CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
 Author| Post time 3-12-2012 12:47 PM | Show all posts
honeybee80 posted on 3-12-2012 12:44 PM
Grrrr....hapedah makcik step nie....wat kijo setengah jalan..nak gak tau apa kesudahan cite nie

...


Kesudahannya sama jah mcm dlm Twilight...

cuma bukan dari perspektif Edward la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 01:21 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 3-12-2012 12:47 PM
Kesudahannya sama jah mcm dlm Twilight...  

cuma bukan dari perspektif Edward la..  ...

Leon..kalu ada masa hari-hari update citer yee.....seronok aku baca citer ko hari-hari dr dulu lg mmg aku suka....
Last edited by honeybee80 on 3-12-2012 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 01:40 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 3-12-2012 11:50 AM
uikkk... marah benau nampaknya...  
sabar2!
weolls semua suka2 jah layan twilight (fenomena donia gitu khenn).. x de la sampai bole pengsan2 bila nampak rob tu kat skrin wayang... yg penting kita bleh share minat sama2 walopun x kenal kat dlm porem ni. Apa salahnya kita buat aktiviti yg hepi2 mcm ni kann.. better drp aktiviti serang-menyerang org & duk kompang pemikiran dia yg terbaik & klaim maksum bak ahli syorga. Ai kekadang malas nk layan org sakit jiwa mcm ni... once ai dh reply my opinion, then dok serang2 kita balik mcm x puas ati, ai ignore je drp waste my time.

p/s: tang ni janten2 spesis gini agak abnormal (something wrong somewhere) dan mmg lebih teruk menjoyahnya drp makcik2 yg duk kat ceruk bukit nuuu...   
hahaha.. ape yg awak ckp ni memang betul pun... mcm tu lah perangai dia.. rasa diri tu bagus.. padahal takde ape yg bagus pun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 02:49 PM | Show all posts
suka baca review korang.  aku tak minat nak baca novel twillight tapi aku follow filem nya dari 1st smpai yg latest.  harap2 ada lah nanti diorng buat satu lagi filem twillight reunion ..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:53 PM | Show all posts
sinbet posted on 30-11-2012 04:24 PM
nanti sambung lagi naa..cepat skek

wah sinbet gigih yer kau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2012 10:23 PM | Show all posts
sambungan Midnight Sun...


Masa terasa lambat berlalu. Seolah2 Bella berjalan dgn perlahan sambil arah angin bertiup menerusinya ke arah Edward. Sebaik sahaja Bella menjejakkan kakinya berhampiran meja, dia mengerling ke arah Edward, pergerakannya kelihatan spt sedikit ragu2. Pandangan mata mereka berdua bertemu, dan Edward dpt melihat refleksi dirinya dari mata Bella.

Wajah terkejut Bella membuatkan Edward hampir terlupa ttg dilemma yg sedang dihadapinya. Apabila Bella melihat wajah Edward, bayangan kesan darah memenuhi semula pipinya, membuatkan warna kulit Bella kelihatan sungguh lazat yg pernah dilihat Edward. Aroma Bella bagaikan kabus tebal yg menyelubungi fikiran Edward sehingga dia spt x mampu berfikir melaluinya. Fikirannya seolah2 memberontak drp dikawal, terasa x keruan.

Bella berjalan sedikit cpt skrg, seolah2 dia tahu yg diaperlu melepaskan diri dari situ. Pergerakan Bella yg agak kelam-kabutmembuatkan dia  menjadi cuai – dia tersadungdan teruja ke depan, hampir tersungkur di atas seorang pelajar perempuan lainyg duduk di hadapan meja Edward. Sungguh lemah dan x berdaya utk seorg manusiabiasa, fikir Edward.

