|
Originally posted by kayla at 24-1-2009 21:57
ko sebut nama twk baru aku ingat ...smlm ada gambar dia ngan partner baru dia mak hee chun kat paper ...
aku ingat nak tepek sini ...lupa lah pulok .....
sayang kan .... sbb combination kkk & hui lin tu cam best je .... sayang betulll kalau kkk tarik diri :re:
tapi drp anak ikan bongsu ko tu ...aku rasa better lagi XD razif/khe wei ..... kalau based on malaysia open la kan ....
yup .. rexy pun puji performance razif/khe wei
rasanya better rexy bg perhatian lebih kat dorang ni
so .. kkk biar la dia concentrate dgn MD
since dia kata dia penat kan main dua2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 26-1-2009 03:27
Misi Seluruh England
Oleh RADIAH SAORI
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0126/Kosmo/Sukan/su_02.1.jpg
CHONG WEI lebih fokus bagi menghadapi
Kejohanan Seluruh England Mac depan.
...
uik .. kete apakah yg chong wei pakai tu? |
|
|
|
|
|
|
|
'Amati kami di Seluruh England'
Oleh RADIAH SAORI
ZAKRY (kiri) dan Fairuzizuan mahu lakar
kejayaan pada Seluruh England.
PEMAIN beregu negara, Zakry Abdul Latif mengakui, kini masa terbaik buat dia dan pasangannya, Mohd. Fairuzizuan Tazari merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Seluruh England.
Meskipun dibelenggu masalah kecederaan lutut ketika beraksi pada Final Masters di Kota Kinabalu bulan lepas, Zakry tetap optimis mereka mampu untuk menjadi beregu pertama negara merangkul kejuaraan pada kejohanan paling berprestij di dunia itu.
"Memang sasaran kami untuk menjadi juara pada Seluruh England tahun ini," kata Zakry.
"Sekarang bukan masanya untuk meletakkan sasaran pada pusingan suku akhir, separuh akhir ataupun perlawanan akhir tetapi kini masanya untuk menyasarkan kejuaraan.
"Tambahan pula saya kini sudah berusia 26 tahun dan bukan masa untuk saya menimba pengalaman tetapi menggunakan pengalaman yang ada untuk meraih kejayaan.
"Jika tidak mengalami kecederaan pada Final Masters lalu, kami sebenarnya berada pada prestasi terbaik," tambahnya.
Zakry yang terpaksa menarik diri daripada Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea bulan ini, turut mengakui kecederaannya sudah semakin pulih meskipun masih terasa sakit apabila menjalani latihan.
"Memang ada rasa sakit tetapi sudah berkurangan," kata Zakry.
"Saya juga semakin selesa dan pergerakan saya juga semakin lancar. Namun, saya masih belum boleh terlalu memaksa sewaktu menjalani latihan kerana tidak ingin kecederaan bertambah teruk.
"Saya harap selepas cuti Tahun Baru Cina ini kecederaan saya akan pulih sepenuhnya dan masa sebulan sebelum Seluruh England dalam membantu saya kembali ke prestasi sebenar."
Zakry turut berharap kem motivasi selama empat hari yang akan diadakan di Kuching, Sarawak bermula Jumaat ini akan dapat membantunya dan Fairuzizuan untuk menguatkan mental menjelang Seluruh England.
"Kekuatan mental amat diperlukan oleh semua pemain termasuk diri saya sendiri," akui Zakry.
"Selalunya mental memainkan peranan penting terutama apabila berdepan dengan situasi genting seperti dalam permainan rubber set.
"Memang saya sendiri berharap kem di Sarawak nanti akan membantu saya dan Fairuzizuan dalam menguatkan lagi mental bagi berdepan dengan setiap cabaran yang datang."
Seluruh England yang juga kejohanan Super Series ketiga musim ini selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea akan diadakan pada 3 hingga 8 Mac depan. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak sorry lambat... baru balik dari kampung da...
thanks sweet,lion,hazlyn .... anyway sweet kek tuh stylo giler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2064 dexa's post
zakry dah 26 tahun ? tua dr kkk n tbh la... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2056 mcbadminton's post
yeahhh..mc da tepek gmbr..bestnya dpt tgk live..
cuma nak tnya..gmbr no 2 tu sape yg tgh main tu ekk??tak berapa jelas la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by irish_ieka at 28-1-2009 10:25 AM
zakry dah 26 tahun ? tua dr kkk n tbh la... huhu
a'ah ieka..fairuz pun 26 gak..tp newspaper selalu tulis dorang ni 'beregu muda negara' padahal tak la muda sgt pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya senior ke England
Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]
Mew Choo turut diketepi, ranking junior terlalu jauh
SELEPAS sama-sama mengatur langkah cabaran pada dua kejohanan awal, barisan pemain muda bakal sekadar berwatak pemerhati apabila tiba waktu berlangsungnya kejohanan tumpuan - Seluruh England, awal Mac nanti.
Bakal turut sama tercicir ialah pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo, yang jelas perlukan lebih masa untuk kembali ke tahap persembahan memuaskan selepas sekian lama tersisih akibat kecederaan.
Hakikat itu diakui ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek, selepas dikhabarkan bahawa hampir semua pemain utama dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azalea_girl at 28-1-2009 17:39
a'ah ieka..fairuz pun 26 gak..tp newspaper selalu tulis dorang ni 'beregu muda negara' padahal tak la muda sgt pun..
a'ah .. padahal FZ ni lg tua dpd kkk/tbh
maybe sbb dorang ni 2nd pair behind kkk/tbh kot |
|
|
|
|
|
|
|
nak pg AE pun kene based on ranking ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 29-1-2009 09:04 PM
you're welcome mr.mc .....
aku dah tau dah apa salah ko ....yg ko pi letak URL page tu wat apa ... sbb tu la aku boleh menceroboh masuk ke photobucket ko
patutnye ko letak URL ...
maaf la kayla .. hamba tak berapa arif ttg ni lagi .. baru blajar daaa .... hehehe
tak apa gamba2 badminton pun ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetlover at 29-1-2009 11:26
nak pg AE pun kene based on ranking ke???
yup.. ranking menentukan seeding players kat sume tournament.. bukan AE je |
|
|
|
|
|
|
| |
|