|
RIANZ PARADISE VOL. 60 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU, RIA@SABAH(30/1-2/2)
[Copy link]
|
|
rmi nye yg menyeru azie..muahaha..
azie xbce laa..
bru abes bce smlm punye..
marathon lg..lalalaa |
|
|
|
|
|
|
|
part 18XLLLLL.... totop molot, nanti masuk lalat...5 minit jer
deleted>>>
[ Last edited by blingblings at 2-2-2009 05:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambung selepas 18 XL
Pertama kali makan bersama-sama mereka spt ada kejanggalan. Daniel di sebelah Azam seperti biasa dan aku pula di sebelah Daniel dan Syafika. Fariz di depanku bertentangan, matanya tak sudah-sudah merenungku. Mungkin nampak pelik melihatku di rumah begitu santai dgn caftan sutera batik berwarna biru labuh ke kaki. Azam leka sambil melayan anaknya yg makan dgn begitu berselera. Agak renggang dan kurang berbicara antara Fariz dan Azam. Tapi aku dapat merasakan mrk mmg rapat sebelum2 ini dr panggilan nama yg agak lain dr yang aku pernah dgr.
Azam memanggil Fariz sesekali dgn panggilan Riz, dan Fariz memanggilnya Zam dan kadangkala bro.
Yg ramahnya Syafikah, amat gembira dapat makan dgnku dan berada bersamaku di rumah begitu. Aku masih tertanya-tanya, adakah benar dia isteri Azam atau bekas isteri bila mrk nampak rapat tp lebih kpd kawan yg rapat, tak nampak sesuatu yg membuatkan aku cemburu atau syak wasangka. Tutur kata mrk berdua tiada berlapik-lapik atau berselindung dr ku. Tak mungkin, Azam nampak jelas seperti kawan baik kpd Fariz dan Syafikah, bukannya seperti yg aku syak sejak kebelakangan ini. Mungkin juga secara kebetulan nama bapa Daniel sama spt Azam. Suara Syafikah tiba2 menyentak igauan ku.
"Ok jugak lah rumah ni, besar rupanya, ingatkan quarters askar kecil-kecil aje" kata Syafikah sambil matanya melihat keliling rumah kami.
"Rumah kerajaan mcm ni lah" jwb Azam.
"Ini rumah doktor, besarlah, askar biasa mmg kecil aje, Azam ni sengaja tak nak tinggal kat rumah sendiri, entah dah berapa biji rumah banglo dia agaknya" tanpa melihat ke wajah Azam Fariz yg dr tadi senyap mula bersuara. Azam memandang ke wajah Fariz sambil tertawa kecil dan kemudian ke wajahku yg masih tertanya2 betulkah kata2 Fariz itu. Sejak bila pulak Azam ada banglo? Rumah emaknya adalah. Mungkin juga dia sengaja tak mahu memberi tahu ku, maklumlah itu duit dia.
"Kau ingat aku ni mcm kau ke? kau tu lainlah" kata Azam seperti ada sesuatu di antara mrk. Masih tak puas hati Fariz makin galak menambah ceritanya. Aku hanya terdiam mendengar.
"Apa yg kau ada, aku tak ada, apa yg aku ada kau punya lagi banyak. Apa nak buat, kau kan dari dulu sentiasa lebih dr aku." Kata2 Fariz tu bagai tdk berpuas hati, ada nada cemburu. Azam tidak membalas sambil melihat ke wajah Fariz dia hanya tersenyum manis. Aku tak faham.
"Fauziah, you ke yg masak semua ni?" tanya Fariz kpdku.
"Kenapa? You nampak ada maid ke dalam rumah ni?" tanyaku balik ke wajahnya. Aku mmg tak boleh tahan dgn lelaki miang itu.
"No, rasa mcm masakan my mom, sedap. You tau Syafi, Azam ni bertuah sgt2, walaupun kahwin paksa dapat wife yg baik, dah lah muda, cantik lagi. Inilah org kata perfect wife" mulut tak berinsuran itu mula mencari pasal dgn aku dan Azam. Azam mungkin boleh bersabar tp aku sudah terasa ada gegaran di jantungku.
"Pandai-pandailah you ni" Syafikah kurang selesa dgn Fariz yg tersengih-sengih dari tadi. Renungan Syafikah tajam ke wajah Fariz. Aku dan Azam hanya tersenyum melihat mrk berdua.
"Bukan mcm you, sampai sekarang tak rau masak, entah2 nasi pun masih tak tau masak, cubalah belajar" rungut Fariz perlahan menjeling ke wajah Syafikah.
"Kalau I masakpun bukannya you nak makan, pandai masak pun belum tentu dapat puaskan hati you" suara Syafikah seakan mula ada riak-riak perbalahan seperti yg ku dgr dari kampus tadi.
"Korang berdua ni aku tak fahamlah dr zaman belajar sampai dah ada anak besar masih juga nak bertekak tak habis-habis. Kalau tak nak malu kat diri sendiri, malu sikit kat anak" suara Azam dgn segera masuk campur bagai mengingatkan mrk berdua sambil memandang Daniel di sebelahnya. Dari butir bicara Azam itu ternyata Daniel anak Fariz bukannya anaknya, mmg Daniel seiras dgn Fariz. Aku makin bingung.
"Sayang makan ye, sedap tak lauk aunty Ijah masak?" terharu mendengar suara Azam yg melayan Daniel.
"Sedap, nanti Daniel nak tinggal sinilah dgn uncle, hari2 boleh makan sedap-sedap" kata-kata Daniel membuatkan kami tergelak.
"Bila Daniel nak datang suruh mama call aunty atau uncle, nanti cuti sekolah boleh datang tinggal lama-lama" kataku padanya yg sedang tersenyum lebar.
"Tengok tu belum ada anak dah pandai jaga anak, nanti ada anak sendiri bertuahlah anak you" kata Syafikah kpdku. Fariz pula dr tadi merenungku tanpa berkelip-kelip. Melihat perangai Fariz yg agak keterlaluan itu segera Syafikah menegurnya.
"You ni dah kenapa Fariz?" tersedar perbuatannya yg kurang sopan itu Fariz segera mengalih pandangannya ke arah Azam yg dr tadi sedang memerhatikan tingkah lakunya dgn tenang dan masih tersenyum pula. Hairan juga malam ini Azam nampak cool, tenang setenangnya, seakan Fariz bukan saingannya langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
kak bling ada lagi tak utk petang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cosign45 at 2-2-2009 05:45 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
kak bling ada lagi tak utk petang ni....
baru tempek... |
|
|
|
|
|
|
| |
|