Edward cuba focus memandang wajah yg terbias pd mata Bella, wajah mengerikan yg dikenalinya. Wajah rasaksa yg ada di sebalik wajah Edward –wajah yang telah beberapa dekad dgn bersusah-payah ditewaskannya dan penuh disiplin. Bagaimana dgn begitu mudah ianya muncul semula skrg ini! Aroma tersebut sekali lg bertumpu di sekeliling Edward, bagaikan mencakar mindanyad an hampir2 saja membuatkannya bingkas bagun dari kerusinya.

Tidak.

Tangan Edward mencengkam di bwh sudut meja sambil dia menahan dirinya supaya x bingas bangun dari tpt duduknya. Malangnya kayu meja itu x begitu kukuh. Cengkaman Edward yg kuat membuatkan kayu meja tersebut merekah di bwh cengkamannya, meninggalkan bekas berbentuk jari-jemari di situ.

Musnahkan bukti. Itu peraturan yg penting. Edward cpt2menghancurkan kesan tersebut dgn hujung jarinya, sehingga tinggal kesan berlubang dan serpihan kayu bertaburan di atas lantai dan Edward menggosoknya dgn kasutnya.
Musnahkan bukti. Kerosakan sampingan...

Edward sedar kemungkinan yg akan blaku skrg. Gadis itu akan duduk di sebelahnya, dan dia boleh membunuhnya.
Terdapat 18 org pelajar dan seorang guru yg akan berperanan sbg saksi yg x bersalah, mereka juga x boleh dibenarkan meninggalkan bilik ini setelah mereka melihat apa yg bakal blaku sebentar nnt.

Edward cuba mengelakkan dirinya dari terus bfikir ttg apa ygpatut dilakukannya. Seteruk2 dirinya, dia x pernah langsung bersikap begituzalim sblm ini. Dia x pernah membunuh mereka yg x bersalah, x pernah utk selama8 dekad ini. Dan skrg dia bercadang utk menyembelih 20 org ini sekali gus.

Wajah rasaksa tersebut bagaikan mengejek Edward.

Sungguhpun sebahagian diri Edward rasa x sanggup berbuat demikian, namun sebahagian lg dirinya merancang utk meneruskannya.

Sekiranya dia membunuh dahulu gadis tersebut, Edward hanya mempunyai masa kira-kira 15 ke 20 saat utk menyelesaikan gadis tersebut sebelum disedari mereka yg lain di dlm bilik itu. Mungkin lebih lama sedikit, sekiranya mereka x perasan apa yg sedang dilakukannya. Gadis itu x akan mempunyai masa utk menjerit atau berasa sakit; Edward x akan membunuhnya dgn kejam.  Sampai begitu sekali dia boleh berikan rasaksa tersebut darah gadis yg sgt2 diinginkan itu.

Tp dia perlu pastikan tiasa siapapun yg kan terlepas keluar.Dia x bimbang melihat tingkap yg agak tinggi dan terlalu kecil utk sesiapa melepaskan diri. Hanya pintu itu – mesti halang pintu tersebut dan mereka semua akan terperangkap.

Ia akan menjadi semakin perlahan dan lebih sukar, cuba utk bunuh mereka semua dlm keadaan yg panik, kelam-kabut dan cemas. X mustahil, tpdh tentu nnt keadaan menjadi bising. Masa utk jeritan yg byk. Tentu ada org yg akan dgr... dan Edward terpaksa membunuh lebih ramai org yg x bersalah dlm masa yg menggerunkan itu.

Dan darah gadis itu tentu akan menjadi sejuk sementara dia pergi membunuh mereka yg lain.

Aroma tersebut bagaikan menghukum Edward, menyebabkantekaknya berasa sgt kering & pedih...

Jadi, kena bunuh saksi dahulu.

Edward membayangkan gambarajah kelas tersebut. Dia skrgberada di bahagian tgh2 bilik, di barisan paling jauh di blkg. Dia akanselesaikan yg di bahagian kanan terlebih dahulu. Dia boleh patahkan antara 4atau 5 tengkuk dlm masa sesaat. Ia mungkin x begitu bising. Bahagian kananlebih bertuah sbb mereka x akan nampak dia dtg. Kemudian dia akan bergerak kebahagian dpn dan selesaikan mereka yg berada di bahagian kiri, ia mungkin akanmengambil masa 5 saat utk tamatkan riwayat setiap nyawa di dlm bilik itu.

