CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS V ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-5-2009 01:11 PM | Show all posts

Taken from myMetro

Artis perlu dekati media


KEHADIRAN artis yang lahir daripada program realiti TV makin bertambah setiap tahun. Ketika ini, program realiti TV tempatan mempunyai pelbagai konsep berbeza seperti My Starz LG, Gangstarz, Akademi Fantasia, One In A Million dan Mentor. Biarpun setiap program berkenaan memperkenalkan juara dan peserta yang dianggap pelapis bidang hiburan pada masa depan, persoalan mampukah artis sebegini meneruskan karier seni mereka dengan meraih peluang yang ada?

Bagi dua juara program realiti TV berbeza iaitu Norsyarmilla Jirin atau Mila dan Mohd Firdaus Abd Halim (Fiq), mereka turut berdepan cabaran untuk menempatkan diri dalam kalangan artis popular lain. Realitinya, mereka bukan sehebat gelaran juara yang mendapat pelbagai keistimewaan, tetapi perlu bekerja keras untuk berjaya sama ada mencari peluang mengadakan persembahan mahupun menghasilkan album baru.

Menerusi perbincangan topik Gelora Bintang Realiti dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 baru-baru ini, Mila dan Fiq berkongsi pengalaman sebagai artis yang bersaing untuk mencari rezeki. Turut menghangatkan suasana, sesi perbincangan yang dihoskan Noor Azura Azizul Azman ini mengundang Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh untuk memberi pandangan dari aspek pengamal media.

Kata Mila, 22, selepas dua tahun mengharungi kehidupan sebenar artis, dia makin faham dengan cabaran yang dilalui bukan suatu yang mudah dan diambil ringan. Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini menyatakan pengalaman ketika menyertai AF5 sebelum ini menjadi platform untuk membuat persediaan sebelum menjadi artis.

"Tidak semestinya artis yang lahir daripada program realiti TV dianggap mempunyai kelebihan sebaliknya perlu bijak merancang strategi memajukan diri. Sebagai artis, perlu pandai 'mendayung' hingga mencapai apa yang diinginkan. Bagaimanapun tidak salah untuk artis mencari peluang mengembang bakat dalam bidang seni lain seperti penyanyi membabitkan diri dalam lakonan.

"Saya berpendapat artis jangan terlalu bangga diri dengan apa yang dimiliki. Seharusnya, artis berusaha memantapkan diri menjadi lebih baik pada masa akan datang.

"Bagi artis yang pernah menimba pengalaman menerusi program realiti, mereka juga perlu mencari pengalaman baru untuk berjaya," katanya.


Bekas juara Mentor musim kedua, Fiq pula berpandangan cabaran yang ditempuh dijadikan pembakar semangat untuk kerja keras. Katanya, dia mahu mencuba peluang lain yang dapat mengembang bakat seni dan meraih sumber pendapatan pada diri. Namun, dia percaya tidak semua peluang diperoleh dengan mudah, asalkan tidak putus asa untuk mencuba.

"Banyak perkara yang saya belajar ketika menyertai Mentor dulu. Sebagai artis, perlu pantas berfikir bagaimana mahu menentukan hala tuju selepas keluar menjadi artis.

"Hingga kini, saya masih bekerja keras untuk berjaya dan tidak kira di mana, saya mahu mengkaji bidang hiburan dengan lebih mendalam," katanya.

Bagi Adam, program realiti TV mencipta fenomena sejak pertandingan seumpamanya seperti Asia Bagus diperkenalkan pada awal 90-an. Katanya, impak program ini bukan hanya membabitkan peserta yang menjadi artis selepas pertandingan selesai, tetapi menjadi medan 'perang' antara stesen TV untuk menghasilkan peserta yang membawa imej stesen mereka sendiri.

"Sama ada menang atau tidak, setiap artis perlu tahu bagaimana mahu memasarkan diri mereka sebagai satu produk. Artis perlu menentukan hala tuju masing-masing. Ada artis yang tidak menang menerusi program realiti yang dia sertai tetapi lebih berjaya dan menyerlah.

"Sebagai contoh, Aizat dan Dafi kedua-duanya bukan juara AF pun, tetapi bijak dalam mengatur strategi untuk karier seni mereka. Memang benar rezeki ditentukan Tuhan, tetapi kita kena berusaha mencari rezeki. Seharusnya, artis juga bijak membawa diri mereka menjadi satu jenama.

