|
/ Presidential Suite 21/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Peminat serbu rumah ShahirOleh SYED MUSSADDAD MAHDI
[email protected]
Foto MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Pakaian AIRISHA BOUTIQUE & BRIDAL (017-2873966)
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0919/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_09.1.jpg)
| Shahir
|
ETIH sikit hari raya kali ini. Banyak aktiviti yang saya kena buat terutama bila pulang ke kampung. Peminat yang datang pun cukup ramai sampai tak memang tangan. Saya penat tetapi seronok sebab ini pengalaman pertama saya," luah Shahir yang cukup teruja menyambut kedatangan Aidilfitri kali ini.
Bukan apa, jika selama ini dia langsung tidak dikenali, tetapi kali ini semuanya telah berubah. Gara-gara menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan jugalah rumahnya penuh sesak dikunjungi saudara-mara dan peminat-peminat yang tak jemu-jemu menyokong dirinya sejak awal lagi.
Emosinya bercampur-baur menerbitkan pelbagai rasa di benak hatinya. Kadangkala anak kelahiran negeri Perak ini terfikir adakah benar hidupnya kini sudah berubah secara total?
Kalau dulu dia hanya menyambut lebaran ala kadar sahaja, tetapi kini semuanya perlu disediakan lebih. Bila semuanya lebih, sudah pasti kemeriahan itu dapat dirasai oleh sesiapa sahaja.
Sejak Ramadan yang lalu, Shahir memang cukup banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuklah menghadiri pelbagai acara berbuka puasa sehinggalah rakaman program hari raya.
"Saya akui memang kurang waktu untuk berehat sejak kebelakangan ini. Tapi itu bukan bermakna saya merungut. Banyak perkara yang perlu saya lunaskan sebelum dapat menikmati lebaran bersama dengan keluarga tersayang.
"Bila dapat pulang ke Kampar, Perak dan berjumpa dengan keluarga dan sahabat handai, semuanya kembali ke sedia kala. Saya cukup gembira dapat bertemu dengan mereka memandangkan sudah tidak punyai waktu seperti dulu," katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Melihatkan raut wajanya, sesiapa juga dapat melihat kegembiraan yang sedang bersarang di hatinya. Namun di sebalik semua itu dia cukup trauma apabila mengenangkan kisah yang terjadi ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut lebaran pada tahun lalu.
"Ketika orang lain sibuk membakar lemang dan berkumpul dengan saudara-mara saya pula kemalangan jalan raya sehari sebelum hari raya.
"Kemalangan yang berlaku di Kampar itu membuatkan kereta yang saya naiki remuk teruk. Mujur saya tak mengalami apa-apa kecederaan dan tak ditahan di hospital.
"Semua orang sibuk beraya di pagi Syawal saya pula hanya terperap dalam rumah. Masih terkejut dengan apa yang berlaku," jelasnya sambil tertawa mengenangkan kisah yang berlaku itu.
Akui pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini lagi biarpun cukup teruja kali ini, hatinya tetap kesal kerana dia kini sudah tidak punyai waktu yang banyak lagi.
Kalau dulu semuanya dilakukan sendiri termasuklah mengemas rumah, mengecat dinding sehinggalah kerja-kerja di dapur. Kini dia sudah tidak berpeluang lagi.
"Saya pandai memasak okey. Tapi tak pandai buat kuih raya. Setiap tahun saya akan pastikan ibu saya membuat tat nanas kerana itulah kuih kegemaran saya sejak dulu lagi.
"Kalau tak ada kuih tu memang tak meriahlah hari raya saya," katanya tertawa.
Bagi Maulana yang cukup popular dengan lagu RSVP, hari raya kali ini memberikannya 1001 perasaan buat dirinya.
"Nenek sudah tiada. Kalau dulu saya dan keluarga akan balik ke rumah nenek dan meraikan Syawal bersamanya, tapi kini tidak lagi. Saya sekeluarga masih pulang ke Johor Bahru memandangkan masih ramai ibu dan bapa saudara di sana.
"Biarpun sudah tidak semeriah dahulu, saya cukup gembira kali ini. Cukup ramai peminat yang datang mengunjungi rumah saya dan membawa pelbagai juadah buat saya.
"Ini merupakan pengalaman pertama saya menyambut Aidilfitri sebagai anak seni. Sudah pasti banyak perkara yang saya sendiri tak sangka terjadi. Tapi ia memang satu pengalaman yang menarik!" jelas jejaka yang berusia 22 tahun ini.