Cukup lama utk disaksikan oleh Bella Swan,  sebelum tiba gilirannya pula. Cukup lama utkbuatkan dia berasa takut. Cukup lama, mungkin, jika dia x duduk kaku dlmkeadaan tkejut di situ dan menjerit. Suatu jeritan yg perlahan x mampumembuatkan org berlari.

Edward menarik nafas dlm2, dan aroma tersebut bagaikan apiyg merebak menerusi saraf2nya yg kering, membakarnya dari dlm dada Edward danmampu menghasilkan sbrg kemungkinan. Bella baru saja berpusing ke arah mejanyaskrg. Dlm beberapa saat lg, dia akan duduk beberapa inci jaraknya dari Edward.Rasaksa did lm kepala Edward bagaikan tersenyum dgn penuh harapan.

Seseorg tiba2 menutup fail di bahagian kiri Edward. Edward xmenoleh, namun pergerakan tersebut membuatkan angin biasa bertebaran menerusiwajah Edward. Utk seketika Edward bagaikan mampu berfikir dgn waras kembali. Dlm masa yg begitu berharga tersebut Edward dpt melihat 2 wajah di dlm kepalanya,sebelah-menyebelah.

Wajah pertama miliknya, ataupun spt sebelumnya rasaksabermata merah yg telah membunuh begitu ramai org yg sudah x terkira jumlahnya.Secara rasionalnya, mengurangkan pembunuhan. Pembunuh kpd seorang pembunuh,pembunuh yg akan membunuh org lain, rasksa yg lemah. Ia seolah2 berlagaksebagai tuhan, Edward menyedarinya – dia yg membuat keputusan siapa yg layakutk mati. Ia merupakan kompromi Edward terhadap dirinya sendiri. Dia perluminum darah manusia, tp hanya dgn alasan yg x kukuh. Mangsa Edward adalahmereka yg melakukan jenayah.

Wajah yg satu lg merupakan milik Carlisle. Tiada persamaanantara kedua-dua wajah tersebut. Umpama siang yg cerah dan mlm yg gelap.

Tiada alasan utk kedua2 wajah tersebut perlu ada persamaan.Carlisle bukan bapa kandung Edward. Tiada apa2 ciri persamaan. Persamaanhanyalah pada warna ~ setiap vampire memiliki warna kulit dingin yg pucat.Persaam juga pada warna mata – refleksi dgn cara hidup yg mereka amalkan.

bersambung...
Last edited by leon_mclaren78 on 3-12-2012 11:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2012 12:12 PM | Show all posts
panjang nak baca...........
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 06:00 PM | Show all posts
Aku dah tengok citer ni, mmg terbaik. Rasa nak tgk for the 2nd tp tak tau ada masa ke tak. Scene gaduh tu mmg buat dada berdebar2..sib baik la tak terjadi.. mmg suspen sgt2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2012 08:04 PM | Show all posts
i got a call from MPH ...
hmmm For Twilight Saga Boxset ... White version
price RM 224 ...
available at Midvalley 5 set, Curve 5 set, Subang Parade 3 set
.... so expensive !!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 08:09 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 5-12-2012 08:04 PM
i got a call from MPH ...
hmmm For Twilight Saga Boxset ... White version
price RM 224 ...{ ...





Alamak.... awat mahalnyaaa.....

sian Fly....



ai pun dh try survey kat Popular Festival City Setapak dgn MPH Alpha Angle... dedua tu mmg x nampak byg box set.

