CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART VIII][FILM IN PROGRESS]

   Close [Copy link]
Post time 1-9-2010 11:00 AM | Show all posts
Saya tak ambil peduli gosip
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
2010/09/01      

SEPANJANG pembabitannya sebagai anak seni, sudah dua kali Tiz Zaqyah diuji.
Ketika namanya sedang mengharum dengan drama paling popular Nur Kasih, pelakon berkulit putih gebu ini dikejutkan dengan penyebaran gambar aksi hangatnya sedang bersosial dengan rakan-rakan.


KAMI SOKONG...ahli yang baru mendaftar dengan TZR FC diberikan sijil penghargaan. sebelum  -  selepas
   

Jenuh jugalah dia menjadi buruan media sebelum perkara itu senyap dengan sendiri.

Kontroversi berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan nama gadis berusia 22 tahun ini di mata peminat sehingga me­nyaksikan Tiz dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09).

Jelas, aura Nur Amina, gadis bertudung dengan watak lemah-lembut dan tabah dalam Nur Kasih begitu kuat mempengaruhi minda peminat setia drama ini.

Baru-baru ini Tiz terpalit de­ngan kontroversi lagi.

Ketika sibuk menjalani penggambaran filem Nur Kasih The Movie, Tiz dikejutkan dengan dakwaan Fasha Sandha yang mendakwa Tiz menggoda kekasih­nya, Rizal Ashram.


Tiz juga dikatakan cuba memikat Fizz Fairuz. Sekali lagi dirinya menjadi buruan pihak media dan selepas kenyataan demi kenyataan dikeluarkan kedua-dua belah pihak, barulah isu itu senyap.

Tidak dinafikan perkara sebegini kadangkala boleh memberi tekanan dan impak kepada kerjayanya.



Namun, Tiz yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran kelab peminatnya, Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZR FC) berkata, ia adalah asam garam yang perlu dihadapinya apabila melangkah kaki ke bidang seni.

“Saya bersyukur keadaan sudah kembali tenang seperti sedia kala. Tak dinafikan, ketika isu ini sedang panas saya terpaksa menjawab pertanyaan pelbagai pihak yang ingin tahu perkara sebenar.

“Pergi ke mana-mana pun, peminat akan bertanya. Saya tak mengelak, beritahu perkara sebenar dan akhirnya mereka faham.

“Bukan orang luar saja, malah keluarga pun nakkan kepastian daripada saya sendiri. Saya tak tertekan dan jawab dengan jujur kerana buat apa nak berselindung. Alhamdulillah, ibu bapa kenal siapa saya dan faham cabaran yang saya perlu lalui sebagai anak seni. Mereka me­nyokong penuh impian saya untuk jadi pelakon.

“Matlamat saya menceburi lakonan hanya kerana minat dan untuk bekerja. Saya tak ambil peduli gosip yang tak berasas sebegini. Kalau diambil berat sangat, memang boleh susah hati dibuatnya. Untuk itu, saya sematkan unsur-unsur positif dalam diri agar tabah berdepan ujian sebegini.

“Kalau nak dikatakan tak tercalar dengan apa yang berlaku, memanglah ada kesannya. Tapi ia hanya bersifat sementara kerana apabila bakat saya digilap semula menerusi kualiti lakonan yang ditunjukkan, peminat akan menerimanya dengan baik.

“Saya pun sebenarnya rimas dikaitkan dengan isu remeh-temeh berbanding tumpuan terhadap karier.

“Saya mengaku kurang publisiti dalam media massa kerana kalau keluar dengan cerita tak berasas pun peminat tak suka. Saya lebih suka menjalani kehidupan tenang tanpa kecoh-kecoh. Biasalah, sesekali dugaan akan ada, tapi ia bersifat sementara dan selepas itu akan senyap,” katanya.

Tiz yang tampil dengan imej segar dengan rambut baru turut menimbulkan persoalan mengenai kelibatnya yang jarang muncul dalam drama.

