|
TBB V48 Tema: Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010. Tahniah!!!
[Copy link]
|
|
tak jemu kan
aku hari ni sandwich telur
air belum bancuh.. sbb dah minum 5 mug ayaq kos ...
niy Post at 26-1-2011 08:43 
8 gelas air kosong shari... ini doktor pesan.... hiks.... aku pun tak pasti brp byk aku ambik kosong shari.... tp mmg makan tghhari amik air kosong jer.... selain jimat... nak jaga kesihatan katanya kan..... hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2017# chekshu
rumah sebijik? tiket percutian? 
berani bet cheksu boleh menang... berani kerat kuku <hari jumaat nanti > |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2018# niy
suka jugak lah
kalo kena gaya masakan
tapi... not sandwich telor |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dino
memang sakan
habis licin aku makan sebab kelaparan
chekshu Post at 26-1-2011 08:57 
cheksu ni keje kat mana... ade western food bagai.... kite ni dikeliling restoren mamak jer.... hr jumaat jer makan jauh2 skit  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2020# niy
jap
prtandingan ada syarat - kena guna semua kata kunci yg diberi - mengikut susunan
kata kunci kat aku paste dah sekali ni ha...
korang baca ye
bagi komen jugakkkkk!

Tepung Talam
‘Mak… cepat lah… kata nak buat tepung talam. Orang dah lapar ni!” rengek Tini pada Mak Temah.
“Sabar jap lah… Mak nak sudahkan gosok baju kerja abah kamu ni ha…. Nanti bising plak abah kamu tu!” Mak Temah meneruskan kerja menggosok baju suaminya.
“Ala… tadi mak kata nak buat untuk minum petang. Ni dah dekat pukul enam ha… minum petang apanya?. Orang lapar dah ni!” Tini mula muncung.
Perut dah lapar. Tambahan hati masih sakit dengan gelagat penunggu-penunggu setia hentian bas yang kurang ajar sangat perangainya. Kalau diikutkan rasa hati, memang dah makan kasut budak-budak kutu berahak tu.
“Tak pe… lagi sekali korang buat hal… mati korang aku kejakan! Siap aku buat repot polis. Gangguan seksual. Biar padan muka mangkuk-mangkuk hayun tak bersekolah tuh” getus hati Tini. Masam mencuka muka yang sudah sekian masam. Lapar, sakit hati, penat… semua bercampur aduk dalam hati.
“Dah… jom lah ikut mak ke dapur. Tadi kata dah lapar sangat” ajak Mak Temah yang sudah usai menggosok pakaian. Tersenyum Mak Temah melihat gelagat permata hati, pengarang jantungnya itu. Hartini…. itulah seorang anak Mak Temah dan Pak Sudin.
“Banyak ke kerja sekolah hari ni?” tanya Mak Temah sambil tangan ligat mengadun tepung.
“Assignment lah mak....! Tak lah. Sikit jer lagi nak siap. Tak apa… minggu depan baru lecturer nak”
“Buat cepat sikit. Hujung minggu ni… kan dah janji nak ikut mak pegi Tanjung?”
“Dah nak siap dah. Ada dua-tiga apa tu… ntah lupa dah…!” jawab Tini. Sibuk juga tangan membantu emaknya. Menjerang air kukusan untuk mengukus tepung talam.
“Apanya pulak???? Ke… kamu tak cukup duit belanja?”
“Bukan tu… duit ada lagi. Ada makna perkataan ntah… lupa plak….”
“Ha…. Mak… apa makna kembiri?”
“Kembiri? Ngapa pulak? Keja sekolah ada pasal kembiri ke?” tanya Mak Temah.
“Tak… terjumpa masa baca kat library tadi” jawab Tini.
“Hai! zaman sekarang… tenet ada… apa kata orang tu… boleh ses? kan? ses kan? Apa ke bendanya tu??? Ha…. Guna lah tenet tu. ”
“Wahhhh… terer jugak ye mak ni pasal internet. Internet ye mak… bukan tenet. Tenet tu… bebudak muda tepi-jalan jer yang guna-pakai mak!. Ekekeekeke…” giat Tini.
“Ye lah… benda tu lah yang mak cakap. Ntah lah… mak mana tau sangat benda-benda zaman sekarang ni semua… janji ada bunyi lebih kurang,… jadik lah tu” balas Mak Temah.
