakob baru jd lead...klu berlakon hebat xpe ( mcm tiz zaqyah 1st drama dulu Nur Kasih )
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:59 AM | Show all posts
Walaupun pelakon pompuan tuh ada kayu..sikit.. tapi still boleh laa layan lagi citer nie.. fattah pun rasanyaa dah bertambah baik lakonannya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:04 AM | Show all posts
cicicumel replied at 9-10-2015 10:54 AM
Aku rasa pelakon ni la yg kena bash di shranaz ahmad semalam...shanaz ckp sng2 je pelakob baru jd le ...

bkn ke tiz da lama blako ms blakon nur kasih tu

dah lama xnmpk dia blakon skang

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:09 AM | Show all posts
ya rabbi tolong la bagitau tajuk lagu yg korg puaka2 kan ni...aku rasa terpaksa nak kena carik dlm utube skrg jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:10 AM | Show all posts
mala0n replied at 9-10-2015 11:09 AM
ya rabbi tolong la bagitau tajuk lagu yg korg puaka2 kan ni...aku rasa terpaksa nak kena carik dlm u ...

taip je sorry sorry i love u...atau OST hello mr perfect..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:11 AM | Show all posts
aku nk tgk drama nie pasal fattah jer.. kesian ko fattah harap lepas nie x serik lg berlakon slot akasia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 11:16 AM | Show all posts
samax replied at 8-10-2015 07:01 PM
Ezzaty abdullah ni cun jugak la..walapun watak pembantu heroin jah

ezzaty tue lg ok berlakon dari heroin..heroin x ada aura..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:20 AM | Show all posts
d_dalia replied at 9-10-2015 11:10 AM
taip je sorry sorry i love u...atau OST hello mr perfect..

tq nok

...dan skrg aku meratapi kehilangan 4 minit  yg takkan kembali

lagu lirik dan vclip adalah derita utk di tontoni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:29 AM | Show all posts
d_dalia replied at 9-10-2015 10:15 AM
dah tu dlm insta kawan2 lelaki ni cakap ni bf ruhainies..dan ruhainies pun sama jugak..

anies dgn don ni dah lama kenal.
apa yg aku tau bf anies lain.

keturunan syed.


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:30 AM | Show all posts
jangan cakap drama..lagu nyer pon tak boleh blah..sayang2ku duk ulang nyayi..aku ingat aku sorang jer perasan pelakon2 sume dari kilang perabot jati...kayu kayan betol..dah tu ade pulak heroin belakon 2 watak..future wife dengan ex-gf..bukan takat belakun je kejung..rambut palsu pon sama..mcm beli kat kedai Kenanga Mall Tapi hero dia belakon dengan Fathia ok pulak drama kat Asterok tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.095542 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list