"Suatu ketika dulu, Datuk Sheila Majid yang popular menerusi lagu Pengemis Muda sukar menandingi kehebatan penyanyi popular lain seperti Raja Ema dan Zaiton Sameon. Hingga komposer Roslan Aziz menukar jenama Sheila kepada Ratu Jazz, dia mula mencipta kejayaan.

"Apa yang kita lihat bidang hiburan pada masa kini lebih kompleks hinggakan pendapatan artis menerusi persembahan pentas juga tidak stabil. Pesan saya kepada Mila dan Fiq, mereka kena panjang akal. Walaupun kecewa, harus bersyukur kerana masih mendapat publisiti daripada media.

"Senario berbeza pada zaman seperti 1980-an, wartawan ketika itu sukar memberi publisiti kepada artis dengan mudah. Namun, bagi artis realiti pada masa kini, mereka bertuah kerana secara automatik mendapat publisiti percuma. Media berada depan mata mereka hasil usaha pihak stesen. Peluang ini sepatutnya digunakan dengan bijak dan jangan lemas atau kalut dengan glamor," katanya.

Kata Adam, artis perlu mendekatkan diri dengan media kerana tugas wartawan tidak hanya membuat liputan artis tempatan semata-mata, tetapi merangkumi artis luar negara. Mengenai perkembangan program realiti sama ada patut diteruskan, Adam melihat ia satu perkembangan baik untuk melahirkan bakat baru. Sebagai pesanan, artis perlu mencari pelbagai peluang untuk mengembang karier seni dan berusaha mempromosi diri secara global bukan setakat jaguh kampung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2009 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by gogo at 22-5-2009 23:26
uols ada dgr radio klasik nasional x   mesti xde kan
mak iols dgr klasik nasional, so iols tpksa la dgr jgk

anyway, bkn tu citer yg nk disamp ...


uishh zoo Malaysia ker Zoom Malaysia

Promosi percutian murah

Persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Jamal Abdillah, Stacy, Saleem, Ramlah Ram, Mila, Farah AF dan Amylea bakal memeriahkan lagi Pameran Percutian Zoom! Malaysia di Kuantan.

MAHU bercuti dalam negara dengan harga pakej yang jauh lebih murah dan berbaloi?Jika anda seorang kaki cuti atau sedang merancang percutian bersama keluarga menjelang musim cuti sekolah hujung minggu depan, inilah masanya.

Kunjungi Pameran Percutian Zoom! Malaysia 2009 yang kini sedang rancak berlangsung di East Coast Mall, Kuantan, Pahang.

Pameran Percutian Zoom! Malaysia bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan domestik secara bersepadu.

Program yang berbentuk jualan terus itu memudahkan orang ramai untuk membeli terus pakej-pakej pelancongan pada harga yang kompetitif dan berpatutan.

Keistimewaan inilah yang disediakan penganjur Tourism Malaysia yang bersedia untuk menanti kunjungan anda selama tiga hari acara berkenaan berlangsung bermula semalam.

Seramai 72 pempamer yang terdiri daripada agensi pelancongan, hotel dan resort, syarikat pengangkutan serta pengusaha produk pelancongan dan homestay dari seluruh negara menyertai acara itu.

Pakej-pakej percutian yang ditawarkan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang majmuk dan meliputi segmen-segmen yang bersesuaian dengan murid sekolah, pelajar tempatan dan asing, golongan belia, pasangan muda, keluarga, pesara, warga emas dan ekspatriat.

" Pakej-pakej percutian di bawah segmen Xcape, Xplore dan Xperience Holidays ini meliputi pelbagai tema termasuk pelancongan eko, rekreasi, pusat peranginan tanah tinggi, pulau-pulau, peninggalan sejarah, pakej ibadah korban dan aqiqah.

" Pameran Percutian Zoom! Malaysia Kuantan ini turut mempromosikan brosur pakej Xcape Holidays edisi ketiga yang mengandungi 74 pakej percutian meliputi pelbagai destinasi di seluruh negara," menurut jurucakap Zoom! Malaysia.

Pakej Xcape Holidays edisi ketiga yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini turut dipaparkan di laman web Tourism Malaysia di bawah tajuk pakej pelancongan. Layari www.tourism.gov.my untuk mendapatkannya.