Saat menyambut Aidilfitri ini memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Mana tidaknya, pada masa itu barulah Maulana dapat berkumpul dengan saudara-maranya.
Seperti biasa setelah selesai sahaja sembahyang raya, dia dan adik-beradik yang lain akan terus ke menziarahi kubur kaum keluarga yang sudah meninggal dunia.
"Itu memang wajib saya dan ahli keluarga yang lain lakukan. Kemudian kami akan mengunjungi rumah saudara-mara. Inilah masanya kita nak merapatkan hubungan kekeluargaan. Maklumlah bukan selalu dapat berkumpul sebegini.
"Kalau sebelum ini saya memang 'tukang' kumpul duit raya. Tapi nampaknya kali ini saya yang kena bagi duit dekat saudara mara. Ada yang dan minta awal-awal sebelum Aidilfitri tiba lagi.
"Saya cukup menyukai nasi himpit, kuah kacang dan kuah lodeh. Pendek kata kalau pergi 10 buah rumah pun mesti saya akan makan. Kuih raya pula saya suka kuih tat nanas yang dibuat sendiri," katanya sambil tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
|
calling for SHA LOLAaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAAAAAa.....mano poie....dah 2 minggu tak dak kan.....
bizi ke...bebudak nak UPSR.....hehehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
kuih apa makan sampai tercekik... ??? hahahaha
aku sekarang baru teringin nak makan kui ...
innova77 Post at 20-9-2010 10:41 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
kuih coklat yg panjang.... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
shaMELIA --> itu lah....dok speku memacam kat topik kawan baik dia tu kan.....adoiii... |
|
|
|
|
|
|
|
kuih coklat yg panjang....
sitoYoL Post at 20-9-2010 10:51 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
kueh tiaw.....ekekekekekkk |
|
|
|
|
|
|
|
shahir dah banyak baju melayu dia kan....macam2 kaler....tak la asyik hijau jek macam yang stailista tu bgtaw.....
sesapa tepek le gambo2 baju melayu yang shahir pakai......teramat lah lelaki melayu terakhir....segak dan sajak sunggoh. .......kaler pink, biru, oren, hijau, pepel...lagi lagiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
shahir dah banyak baju melayu dia kan....macam2 kaler....tak la asyik hijau jek macam yang stailista ...
Aserehe Post at 20-9-2010 10:55 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
suker dia pakai baju melayu kaler pink...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
calling for :
ShaKYRAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ShaNOMBOTttttttttttttttttttttttttttttttttttt
ShaLOLAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ShaMIMIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ShaTJAYyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
ShaMIMIFA ---> takdak gambau shahir ke kat dataran perak masa majlis buka posa hari tu....mai la tefek sekeping dua......rindu den kat adik shahir itew..... |
|
|
|
|
|
|
|
suker dia pakai baju melayu kaler pink...
sitoYoL Post at 20-9-2010 10:58 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Toy : ha'ah....masa tu very da sweet kan.....ensem nye lahai...macam pengantin dah....
err ada ka pengantin lelaki pakai baju melayu kaler pink.....hehehe..tapi part shahir belasah je lah......pegang kipas buluh kecik pun amatlah gojes nye.... |
|
|
|
|
|
|
|
shaserehe...time dlm kol 12 tgh malam tu...nk masuk raya ke-3...jenuh sr sampai ke subuh...hati ...
sitoYoL Post at 20-9-2010 10:56 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
toy : hang tak tidoq ka masa tu.....kita serupaaaaa.......den pun sanggup bersengkang mata membacaaaaa.....![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak dak gambau terbaru che amad ke......masa buka posa ka....gambau majalah latest kaa...mai la tepek....
sharing is shahiring...ehehhehe....sharing is caringgg... |
|
|
|
|
|
|
|
inno datang ...
selamat pagi.. selamat hari raya.. assalamualaikum wbt...
jenguk ...
innova77 Post at 20-9-2010 10:37 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
opiii inno...............amboi...amboi......amboiiiiiiiiii.........![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
toy : hang tak tidoq ka masa tu.....kita serupaaaaa.......den pun sanggup bersengkang mata ...
Aserehe Post at 20-9-2010 11:03 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
rehe.. DS punya pasal.. lepas subuh baru tido...![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
calling for :
ShaKYRAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ShaNOMBOTttttttttttttttttttttttttttttttttttt
...
Aserehe Post at 20-9-2010 10:58 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
shalola tercekik batang lomang... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|