Riuh-rendah bunyi tawa di dapur. Memang begitulah selalunya bila ada Tini bersama. Hobi katanya mengusik mak di dapur. Terhibur juga Mak Temah.
Sajak Ulang Tahun Kelahiran
“Mana si Tini? Tak nak makan sekali ke?” Pak Sudin dah siap menunggu di meja makan.
“Ada tu kat dapur ambik air. Awak tu karang… tak ada air tercekik pulak” balas Mak Temah
“Dah… jom makan. Kejap lagi saya nak pegi dah. Terlewat karang bising si Malik tu.”
“Sedap nampak lauk mak kamu masak malam ni” sambung Pak Sudin.
“Allah awak ni… kan sama jer dengan lauk siang tadi? Saya tambah pucuk ubi rebus jer tu…!” Mak Temah menyuap nasi.
“Mak… jadik ke nak gi Tanjung tu? Habis tu…. yang halwa maskat tu camne?”
“Jadilah. Kan Kakcik Seroja dah janji nak buat halwa maskat tu. Kita datang tolong-tolong mana yang patut lah nanti”
“Banyak ke nak buat? Berapa kilo?” Pak Sudin bertanya. “Aku kerja pagi tu. Gantikan si Dollah.”
“Apa hal pulak nak berganti? Dollah cuti ke?” tanya Mak Temah. Suapan terhenti seketika.
“Payahlah pulak. Dah janji dengan Kakcik nak bawakkan tepung sagu. Nak jugak bawak kuih setalam-dua. Tak laratlah nak naik bas…. banyak barang”
“Biar Tini jer yang bawak kereta abah. Boleh kan bah?” Tini menyanggupi.
“Kamu mana ada lesen Tini. Bahaya!” Pak Sudin tak membenarkan.
“Alah…. Bukannya jauh abah. Takat pegi Tanjung jer. Bolehlah! Bukan Tini tak tau bawak kereta tu.
Kan selalu Tini bawak…. Tak ada apa-apa pun bah!” Boleh ye abah??? “Tini masih berusaha memujuk abahnya.
“Tak boleh. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Bahaya kamu tau tak?” Pak Sudin masih tak membenarkan Tini memandu dalam jarak yang jauh. Kalau setakat ke kedai disekitar kawasan perumahan disitu tidak mengapalah.
“Emmm.. nantilah aku tanya kat si Malik tu. Boleh tak tukar shift dengan dia.” Pak Sudin meneruskan suapan yang terhenti.
“Dollah tu sibuk. Anak dia nak pegi daki gunung. Gunung apa kenama kat Indonesia tu. Tu yang nak ke Kuala beli barang. Pakaian untuk mendaki sekali lah tu” Sambung Pak Sudin lagi.
“Ooooo… yang Makcik Piah cakap kelmarin tu ye abah?”
Best kan mak…. Dapat daki gunung.” Tini bersuara. Tangan lincah menambah nasi di pinggan.
“Apa seronoknya. Penat ada lah. Buang masa…. ” Mak Temah yang memang tidak menggemari aktiviti lasak membuka mulut.
“Awak ni itulah tak tau. Yang mana awak tak suka, orang lain buat awak nak marah pulak. Orang muda… macam-macamlah aktiviti lasak depa tu semua. Awak mana tau.” Pak Sudin memintas cakap Mak Temah.
“Hehehehe… mak kena lah ikut peredaran zaman mak. Orang sekarang suka ativiti memanjat gunung, bukit semua tu. Aktif dan menyihatkan badan tau mak!”
“Alah… tak memanjat gunung pun boleh jugak aktif. Tengok anak Cikgu Sidi tu. Jadik juara baca sajak. Sihat pun si Zakuan tu.”
“Tengok ha… dah sampai ke Kuala Lumpur pun dengan sajak Ulang Tahun Kelahiran dia tu.” Mak Temah mempertahankan pendapatnya.
“Ye lah Cik Temah oiiii! Apa kata awak lah. Tini… buatkan abah kopi ye. Lawan cakap ngan mak kamu ni nanti… langsung tak keja abah”. Pak Sudin yang sudah selesai makan bangun ke bilik air.