" Para pengunjung pameran pelancongan ini juga boleh menyertai pelbagai aktiviti sampingan yang dijalankan di sekitar kawasan pameran seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz pelancongan, cabutan bertuah dan persembahan kebudayaan.
"Selain itu, artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Stacy, Saleem, Ramlah Ram, Mila, Farah AF, Amylea dan ramai lagi turut memeriahkan pameran dengan persembahan mereka," katanya.

Lebih menarik, para pempamer turut menawarkan pelbagai hadiah berupa pakej lawatan dan penginapan hotel ke pelbagai lokasi menarik di Pulau Tioman, Kuantan, Cameron Highlands, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Johor, Kedah dan Melaka.

Pameran Percutian Zoom! Malaysia dibuka untuk orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 01:18 PM | Show all posts

Taken from myMetro

Soseh Soseh: AESB gilap imej bintang Akademi Fantasia

PEMBENTUKAN imej penting bagi seseorang artis bagi memastikan penampilan mereka mampu memikat hati peminat.

Memikirkan kepentingan itu, khabarnya di bawah pengurusan baru, beberapa bintang Akademi Fantasia (AF) yang dipilih untuk bernaung dengan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) akan diberikan imej.

Usaha ini diharapkan dapat memastikan penampilan artis AESB sentiasa kelihatan cantik, menarik dan segar.

Untuk proses itu, SS dengar cerita, khabarnya sejumlah besar pelaburan untuk mengubah penampilan beberapa bintang ini sudah diperuntukkan.

Kalau tidak salah SS, menurut sumber yang menyampaikan berita ini, hanya ada enam orang bintang AF yang akan diberi keutamaan dalam proses mengubah imej dan penampilan.

Bintang terbabit termasuk Mila, Stacy, Mawi, Marsha, Zahid dan terbaru juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF) Hafiz.

Pada SS usaha yang cuba dilakukan AESB ini bagus kerana untuk memastikan gaya bintang mereka sentiasa mencuri perhatian ramai, sedikit pelaburan harus dikeluarkan.

Khabarnya juga sekarang ini AESB sedang mencari koordinator gaya mahupun pereka fesyen yang mampu melaksanakan tugas ini. Penampilan imej mereka ini pula perlu dikekalkan sepanjang tahun dan AESB mahu ada orang yang menjaganya.

Kalau benar apa yang SS dengar ini baguslah, sekurang-kurangnya nanti apabila hendak menghadiri majlis besar tidaklah bintang AF yang sudah punya nama ini tampil dengan baju yang entah apa-apa. Lebih parah lagi ada yang bergaya ala pengantin. Langsung tidak kena gaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:21 PM | Show all posts

Reply #2023 aFViRGo's post

pinjam artikel ni...nak bawak masuk umah......

jore yg tk disebutkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:57 PM | Show all posts

Balas #2022 aFViRGo\ catat

Zoo malaysia bkn zainal abidin dan conquer ker...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:59 PM | Show all posts

Balas #2024 britney_sapiah\ catat

siapa ni...juara yg x di sebut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 02:00 PM | Show all posts
Mlm ni ade sape2 gi jelajah era ker....pack of popular artist....dato' ct pon ade...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:06 PM | Show all posts

Reply #2026 batunilam4a's post

cuba tengok betul2..antara 7 juara AF sapa yg tk disebut...vince tolak tepi la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by batunilam4a at 23-5-2009 14:00
Mlm ni ade sape2 gi jelajah era ker....pack of popular artist....dato' ct pon ade...



mesti jam giler kt stadium malam ni

malas nya menapak jauh2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 02:20 PM | Show all posts

Reply #2024 britney_sapiah's post

Pinjamlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 02:22 PM | Show all posts

Reply #2027 batunilam4a's post

org pergi abe batu
Dah dekat sgt dgn rumah ni..rugi plak kalau x pergi

Tapi pikir2 balik kdg mcm x sanggup jer sbb sure nanti bersesak2  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:32 PM | Show all posts

Balas #2031 aFViRGo\ catat

tu ler pasal org sure bersesak2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:35 PM | Show all posts

Balas #2028 britney_sapiah\ catat

ngamok kang penetik die..kak lib kejo ko kang baru tau...ooopppsss...skrg ni takut kat momok....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 03:06 PM | Show all posts

