Taken from gua.com.my
AF8: Siapa Peserta Pilihan Mereka?
Mila - Belum ada pilihan
Sejujurnya Mila belum berpeluang melihat AF8 sebab terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Walau bagaimanapun peserta yang bakal menjadi pilihan Mila kelak pastilah peserta yang benar-benar berbakat dan rajin belajar ketika berada di dalam AF8. Sebabnya inilah masanya untuk mereka menuntut ilmu dan memperbaiki diri.
Selain itu apa yang penting, mereka mengambil segala kritikan yang diberikan oleh juri sebagai pemangkin untuk memperbaiki kualiti nyanyian mereka. Saya percaya AF8 mampu melahirkan ramai penyanyi yang berbakat besar dan bakal mewarnai industri seni kita suatu hari nanti. |