CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazihamrun

NUR KASIH [PART VII]

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2010 10:48 PM | Show all posts
Reply 2080# supbunjut


    woit..pe dier..meh habaq kan aku ni....
ponen den nak pikir2 nak kebah2kan demam ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 10:55 PM | Show all posts
Reply  supbunjut


    woit..pe dier..meh habaq kan aku ni....
ponen den nak pikir2 nak kebah2k ...
adifrs Post at 17-5-2010 22:48


adifrs...kalo bg ubat pun, x kebah juga demam NK ni...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:29 PM | Show all posts
Reply  supbunjut


    woit..pe dier..meh habaq kan aku ni....
ponen den nak pikir2 nak kebah2k ...
adifrs Post at 17-5-2010 22:48



hehe...ubat tuh ...tuuut.....hehe....and then 'sesuatu' terjadi... mmg syok...haha.

tp mungkin sesuai utk lyn perasaan i je kot...tp raser ramai gak yg sukerrr..hehe..but cannot tell right here...kang ader kater i terlebih plak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:38 PM | Show all posts
hehe...ubat tuh ...tuuut.....hehe....and then 'sesuatu' terjadi... mmg syok...haha.

t ...
supbunjut Post at 17-5-2010 23:29



    ooo..dri bahase tu den dah tau daaaa....
sesuatu kannnn....ape dier..biarlah rahsie...huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:39 PM | Show all posts
tk lama lg scene minyak gamat.......... heheheeee !!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:39 PM | Show all posts
adifrs...kalo bg ubat pun, x kebah juga demam NK ni...hahaha
cloudnine_mm Post at 17-5-2010 22:55



    tu lah pasal.....ntah bile nak kebah2 ni kannnn
ni movie dlm pembikinan....ha makin mencanak lah suhu demam den ni haa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 11:46 PM | Show all posts
Reply 2084# adifrs


    huhu...kite-kite jer paham...hehe...biarlah rahsie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 12:04 AM | Show all posts
Esok kena balik cepat, nak pi kenduri kat umah Ustaz Hassan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 12:27 AM | Show all posts


kiut jek scene nur ngn sarah tu...("tarik tocang".."nur adamia".."adam msti ganas" )€

esok ep tragis mlm pertama..1st time y tragis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 03:50 AM | Show all posts
Esok kena balik cepat, nak pi kenduri kat umah Ustaz Hassan.
cikara Post at 18-5-2010 00:04


wakakakaka...aku ingatkan nape lah. siot jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 03:51 AM | Show all posts
kiut jek scene nur ngn sarah tu...("tarik tocang".."nur adamia".."adam msti ganas" ) ...
irsuzie Post at 18-5-2010 00:27



depan laptop jek time ni...maklumlah..tetinggai keteapi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:08 AM | Show all posts
Yakin tarikan Nur Kasih
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/05/18
PEMENANG bertuah DVD box set drama Nur Kasih yang diraikan bergambar kenangan dengan artis yang hadir.
PEMENANG bertuah DVD box set drama Nur Kasih yang diraikan bergambar kenangan dengan artis yang hadir.
Filem yang diangkat daripada drama bersiri popular ini bakal memulakan penggambaran hujung Mei

KHABAR untuk merealisasikan filem Nur Kasih sudah mula kedengaran sejak hujung tahun lalu. Ia juga bukan perkara baru. Malahan di kalangan pelakon utamanya sendiri sudah mula diberitahu mengenai perkara terbabit.
Namun hanya pada 21 April lalu, Pengurus Besar Filem & Drama, Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah mengesahkan perkara itu. Jadi sementara ia masih diminati dan tidak luput dalam ingatan peminat, sebaiknya versi filem itu disiapkan dalam kadar segera.
Menurut Ahmad Puad, filem itu akan diterbitkan secara sepenuhnya oleh Filmscape Sdn Bhd manakala Primeworks pula akan memperkuatkan jentera promosi serta pemasaran.

