|
ABPBH2008: Terima kasih orang Johor Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor bergegar dengan kehadiran finalis ABPBH2008 dan artis undangan kelmarin
SATU lagi kejayaan dicatat siri jelajah Anugerah BintangPopular Berita Harian (ABPBH) 2008, apabila kunjungan ke Kompleks PusatBandar Pasir Gudang, Johor, kelmarin iaitu destinasi kedua bagi tahunini mencatat jumlah 5,000 pengunjung.
Kehadiran finalis serta artis undangan yang menjayakan sirijelajah ini ternyata begitu dinantikan penduduk sekitar kawasan JohorBahru. Jika tidak masakan seawal dua jam sebelum acara bermula, ruanglegar kompleks itu sudah pun dipenuhi pengunjung.
Masing-masing sibuk mencari 'port' yang strategikagar dapat melihat artis pujaan masing-masing dengan jelas. Peminatdari pelbagai peringkat umur malah tidak mengira tua mahupun muda,berebut-rebut untuk berada betul-betul di hadapan pentas.
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi tumpuan pengunjungsejak awal pagi lagi kerana sebelumnya berlangsung peringkat akhirpertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang bermulajam 11.30 pagi.
Pertandingan yang baru diperkenalkan dalam siri jelajah itu tahun ini turut mencuri tumpuan
| AKSI hebat juara Bintang Idola BH di Pasir Gudang, Farlyana Mohamad mengundang seorang peminat untuk turut beraksi.
| pengunjungmeskipun sekadar persembahan daripada penyanyi amatur. Sokonganpengunjung juga begitu menggalakkan apabila hampir 1,000 orang tidakmahu melepaskan peluang menantikan keputusan pertandingan akhir itu.
Selesai pertandingan berkenaan, masing-masing masih tidak mahuberganjak kerana sibuk menantikan kemunculan artis pujaan. Malah adapeminat yang sudah bersiap sedia di hadapan pintu masuk kompleksbersama telefon bimbit dan kamera untuk merakamkan gambar artiskegemaran mereka turun dari kenderaan rasmi siri jelajah kali ini iaitubas yang ditaja oleh Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd.
Kemunculan awal finalis seperti Kenchana Dewi, Fizo Omar,Nubhan serta artis jemputan yang turut memberi sokongan dalam sirijelajah ini iaitu Khai, Rosma, Diddy, Sheila OIAM, Rosli Mohalim,Shahila Shariff, Along dan Angah dari Raja Lawak serta Ikhwan Hot FM kekompleks itu menyebabkan pengunjung terus melekat dan tidak mahuberganjak ke mana-mana meskipun terpaksa menunggu lama.
Ruang legar kompleks berkenaan yang pada mulanya tidak begitusesak sedikit demi sedikit dilimpahi lautan manusia, termasuk di duaaras atasnya. Dianggarkan lebih 6,000 pengunjung memberi sokongan padumereka kepada siri jelajah ini.
| PELUANG menaiki kereta tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama artis kesayangan adalah antara acara yang ditunggu peminat. | Masing-masingtidak bergerak ke mana-mana malah terus setia berada di tempat yangsama bermula dari persembahan pembukaan oleh penyanyi baru ShahilaShariff pada jam 3 petang, kepada persembahan penutup oleh calonkategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, Nubhanyang berakhir jam 7 malam.
Selain dihiburkan dengan nyanyian daripada penyanyi yangdisenaraikan sebagai finalis mahupun persembahan daripada artisundangan. Mereka juga berebut-rebut untuk menaiki pentas agar dapatberada di samping selebriti kegemaran.
Lebih bermakna lagi, Pasir Gudang menjadi destinasi pertamayang menawarkan peluang menaiki kenderaan yang ditaja oleh Edaran TanChong Motor mengelilingi kompleks itu bersama artis jika merekamenjawab soalan yang diajukan tiga pengacara pada petang itu iaituIkhwan Hot FM, Along dan Angah daripada Raja Lawak.
Sebaik saja acara selesai, Kenchana Dewi, Fizo, Nubhan danAaron sempat berposing sakan dengan kereta Nissan Sylphy 2.0L bernilaiRM109,000 yang menjadi hadiah kepada Bintang Paling Popular. Di sampingitu, Edaran Tan Chong Motor turut menghadiahkan sebuah kereta NissanGrand Livina bernilai RM94,000 1.8L untuk pembaca bertuah.
Ketiga-tiga pengacara ini ternyata bijak menangani acara padapetang itu sehingga membuatkan pengunjung terhibur. Ketaksuban peminatkepada artis yang hadir menyebabkan ada di antara mereka sanggupmelepaskan peluang menonton persembahan dan lebih rela menanti di bilikmenunggu. Jika bernasib baik, dapatlah mereka merakamkan gambar artisyang keluar masuk dari bilik menunggu berkenaan.
Kemunculan aktor kacak Aaron yang sedikit lewat ternyatamencuri tumpuan pengunjung. Pelakon kelahiran Singapura yang terpaksatiba lewat kerana sibuk dengan penggambaran filem Evolusi KL Drift 2menyebabkan penonton kembali 'mengganas'. Siapa yang tidak mahumerakamkan gambar bersama jejaka kacak sepertinya?
Fizo Omar yang baru pertama kali dicalonkan dalam kategoriArtis Baru Lelaki Popular ternyata begitu seronok kerana dapatmenyertai siri jelajah ini.
"Saya seronok sangat dapat menyertai siri jelajah ini keranaberpeluang berjumpa dengan peminat dan bertemu kawan-kawan dari bidangyang berbeza. Saya teringin sangat menaiki bas bersama mereka pulang keKuala Lumpur tetapi memandangkan saya memandu ke sini bersama ibu danadik, terpaksalah saya pulang dengan kenderaan sendiri," katanya.
Bukan saja Fizo, meskipun hanya artis undangan, Sheila OIAM juga ternyata cukup seronok
mengikuti siri jelajah ini.
"Saya juga sangat gembira kerana dapat jumpa kawan-kawan baru.Peminat hari ini juga sangat sporting menyebabkan saya berasa cukupbersemangat ketika membuat persembahan," katanya.
Siri jelajah ABPBH 2008 yang cukup berjaya itu diakhiri dengan sesi menandatangani autograf.
Selepas itu, finalis dan artis undangan diarak dengan kawalanpolis trafik untuk makan malam di LC Catering. Restoran milik ZainiAtan yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru itu menyediakanhidangan ayam penyek yang cukup lazat.
credit to BH online |
|