Balas #2022 aFViRGo\ catat

aaaa....yerla tu....... silap ingt
btol la tu zoom malaysia kt kontan

zoo dgn zoom kan dkt2 jer bunyiknyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 02:57 AM | Show all posts
Report Mila @ Jelajah ERA Shah Alam


First of all me n my sis sampai kat tapak konsert dalam pukul 8 cam tu..org xdelah berapa ramai sgt sampai sesak2..so kitorang pun duduk jerlah kat belakang2 supaya senang nak kluar nanti..niat dalam hati just nak tgk Mila perform LIVE then terus balik sbb xmo stay lama2
Konsert start dlm kul 8.30++ camtu n kitorang sempat tgk performance Isma, Yazid n Hafiz Then we're in luck sbb Mila perform next..Yay! x payah tunggu sampai konsert habis

Mila kluar pakai t-shirt, vest, sluar ketat hitam ngan kasut boot 4 inci..She look pretty tonight..sedap mata memandang..xde lagi legging2 kaler biru Yay! Rambut pun lawa

1st of all Mila perform dgn live band malam ni Dia perform 3 lagu..Org ulas ikut pandangan sedikit bias ek Nak buat camne as a fan org mmg automatically dah terbias..nanti korang tgk n judge sendiri bila tgk video kat YouTube ek..

1. Matahari (Agnes Monica)
For me dia nyanyi ok walaupun ada terkucil sana sini tapi she wows me dgn dia punye stage presence..penghayatan sgt bagus

2. Aku Lebih Tahu
Sbb Mila nyanyi ngan Live band so lagu ni ada a different feel..best jugak..dia ajak Shah Alam sing a long tapi org Shah Alam ni mmg cam malas jer nak bagi respon mwahaha...

Before nak mula the 3rd song Mila introduce the band..dia cakap intorducing MY Bassist, MY Drummer n MY Guitarist..wahhh..Mila dah ada band sendiri nampaknyer

3. Sweet Child Of Mine
Mula2 lagi Mila dah salah masuk ape nak buat excited sgt agaknyer X clear sgt wordings for this song sbb Mila ala2 mumble..tapi still leh layan lagi sbb Mila pandai rock out atas pentas Tgh2 lagu Mila tiba2 jerit I Love You Da VOM! n nampaklah a few Da VOMers bersorak..sorilah org x prasan saper..org agak rabun malam2 buta ni X sangka Da VOM pun datang

Kira mcm dia kaver balik all kekurangan vokal dia dgn showmanship..hope Mila leh improve lagi vokal in the future yer

Then bila habis jer Mila perform me n my sis terus blah dari tapak konsert n gerak kat kawasan berhampiran dgn backstage..Tira dah mmg niat dalam hati nak jumpa Mila after the show..ye lah bukan slalu boleh jumpa Mila kan Dlm hati dah berharap sgt2 ni supaya dapat jumpa Mila..huhu..i know i know desperate sgt kan org ni   

Akhirnya dapat gak jumpa Mila kat parking lot setelah almost 15 minitlah kot kitorang berlegar2 dekat kawasan backstage tu..Hooray! Happy sangat! Dalam hati ni takut ni Mila xmo layan nasib baik Mila sanggup layan kitorang even though Mila sebenarnya nak cepat balik sbb kena pack before going to Kuantan untuk show ZOOM Malaysia Thank you so much Mila!

Sempatlah tangkap gambar dkt parking lot tu..mintak sign CD Karaoke n borak2 sikit..

Antara benda yg diborakkan:
- Performance Mila tadi..sibuk diorang tanya Ok x Mila perform..org x ingat org jawap apa As usual org Star Struck
- Shooting kat Jakarta..mila cakap ekceli shooting tu P&C..ntah camne ntah ramai yg tau Katanya Astro dah bagi warning kat dia xleh bagitau fans n org ramai
- Mila cakap lagi maybe in the near future dia akan gerak ngan band sendiri (ada kan fans yg cadang buat cam tu dulu ) Malam ni yg iring dia on stage geng2 band Ayah dia dulu
- Katanya lagu Gila dapat sambutan kat Jakarta (walaupun Noni yg perform lagu tu for the telefilem pilot   ) Sayang dia cume bawak 5 CD jer n x bawak more..huhu..pas tu ada kemungkinan album Mila ni leh dipasarkan kat sana nanti..insyallah..
- Mila sempatlah buat ucapan yg my sis rekodkan (nasib baiklah my sis suh Mila rekod..kalau ikut org sure x teringat nak rekodkan..maklumlah tgh star struck )

Itu je lah kot yg org ingat yg lain tu dah jadi mcm blur dah mwehehe..