Selepas versi dramanya mencipta fenomena dan mendapat sambutan hebat di kaca TV sepanjang 25 tahun kewujudan TV3, versi filem ini dijangka akan ditayangkan serentak di Malaysia, Brunei dan Singapura pada penghujung tahun ini. Penggambarannya pula dijangka bermula penghujung Mei atau selewat-lewatnya awal Jun ini.

“Pihak kami berbangga untuk terbabit sama dalam filem ini. Malah mengekalkan dua tunggak kekuatan yang memberi nyawa kepada karya ini iaitu pasangan suami isteri, Kabir Bhatia (pengarah) dan Mira Mustaffa (penulis skrip) juga antara kebanggaan yang wajar dinyatakan.

“Penghasilan versi filem ini didorong oleh banyak faktor termasuk barisan pelakon hebatnya juga. Selain itu terbukti berdasarkan kajian oleh AGB Nielsen Media Research, sebanyak 4.3 juta penonton mewakili 55.8 peratus penonton memilih drama Nur Kasih.
“Siaran ulangannya tanpa iklan juga mencatatkan rekod tersendiri apabila mencecah dua juta penonton setiap kali ia disiarkan. Semoga usaha merealisasikan projek ini akan membawa kejayaan dengan kos filem ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.5 juta,” katanya sewaktu ditemui di majlis meraikan 26 pemenang bertuah peraduan DVD box set drama Nur Kasih di Restoran Rebung.

Ketika acara itu diadakan, Kabir mahupun Mira tidak dapat hadir atas masalah yang tak dapat dielakkan. Difahamkan Kabir kini sedang menjalani penggambaran iklan komersial produk mandian di Jakarta. Mewakili pasangan itu ialah Penerbit Eksekutif Filmscape, Frank Lewis.

Kata Frank, membikin filem ini diibaratkan membuat satu pertaruhan besar yang mengambil risiko yang tinggi apabila membawa karya TV ke medium filem. Bagaimanapun pihaknya yakin dengan prestasi setiap individu dan pihak yang terbabit didorong dengan sokongan peminat, tidak mustahil filem ini mampu memberi terjemahan baru.

“Hakikatnya, kami sedar penonton dan peminat di luar sana mahukan ‘hidangan’ yang lebih berbeza daripada versi drama yang pernah disiarkan. Malah kami juga berbelah bagi sebenarnya kerana selepas usaha untuk merealisasikan filem ini, ada pula yang mencadangkan supaya dibikin sekuel bagi drama ini.

“Kita tunggu saja perkembangannya dan apa yang lebih penting sekarang ialah untuk memberi perhatian khusus untuk pembikinan filem ini. Apa yang saya dapat maklumkan, 65 peratus penggambaran akan diadakan di sekitar Malaysia dan selebihnya akan berlatarbelakangkan lokasi di Timur Tengah.

“Mengenai pelakon pula, yang jelas Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan beberapa pelakon asal akan dikekalkan. Cuma Ummi Nazeera saja yang tak dapat meneruskan komitmennya kerana melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Beberapa karakter baru juga akan diwujudkan,” katanya sambil memberitahu idea menghasilkan filem ini tercetus selepas berakhirnya episod ke-26 drama itu yang disiarkan pada 27 November tahun lalu.

Pada majlis yang sama, tiga tunggak utama Nur Kasih, Remy, Tiz dan Fizz turut hadir. Ironinya, drama itu sebenarnya turut memberi tempias dan impak yang cukup besar kepada mereka. Panahan populariti drama terbabit jelas memberi dimensi luas terhadap pacuan kerjaya seni masing-masing.

Remy Ishak yang pertama kali dinobatkan sebagai Pelakon Drama TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yakin dan percaya dengan kemampuan Kabir dan Mira untuk terus mencorakkan warna terhadap karya Nur Kasih itu.

“Remy sedar apabila drama diformat menjadi filem, tarikan yang diterima kurang memberangsangkan. Tapi kita beri ruang kepada Kabir dan Mira untuk membuktikan sebaliknya. Sekiranya versi drama mampu mencipta fenomena, Remy sendiri berharap versi filemnya akan meletup pada skala yang lebih besar. Insya-Allah.