Kata Tiz, dirinya masih dianggap hijau dalam lakonan dan dia berpegang kepada nasihat beberapa orang lama dalam industri yang mahukannya menjaga prestij supaya peminat tidak cepat jemu.

“Mereka kata kalau terlalu kerap keluar di televisyen boleh sebab­kan saya hilang daya komersial. Jadi, apabila sesekali saya keluar dalam drama, orang pasti akan tertunggu-tunggu lakonan saya.

“Selepas siapkan filem Nur Kasih, saya hanya berlakon watak kecil dalam telefilem raya Tujuh Lagu dan Kuih Makmur.

“Banyak tawaran filem dan drama lain yang datang, tapi saya tak berani ambil selagi filem Nur Kasih belum menemui peminat. Saya bukanlah memilih watak ataupun mengada-ngada, tapi biarlah setiap watak yang diambil meninggal­kan kesan di hati peminat.

“Kadangkala ada juga watak yang ditawarkan agak menarik, tapi terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual lain.

“Saya begitu teruja menantikan tayangan filem Nur Kasih yang difahamkan pada Mac tahun depan. Saya akui ceritanya memang menarik.

“Pengarahnya, Kabir Bhatia masukkan pelbagai elemen supaya ceritanya mantap dan lebih padat. Ada kejutan yang menunggu dan peminat perlu menonton sendiri untuk mengetahui jalan ceritanya,” katanya yang merahsiakan jalan cerita filem itu.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini hanya ketawa apabila diajukan persoalan jodoh kerana baginya soal itu terlalu awal untuk difikirkan.

Dia mahu mencapai lebih banyak kejayaan dalam karier sebelum memikirkan untuk berkahwin.

“Banyak lagi benda saya nak fikirkan daripada fikir me&shy;ngenai perkahwinan. Tambah lagi saya belum ada teman istimewa. <----....yer kerrr...sure or nottt.....muahahaha...

“Saya nak tumpukan perhatian pada karier kerana kalau boleh saya nak berlakon sampai bila-bila. Bagaimanapun, dalam tempoh itu saya juga ada perancangan nak menceburi bisnes dengan membuka butik atau galeri lukisan. Harapnya impian saya jadi kenyataan,” katanya yang gemar melukis.

Tiz dianggap bertuah kerana biar apa kontroversi melanda, peminat yang bernaung di bawah TZR FC berdiri kukuh di belakangnya.

Buktinya, majlis berbuka puasa yang dianjurkan meriah apabila dihadiri 50 peminat yang turut datang dari luar Kuala Lumpur. Majlis diadakan sebagai meraikan ulang tahun pertama kelab peminatnya yang ditubuhkan pada 28 Ogos tahun lalu.

“Saya terharu dengan soko&shy;ngan mereka yang tak berbelah bagi. Terima kasih saya ucapkan kepada Presidennya, Bibi Barizah Ahkau, Naib Presiden, Norhaslinda Sharudin serta semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menganjurkannya.

“Mereka aturkan semuanya dan saya bersedia luangkan masa untuk datang kerana begitu menghargai sokongan yang diberikan. Tahun lalu mereka raikan ulang tahun saya yang ke-21 pada 21 November dalam majlis yang meriah.

“Tak sangka pejam celik pejam celik TZR FC sudah setahun. Sebelum ini macam-macam orang kata yang kelab peminat sebegini takkan mampu bertahan lama, tapi mereka sudah membuktikannya.

“Walau sesibuk manapun, saya tetap &shy;luangkan masa untuk menjalinkan hubu&shy;ngan dengan ahli TZR FC. Saya bersyukur ada yang sudi kendalikannya kerana nak urus kelab peminat sendiri memang susah,” katanya yang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarga.

Beberapa acara menarik turut diadakan pada majlis itu antaranya memotong kek, penyampaian sijil kepada ahli, penyampaian duit raya kepada anak-anak ahli, cabutan bertuah dan pakaian terbaik lelaki dan wanita.