Conclusionnyer org happy giler dapat jumpa Mila malam ni..maklumlah bukan slalu dapat jumpa face to face kan? So sorry ek kalau laporan ni banyak puji2 Mila ke terlalu bias ker Faham2 n maafkan jelah fanatik Mila yg sorang ni Nanti korang tengok video ngan gambar korang judge sendiri ye

AMARAN Video Mila perform terlalu bergegar2..so sesiapa yg ada clearer version dipersilakan tempek dulu yer..
Gambar yg ada pun gambar time kat parking lot jer..time perform x sempat nak snap sbb tgh rekod video kan
Esok or Monday org uploadkan ye nak tidur ni penat satu jam mengarang

Sekian laporan dari Shah Alam

P/S: Masa first2 jumpa Mila tu ada kejadian menyayat hati..x sampai hati nak citer kat sini..sbb nanti ada yg akan anggap benda tu as negatif or just pure acting..for me mmg rasa tersentuhlah n rasa it really comes from the heart sbb benda tu happen secara spontan n tiba2..x taulah kalau Mila pandai sgt berlakon plak :re: For me what I see is what i will believe..selagi x terjadi pada diri sendiri or depan mata sendiri I don't have the right to judge anyone I'm here just to have fun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 10:52 AM | Show all posts

Taken from myMetro

CAK: Tak kenang jasa

CAK tengok setiap kali muncul program realiti, kelab peminat pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Bagi CAK, ini perkembangan sihat apabila peminat turun padang memberi sokongan kepada bintang baru pujaan mereka, setidak-tidaknya memberi harapan kepada artis baru untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Malah, ahli kelab peminat ini selalunya tidak lokek berbelanja lebih, asalkan si pujaan ada pada tempat sepatutnya dalam industri.

Namun, ada seorang artis realiti 慴ergelar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 24-5-2009 10:52
CAK: Tak kenang jasa

CAK tengok setiap kali muncul program realiti, kelab peminat pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Bagi CAK, ini perkembangan sihat apabila peminat turun padang memberi ...


siapa ni...cerita macham Mila & Noza ?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 24-5-2009 10:52
CAK: Tak kenang jasa

CAK tengok setiap kali muncul program realiti, kelab peminat pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Bagi CAK, ini perkembangan sihat apabila peminat turun padang memberi ...


Hehehe....aku dah agak dah...kite tgk jwp susulannye nanti....tunggu jgn tak tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 24-5-2009 02:57
Report Mila @ Jelajah ERA Shah Alam

First of all me n my sis sampai kat tapak konsert dalam pukul 8 cam tu..org xdelah berapa ramai sgt sampai sesak2..so kitorang pun duduk jerlah kat belakang ...


Never mind teera..I respect every people's opinion.....they have something to say from the hearts..its okay...

Thanks for the report teera....bagus lah dah ade band sendiri...die ade gak lah inisiatif nak cube bergerak sendiri....setiap penyanyi mesti ade band sendiri...kat overseas sumer penyanyi ade band sendiri...x yah panggil eddrie hashim kalau takde guitarist... ..melawak lah pulak aku ni.....Pasal sweet child of mine tu, I rase mila kene improve diction betul2 kalau tak susah....blh upah cikgu english ..belajar 3 kali seminggu pon takpe....blaja speak learning...

Oh ye lagu Gila dpt sambutan kat Indon wpon si Noni yg nyanyi ye... takpe lah lembu punye susu sapi dapat nama ..tapi takpe kalo dpt sambutan kat Indon pon bagus gak..mane tau tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di tahi lalat ...

Apesal aril ngan akim gi Indon di hebohkan...Mila ngan Noni pegi x di hebohkan....hmmm....belom apa2 dah berat sebelah...mcm mane lah nanti ye ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 12:29 PM | Show all posts
I'll be waiting for the video ya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list