“Tumpuan saya terhadap filem ini akan bermula pada bulan depan. Itu pun selepas berehat seketika dalam dua ke tiga minggu. Tapi sebelum itu, Remy akan melunaskan saki baki penggambaran drama Arjuna di TV3 hingga hujung bulan ini.

“Insya-Allah selepas selesai filem Nur Kasih, Remy akan terus ke lokasi penggambaran filem Akuarium Cinta yang sudah lama tergendala. Remy difahamkan penggambaran semula sebanyak 100 peratus akan dilakukan. Skrip pun akan dirombak,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Kabir dan Mira kerana memberi peluang kepadanya untuk membabitkan diri dalam produksi Nur Kasih.

credit to : berita harian online
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:15 AM | Show all posts

PEMENANG bertuah DVD box set drama Nur Kasih yang diraikan bergambar kenangan dengan artis yang hadir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 12:43 PM | Show all posts
adeh...cite ni lame dah kan...........
bite harian bru nak kuokan............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 02:26 PM | Show all posts
Dalam tempoh 6 bulan .. dah 3 kali ulang tayanggg ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:21 PM | Show all posts
'Saya bukan pelakon bermasalah'
Oleh Ramlah Zainal

2010/05/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

WATAk Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih begitu melonjakkan nama pelakon Fizz Fairuz. Malah, Fizz atau nama sebenarnya, Mohamad Fairuz Zainal Abidin, 30, disebut-sebut sebagai hero pelapis dalam bidang lakonan ketika ini.
pix_middle
sebelum  -  selepas
GANDINGAN...bersama Zamarul Hisyam yang turut jayakan Roh Kembali. ANAK EMAS...Fizz selesa bekerja dengan Sheila. PESANGAN KEKASIH...Fizz dan Almy belum ada rancangan berkahwin dalam tempoh terdekat.


GANDINGAN...bersama Zamarul Hisyam yang turut jayakan Roh Kembali.
Secara peribadi, Fizz bersyukur kerana bakat lakonannya mula meraih perhatian.

"Mungkin ada peminat yang tidak tahu saya sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya mula berlakon pada usia 22 tahun dan drama pertama saya ialah Mentari Productions.

"Cuma baru sekarang bakat saya mula membuka mata ramai pihak di luar sana. Saya bersyukur selalu ditawarkan watak utama dalam drama.

"Apapun untuk bersaing dan terus bertahan dalam bidang seni, saya perlu buat pembaharuan dalam lakonan supaya penonton tidak bosan, Contohnya, dalam drama Roh Kembali, saya meminta daripada pengarah untuk memakai rambut palsu bagi menampilkan kelainan," katanya.

Lebih bermakna, bakat lakonan Fizz, mula mendapat pengiktirafan ramai menerusi pencalonannya dalam acara berprestij seperti Festival Filem Malaysia (FFM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Skrin (ASK).

Dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan lelaki pada FFM 2007, Pelakon Lelaki Popular dalam ABPBH serta Pelakon TV Lelaki Terbaik, ASK lalu.

"Sekalipun tidak menang, saya tetap bersyukur kerana tersenarai dalam Top 5. Saya berlakon bukan untuk kejar anugerah. Bagaimanapun, pengiktirafan menyuntik semangat pelakon untuk berkarya lebih baik lagi," katanya.

Justeru, kata Fizz, isu penarikan diri daripada pementasan Sri Mersing sebelum ini banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati pada masa depan.

"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan berlakon teater tapi sebaliknya pula berlaku. Maklumlah, saya juga tidak ada pengurus dan menguruskan karier seni sendiri.

"Saya juga kesal kerana terpaksa menolak banyak tawaran berlakon semata-mata untuk memberi laluan pada teater berkenaan. Saya bukan pelakon bermasalah kerana apa yang berlaku itu kerana saya yang dipermainkan orang.