Tidak ketinggalan Tiz juga didera menyanyikan lagu hari raya. Walaupun mulanya enggan, dia akhirnya mengalah dan ‘sporting’ menyanyikan lagu Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned dan Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Ellina.


PROFIL
NAMA SEBENAR: Tiz Zaqyah Abdul Razak
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan ceria
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KARIER: Pelakon
MULA BERLAKON: 2006
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
FILEM: Nur Kasih
WATAK IMPIAN: Seram, psiko dan gila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 11:12 AM | Show all posts
Saya tak ambil peduli gosip
Oleh Ridzuan Abdul Rahman

2010/09/01      

SEPANJANG pembabitanny ...
supbunjut Post at 1-9-2010 11:00



    so....Tiz  nie  masih  single lah??.... macam tak cayer jer??..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:13 AM | Show all posts
KAN!!!!
kueh makmur la pulak!!! dh la cedap
iols rs...kueh makmur tyg tibi tiga suke lah..haha!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:14 AM | Show all posts
supbunjut!!! HAHAHA
masih single katenyer
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:18 AM | Show all posts
so....Tiz  nie  masih  single lah??.... macam tak cayer jer??..
csuraya Post at 1-9-2010 11:12



    tu la pasaiii....hehehe...tapi shhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 2022# supbunjut


   " Kata Tiz, dirinya masih dianggap hijau dalam lakonan dan dia berpegang kepada nasihat beberapa orang lama dalam industri yang mahukannya menjaga prestij supaya peminat tidak cepat jemu.

“Mereka kata kalau terlalu kerap keluar di televisyen boleh sebabkan saya hilang daya komersial. Jadi, apabila
sesekali saya keluar dalam drama, orang pasti akan tertunggu-tunggu lakonan saya. "


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2010 02:05 PM | Show all posts
Reply 2019# irsuzie

gambo peminat2 tiz pun cun gak.. kan uols?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:05 PM | Show all posts
Reply 2027# csuraya


betul..betul..betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 2023# csuraya

motip tak cayer?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:08 PM | Show all posts
Reply 2017# irsuzie


iols rasa RI gi raya umah TZ kat kl
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:10 PM | Show all posts
Reply 2027# csuraya

Jadi, apabila sesekali saya keluar dalam drama, orang pasti akan tertunggu-tunggu lakonan saya.


TZ exclusive hokey!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:11 PM | Show all posts
Reply 2028# hazlyn


gmbo Peminat TIZ..hemm..No kOmen..wakakaka!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:15 PM | Show all posts
Reply  irsuzie


iols rasa RI gi raya umah TZ kat kl
hazlyn Post at 1-9-2010 14:08



kann..hemm..nak kne skodeng nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply  csuraya



TZ exclusive hokey!
hazlyn Post at 1-9-2010 14:10


sgtlah xclusive!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 09:14 PM | Show all posts
Reply 2033# irsuzie


    ececeh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:35 PM | Show all posts
kann..hemm..nak kne skodeng nih..
irsuzie Post at 1-9-2010 14:15



    skodeng....jgn x skodeng...
    dah skodeng....post gambo kat sini ek....share ler....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 11:00 PM | Show all posts
Reply  irsuzie

gambo peminat2 tiz pun cun gak.. kan uols?
hazlyn Post at 1-9-2010 14:05


cunnn jgk kan... uhuk... uhuk... masuk newsppr tu uols... meowwwwwww.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply  csuraya



TZ exclusive hokey!
hazlyn Post at 1-9-2010 14:10


yup... itu suda tentu... semestinya la kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply  hazlyn


gmbo Peminat TIZ..hemm..No kOmen..wakakaka!
irsuzie Post at 1-9-2010 14:11


ecece... no komen la plak? jgn la malu2 kucen.
waakakakkakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:58 AM | Show all posts
skrg citer waktu sahur janji kekasih ek?
iols sejak NK tamat ritu, bgun sahur xbukak tv pn..smgt pn kurang..haha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.144847 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list