Pastu ai g tgk kat Popular Wangsa Walk... box set x de, tp buku kaler putih tu ada...jual loose... sabo je la...



x pe... nnt ai balik Seremban ai try survey lg kot2 ada kat Popular & MPH kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 09:04 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 5-12-2012 08:09 PM
Alamak.... awat mahalnyaaa.....

sian Fly....

takyah ler sebab susah-susah kan u saje
boxset dah tak kuar yang version hitam
yang version putih nie limited edition
putih and merah ....
http://www.eclipsemovie.org/limi ... vailable-in-the-uk/
sebab mahal diorang tak order banyak ...


if purchase more than RM 150
get free MPH calendar ...
hahahaha ....



Last edited by fly_in_d_sky on 5-12-2012 09:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 11:15 PM | Show all posts
...sambungan Midnight Sun...


Dan lagi, walaupun tiada apa2 persamaan yg asas antara Edward & Carlisle, namun Edward berasa spt dirinya memiliki gambaran yg sama spt Carlisle, dlm tempoh 70 tahun yg lepas di mana Edward telah membuat keputusan utk mengikut jejak langkah Carlisle. Ciri2 pd diri Edward x berubah sejak itu, namun ciri2 kebijaksanaan Carlisle, rasa belas kasihannya serta kesabarannya yg tinggi byk terbias pada diri Edward.

Segala ciri2 baik tersebut seperti lenyap terus daripada wajah raksasa tersebut. Utk beberapa ketika, seolah2 tiada apa yg tinggal di dlm diri Edward ~ segala yg diperolehinya selama dia bersama2 dgn penciptanya, yang juga mentornya, dan juga bapanya dlm apa saja perkataan yg sepatutnya. Mata Edward yg berwarna merah bersinar bagaikan syaitan, segala persamaan tadi bagaikan lenyap utk selama2nya.

Di dlm fikiran Edward, Carlisle x akan menilai dirinya.Edward tahu Carlisle akan memaafkan dia utk tindakan dasyatnya ini nnt. Kerana Carlisle sygkan Edward. Kerana Carlisle melatih diri Edward lebih baik daripada dirinya sendiri. Dan Carlisle akan tetap sygkan Edward, sungguhpun Edward telah buktikan yg tanggapannya selama ini adalah salah.

Bella Swan duduk di atas kerusi sebelah Edward, pergerakan gadis itu nampak sedikit kekok – mungkin disbbkan rasa takut? – dan aroma darahnya bagaikan merebak di sekitar Edward tanpa dpt dikawal. Edward nekad utk membuktikan tanggapan bapanya terhadap dirinya selama ini adalah salah.Hakikatnya kesengsaraan yg ditanggung Edward ketika itu bagaikan api yg membakar kerongkongnya.

Edward cuba mengelakkan badannya  sedikit dari Bella dgn rasa jijik --- jijik dari raksasa yg meronta2 mahu mendapatkan gadis itu.

Kenapa dia perlu dtg ke sini? Kenapa dia perlu wujud didunia ini? Kenapa dia merosakkan ketenangan yg sedikit ini di dlm “kehidupannya”ini? Kenapa manusia yg sungguh mengganggu ini boleh lahir ke dunia ini? Gadis ni pasti akan merosakkan hidupnya kelak.

Edward memalingkan wajahnya dari Bella, dgn rasa geram,kebencian menyirap di dlm dirinya.

Siapa sebenarnya makhluk ini? Kenapa dirinya, kenapa skrg? Kenapa dia harus kehilangan segalanya hanya disbbkan gadis itu memilih utk berpindah ke bandar ini? Kenapa dia perlu dtg ke sini?

Edward x mahu menjadi raksasa! Dia x mahu membunuh budak2  yg x bersalah di dlm kelas itu. Dia x mahu kehilangan segalanya yg telah diperolehinya setelah byk berkorban & melalui penafian. Dia x mahu. Gadis itu x akan boleh pengaruhinya.
Aroma itu adalah masalahnya, aroma darah gadis itu yg tersembunyi. Kalaulah ada cara utk dia mengelak... kalaulah ada tiupan angin yg segar yg boleh menenangkan fikirannya.

Bella Swan kemudiannya menggeleng2kan rambutnya yg panjang& tebal itu ke arah Edward.