"Apabila saya beritahu Sheila Rusly apa yang menimpa saya itu, dia minta saya bersabar dengan ujian dalam hidup saya itu," katanya.

Fizz juga dianggap 'anak emas' JS Pictures kerana banyak berlakon dalam produksi milik Sheila Rusly dan suaminya Jinggo, sejak kebelakangan ini. Antara lakonannya, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan.

"Saya sudah berlakon dalam tujuh drama terbitan JS Pictures, sejak dua tahun lalu. Terus terang, saya selesa bekerja dengan Sheila dan Jinggo dan sudah tahu cara mereka bekerja. Shiela dan pelakon Rozie Rashid adalah sumber inspirasi saya dalam bidang lakonan," katanya.

Fizz berkata, dia suka bekerja dengan orang yang cerewet dan banyak timbul masalah di lokasi kerana ia beri impak positif dalam lakonannya.



"Sheila cerewet dan garang di set tapi bertempat. Sebagai produser, Sheila sangat mementingkan kualiti dalam lakonan," katanya.

Pada masa sama, kata Fizz, dia juga tidak ada asas dalam bidang lakonan.

"Saya hanya menonton TV dan filem Hollywood sebagai rujukan selama ini," katanya.

Fizz ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri 13 episod, Roh Kembali di Sri Pentas, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai watak utamanya sebagai Zaidi dalam slot seram TV3 arahan Jinggo , Roh Kembali, Fizz berkata, ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Pada asalnya watak Zaidi adalah baik tetapi dia menjadi jahat apabila menjual perempuan. Watak Zaidi jahat dan agresif. Di luar drama pun saya memang agresif tetapi bukanlah gangster.

"Sebenarnya, bukan senang bawa watak agresif kalau kita pakai rambut palsu. Bila terlalu agresif, rambut saya tercabut dan kami terpaksa buat babak itu semula," katanya.

Fizz mengakui, watak Zaidi dalam Roh Kembali memang memenatkan dan beri tekanan padanya.

"Pada peringkat awal dapat skrip, saya fikir tidak boleh buat karakter ini. Tapi Sheila meyakinkan saya. Saya juga tidak cukup tidur dan penggambaran selama 45 hari.

"Saya perlu berimaginasi dan buat benda yang sama berulang kali dan ia memenatkan. Cerita ini seperti CSI kerana ada banyak siasatan.

"Sebelum ini saya ada buat slot seram, Kekasihku Seru tapi cerita Roh Kembali ini bukan cerita yang biasa kerana ia hantu yang tak nampak. Apapun, Jinggo puas hati dengan lakonan saya," katanya.

Selepas Roh Kembali, Fizz akan menjalani penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pula. Selain Fizz, Remy dan Tiz, filem Nur Kasih turut dibintangi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Sharifah Sofea dan Liza Othman.

Tidak lengkap, jika tidak menyentuh mengenai perancangan Fizz untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia yang heboh diperkatakan orang ketika ini.

Kata Fizz, mereka belum ada perancangan ke arah itu dalam tempoh terdekat ini.

"Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni terlebih dulu," katanya.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
ANTARA DRAMA: Nur Kasih, Kabir Hero Kabir Zero, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan
FILEM: Niyang Rapik, Syurga Cinta, Orang Minyak, Anak Halal dan Seremm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 07:41 PM | Show all posts
x kan ilang demam NK nie.. mmg x kan kebah2 nye demam nie..
pasnie silap2 tayangan ulangan kt ntv7 plak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 08:54 PM | Show all posts
Reply 2097# Yen_Aireena


    pastu 8TV...pastu pusing balik kat TV3....
berangan x hengat.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:20 PM | Show all posts
Reply 2071# csuraya


DVD ni ada jual kt mna2 ke,selain kt jom heboh tu (tmpt aku xde jom heboh ni)
blh bli trus kt tv3 ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 06:56 AM | Show all posts
kat speedy ade katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.145704 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list