Sudah sampai masa untuk menunaikan tanggungjawab kepada Nya. Setelah itu, tanggungjawaab dunia pula menanti. Bersengkang mata dari pukul sembilan malam sehingga pukul lima pagi. Rutin harian setelah Pak Sudin bersara dari tentera. Cukuplah untuk menyara mereka anak-beranak.
Hal perbelanjaan pembelajaran Tini tidak digusarkan sangat, sementelah Tini memperolehi pinjaman dari PPTTNN. Hanya tambahan duit tambang bas ke kolej dan jugak duit makan saja yang perlu.
Zombi Kampung Pisang
“Abah… ni air kopinya. Ada Tini bubuh kuih tepung talam sekali.” Tini memberikan beg berisi termos air kopi panas dan bekalan kuih kepada ayahnya.
“Jalan baik-baik ye abah. Nanti kirim salam kat Zombi Kampung Pisang tu ye kalau jumpa. Ekekekeke” Tini mengusik Pak Sudin yang sedang memakai helmet.
“Kamu ni Tini… benda camtu pun kamu buat main. Tak elok tu” Mak Temah menyampuk. Berdiri di muka pintu bersama-sama Tini.
“Ha.. yelah. Nanti abah kirim salam. Esok subuh dia sampailah kat rumah. Kamu nak??” Pak Sudin sempat lagi berseloroh dengan anaknya.
“Bah…. Tak de nya zombie tu sampai pun. Tini rasalah…. jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi nanti…. zombi-zombi tu semua jadi pokok pisang” Kan Mak? Hahahahah” Balas Tini sambil gelak geli hati dengan lawaknya sendiri.
“Awak layanlah Tini tu. Karang lambat awak pulak merempit kat jalan tu. Baik-baik bawak motor tu bang. Salawat banyak-banyak” Mak Temah setiap kali menitipkan pesan yang sama.
“Ye lah Cik Temah. Tau lah saya. Ni… abah pegi dulu Tini. Jaga mak kamu tu… jangan kamu tidur mati pulak karang. Assalamualaikum” Pak Sudin menghidupkan motor… lalu terus membelah kegelapan malam. Ke destinasi kerja….
:: TAMAT ::
 |
|
|
|
|
|
|
|
you all berkenan sape jadik pengetua AF?
yg cerah atau yg gelap? 
 |
|
|
|
|
|
|
|
you all berkenan sape jadik pengetua AF?
yg cerah atau yg gelap?
niy Post at 26-1-2011 09:02 
Pengetua AF9 - Ahmad Dhani dari kumpulan dewa
pagi tadi ternampak tajuk tu kat BH online |
|
|
|
|
|
|
|
aku quote balik dari BH online
Ahmad Dhani pengetua AF9
Oleh Farihad Shalla Mahmud
2011/01/26
Lakar sejarah guna khidmat vokalis Indonesia
KUALA LUMPUR: Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan.
Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.
hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dino
biasa lah foodcourt
setiap gerai kena lain2 jenis masakan
lagi pun... kat sini r ...
chekshu Post at 26-1-2011 09:05 
klau sedap takpe... aku menyesal makan kat food court the mall... kekonon makanan arab amenda ntah nama die.... ade daging ala2 daging rebus..... menyesal  |
|
|
|
|
|
|
|
aku quote balik dari BH online
hiks
chekshu Post at 26-1-2011 09:07 
mmg sengaja nak kontrobesi kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2034# dino
sudah semestinya
AF yg terakhir katanya
mesti cipta banyak kontroversi
dan konpem... banyak drama memualkan
rating and money rulesssssssss!~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2027# chekshu
wah... dasat citer mak temah, pak sudin n tini
terror ah cheksu ... dgn segala perkataan wajib tuh
kalau aku ... bagi sebulan pun belum tentu siap   |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dino
kalo tak sedap memang menyesal lah kan
rasa tak berbaloi keluar duit
kat sini ...
chekshu Post at 26-1-2011 09:14 
ala secret recipe tak best klau nak makan tghari hiks... kite suka cheese cake die jer....hiks....
ni la untung koje ngan ramai org luar.... ade sesape keje putrajaya... situ tak best aaa..... ofis gomen punya kantin ala2 kantin skolah  |
|
|
|
|
|
|
| |
|