Gadis itu dh gila ke? Ia seolah2 dia sengaja mengumpan raksasa itu! Sengaja mencabar raksasa itu.

Malang sekali ketika itu tiada langsung tiupan angin yg boleh membawa pergi aroma Bella jauh darinya. Aroma itu pasti akan hilang sekejap lg. Tidak, langsung tiada tiupan angin yg membantunya. Tp Edward x perlu bernafas.

Edward menghentikan aliran udara menerusi peparunya; sebagai cubaan utk melegakan sedikit keadaan, namun x secara keseluruhannya. Dia masih dpt mengingati aroma tersebut dlm fikirannya, seolah2 dia dpt merasakannya dari sebalik lidahnya. Dia x mampu melawannya utk suatu tempoh yg lama. Tp mungkin dia boleh menahannya utk jangkamasa sejam. Satu jam.

Cukup masa sebelum dia keluar dari kelas yg penuh dgn mangsa itu, mangsa yg sepatutnya x menjadi mangsa. Kalau dia mampu bertahan utk jangkamasa sejam.

Edward berasa sungguh x selesa bila x bernafas. Badannya x perlukan oksigen, tp ia akan memberikan masalah kpd derianya. Dia lebih bergantung kpd deria bau berbanding deria lain. Deria tersebut akan membantunya berburu, juga mengesan bahaya. Dia jarang berdepan dgn situasi bahaya, namun dia perlu melindungi dirinya sendiri sepertimana juga manusia.

Rasa x selesa, tp masih boleh dikawal. Lebih elok menghidu bau gadis tersebut daripada membenamkan giginya ke atas kulit yg telus dgn denyutan dan hangat ---

Sejam! Hanya satu jam! Dia x patut memikirkan ttg aroma atau rasa darah gadis itu.

Gadis pendiam tersebut menyembunyikan wajahnya di sebalik rambutnya yg dibiarkan terurai di atas failnya. Edward x dpt melihat wajah Bella utk dia membaca emosi gadis itu dari dalam matanya.  Kenapa dia membiarkan rambutnya menjadi ‘dinding’ antara mereka berdua? Adakah utk menyembunyikan matanya drp Edward? Adakah kerana takut? Malu? Utk menyembunyikan rahsianya?

Rasa gelisah Edward semakin bertambah kerana gagal membaca fikiran Bella yg kelihatan lemah & pucat itu – dan kebencian semakin dirasai Edward. Dia bencikan wanita lemah & kebudakan2 yg duduk disebelahnya itu, bencikan dia kerana menyebabkan dia mampu mengubah pegangan hidupnya sebelum ini, kasih sygnya terhadap keluarganya, impiannya utk menjadi lebih baik dari sebelum2 ini... Bencikan dia, benci dgn bagaimana gadis itu mengubah perasaannya --- ia sedikit membantu. Ya, rasa gelisah yg dirasainya sebelum td semakin berkurangan, namun ia dpt membantu. Edward cuba mengawal perasaannya agar x menggambarkan bagaimana rasanya darah gadis itu...

Benci dan kegelisahan. Rasa x sabar. Masa bagaikan xberjalan langsung.

Dan apabila masa telahpun cukup... dan gadis itu akan berjalan keluar dari bilik ini. Dan apa yg perlu dilakukannya?

Mungkin dia boleh memperkenalkan dirinya. Hello, nama sy Edward Cullen. Boleh sy temani awak ke kelas yg seterusnya?

Mungkin gadis itu akan jawab ya. Ia adalah suatu perkara yg sungguh bagus utk dilakukan. Walaupun dia mungkin rasa takut, dia pasti akan mengikutinya dan berjalan bersama2 di sebelahnya. Ia sepatutnya menjadi begitu mudah utk menunjukkan dia ke lokasi yg salah. Di blkg kawasan parking terdapat kawasan hutan. Dia boleh memberi alasan terlupa mengambil buku di dlm kereta...

Mungkinkah ada org yg perasan dia adalah org yg terakhir bersama2gadis itu? Cuaca ketika itu hujan seperti selalu;  akan kelihatan 2 org yg memakai baju hujanmenuju ke arah yg salah, mungkin x akan menarik perhatian sesiapa pun, atau terus memberinya laluan.

Kecuali jika Edward bukan satu2nya pelajar yg perasan ttg Bella hari ini – walaupun tiada siapa yg sepeka dirinya. Mike Newton khususnya yg menyedari setiap gerak-geri Bella. Mike Newton pasti perasan jika Bella meninggalkan kelas dgnnya.
Sekiranya dia boleh bertahan sehingga sejam, bagaimana kalau2 jam? Edward cuba melupakan keperitan daripada rasa terbakar di dlm kerongkongnya.

Bella mungkin akan pulang ke rumahnya yg tiasa sesiapa pun didlmnya. Pegawai Polis Swan bertugas syif penuh hari ini. Edward tahu di mana rumahnya, dia tahu setiap rumah di dlm bandar yg kecil ini. Rumah Bella terletak di kawasan berhampiran hutan tebal, dengan tiada jiran berhampirannya. Kalaupun dia menjerit, tiada siapa yg akan dengar.


bersambung....
Last edited by leon_mclaren78 on 5-12-2012 11:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 11:35 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 5-12-2012 09:04 PM
takyah ler sebab susah-susah kan u saje
boxset dah tak kuar yang version hitam
yang versi ...


Fly, maybe box set yg itam tu dh x de jual, tp rasanya bukunya masih ada dijual in loose... huhu...
no choice tpaksa la beli loose, murah sket la drp box set putih tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 10:25 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 5-12-2012 11:35 PM
Fly, maybe box set yg itam tu dh x de jual, tp rasanya bukunya masih ada dijual in loose... huhu ...

hmmm .. white version RM 224.90
and bukan 4 buku tapi 5 buah ...
Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn and, for the first time ever, The Short Second Life of Bree Tanner
kat MPH dah update ..


Times Bookstores ada Twilight Boxset RM 188
tapi ... kat Capital Square
jauhnyer tapi tak sure ada ke tidak
sebab takut diorang tak up to date
kalau fly beli boxset white version
fly rasa nie lah yang paling mahal pernah fly beli seumur hidup
selama beli buku yang bersiri ... The Girl With Dragon Tattoo Series & Hunger Games tak semahal cam nie
below RM 100


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 09:21 PM | Show all posts
baru abis baca midnight sun

masih b'harap SM continue tulis sampai habis
huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 09:37 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 5-12-2012 08:04 PM
i got a call from MPH ...
hmmm For Twilight Saga Boxset ... White version
price RM 224 ...{ ...

isk...mahalnya....iol beli dulu cuma xsampai pun RM200...puas ati dah baca semua...

buku feveret....breaking dawn....sbb masa tu Bella dah xlembik mcm buku yg sebelum2 nie...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 10:58 PM | Show all posts
hans78 posted on 6-12-2012 09:37 PM
isk...mahalnya....iol beli dulu cuma xsampai pun RM200...puas ati dah baca semua...

buku fevere ...

tau mahal ...
sebab limited edition lah mahal
cari loose punya ... tak complete
nak tunggu next series tak tau bila ..

Times Bookstores dah memang sold out boxset
Kinokuniya baru ada white version ... sama dengan MPH
tapi sesiapa ada Kinokuniya Membership Card untung ler
dapat 10% discount instantly ...

haizz nyesal tak dengar cakap kawan fly
masa filem tu belum meletup bak gunung berapi meletus
fly buat derk aja ... jual mahal la kunun nya
sekarang baru terhegeh nak cari
biasa ler otak nie payah nak terima tema romance katakan
bukan anti tapi skeptikal kot jalan cerita macam stereotype filem cinta

agaknya kalau kawan fly baca nie entah-entah tersengih jer ...
hu3 ....

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:09 PM | Show all posts
octavianus_83 posted on 3-12-2012 10:42 AM
ermm kakak aku pun teringin nak tgk cite Twilight BD 2 ni..so nak ajak husband dia tgk skali.. tapi  ...

ada masalah dalaman nie
kot terutama time masa kecil-kecil ...
something wrong something wrong ...
kena pergi kaunselling nie ...

fly pun mula-mula anti dengan filem Twilight
ermm tertidur-tidur masa tengok filem nie
entah kawan fly sedar ke tidak
ye le tengok terpaksa katakan
kang kalau tak teman ... fly nyer movie ... kawan fly taknak temankan
kang apa jenis nya kawan kalau asyik kena ikut kata kita aja kan
kena la ada persefahaman ... osom-osom la sikit ...

pandai si stephanie meyer tulis buku
cerita nie hanya based pada cerita romeo and juliet and other classic love story
refer pada wikipedia ...
ingat-ingat lupa ...
cuma dia jadikan cerita nie lebih kreatif and lain dari yang lain
heheh baru ku nampak setelah berzaman lamanya ...
tak tumpu pada cinta tapi persahabatan dan kesetiaan
kekeluargaan dan permuafakatan (betul ker?)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 11:34 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 6-12-2012 11:09 PM
ada masalah dalaman nie
kot terutama time masa kecil-kecil ...
something wrong something ...


Huhu... dugaannnnn! Sbr la Fly...

Dulu ai pun sama mcm Fly, mmg agak anti dgn cite Twilight ni sbb ai nyampah & meluat tgk fans dia kat US tu yg dok emo mcm nk gilak tgk si Robert tuh. Ai penah tgk channel E! news tu, ada buat carta ttg plakon vampire ter hot... Robert mengungguli tpt pertama. Ms tu pun ai rasa...eeeiiii... apa la yg best sgt Twilight ni... nyampessss... Ekceli masa tu ai prefer cite vampire muvi lakonan Brad Pitt, Tom Cruise & Antonio Banderas ~ Interview With The Vampire. Muvi ni mmg ai suka sgt2.

Tp mujur la ai tertgk pilem Twilight ni kat HBO pd awal tahun 2010. Start dari situ la ai gigih dig out segala info, muvi, buku novel dia... masa tu rasa mcm nyesal je sbb x try beli novel tu awal2 sbb member opis penah promot dulu. Bg pendapat ai plak, macit Stephanie selain cite Romeo & Juliet, dia byk gak cedok drp muvi Interview With The Vampire... maksud ai bkn jalan cite, tp ciri2 vampire tu sendiri, byk similarities la. Pastu ada gak cedok2 sket from Superman / Smallville ~ Edward Cullen tu ala2 Clark Kent yg forever alone ms zmn remaja dulu, tpaksa simpan rahsia... hanya ada family utk support dia. And ai pun mmg follower tegar siri Smallville selama 10 tahun...that's why ai suka dgn adunan cite Twilight ni.

And now... here we are... heheheeeeeee....
Last edited by leon_mclaren78 on 6-12-2012 11:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:19 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 6-12-2012 11:34 PM
Huhu... dugaannnnn! Sbr la Fly...

Dulu ai pun sama mcm Fly, mmg agak anti dgn ci ...

leon, fly dah decide beli Twilight white version
mahal pun mahal ..
janji dapat ku miliki dan ku bacai dah ku puas hati ...
nanti kena beli pembalut buku ..

semalam borak dengan kawan fly
mula-mula bajet nak cari yang loose
after borak dan fikir ... arghh penat nak tunggu loose nie
entah bila nak dapat next chapter
tengah ada nie grab aja lah ...
walaupun ada kata not worth it ...

then fly and kawan fly cerita tentang Twilight lagi
buat fly semangat nak baca .. walaupun dah tengok filem nya ..
yer la diskus tentang watak, jalan filem, komen you all semua
hehehe ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.535384 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list