|
Rumahku Nerakaku - Ziana Zain (UPDATE TERKINI 12/7/2018 - Ziana & Armin Sah
[Copy link]
|
|
Lama sangat bertahan tu kak gee..
Meols kesian anak4 kena hadap bapak gitu |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 15-5-2018 05:39 PM
kalau kat oversea kan, diorng pantang kalau penjenayah melibatkan kanak2, habis "mendapat" kat dalam ...
Kat malaysia ummah suci berpegang kepada “JANGAN BUKA AIB NANTI TAK CIUM BAU SORGA” |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pernah ada kes dera, jgn bagi hak langsung kt armin ni..silap2 mati anak2 tu dikerjakan |
|
|
|
|
|
|
|
Setaaaan nye laki kak jena! I wonder la mcm mne die boleh bertahan dlm dysfunctional marriage mcm ni? Sian kak jena, tp lg kesian anak kak jena! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya
Celaka punya jantan.. Now satu msia dh tahu true color ko.. Armin ni mmg sial.... Selayaknyalah mek jena cerai jah |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo teruknya.igt takat pukul sbb malas ngaji je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabarlah Kak Ziana...semoga dipermudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
Betullah, dah duduk serumah, tidur sebantal, baru tahu perangai sebenar. Selagi belum duduk serumah, belum menikah, semua pun tak nampak. Maybe just 1% saja.
Anak anak dia pun dah dibawa jumpa psychiatrist. Mmg terkesan sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Scaryyy pulak lah armin ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii armin oiiii.. shes freaking ZIANA ZAIN kottt.. ko tau tak skrg ni citernye deal dgn seorg lagenda faham tak! Ko dah dpt perfect woman dlm dunia ni ko buat hal! Ehhh sakit hati akaqqq dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Kegilaaan apakah ni smpai sanggup cilikn Ank..selalu baca kisah2cmni kat kuarga yg susah dan berantakan, |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga zz tabah menghadapi dugaan berat kali ini.
Kesian anak2..sampai trauma.
Semoga Allah melindungi keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain
Sinar Harian | Diterbitkan pada Mei 15, 2018 17:43 MYT
'Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain
PENYANYI terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.
Masakan tidak, pelantun lagu Putus Terpaksa itu mendakwa, seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.
"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.
Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.
"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku, nerakaku," katanya sambil menangis.
Menurut artis berkenaan, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.
"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.
Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.
"Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.
Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.
"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.
"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.
Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.
"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," katanya.
Tambahnya, anak- anak juga mempersoalkan tindakan Armin.
"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.
"Mereka beritahu saya, Ma don't died," katanya menangis.
BACA: Hasrat Ziana Zain bercerai tertangguh
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.
"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.
Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
BACA: Ziana Zain dedah anak-anak jalani rawatan psikiatri - Laporan
"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja," katanya.
Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya.
"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.
Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.
"Kalau mak saudara cakap, kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie? Jadi maksudnya apa?" katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
klu kt fb baca mmg menyakit kan hati
baca hencapan pakcik & makcik bawang
kt ig bole lg di tima hencapan nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya...kak zz..4 bln pertama dh kena torture a
Dr penjelasan kak zz kat atas nie..maka betul lah yg forumer share kat page blakang2 armin slalu maki ziana kat public..n kak zz x mo bergambar kalau ada fans request sbb takut |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah bagi visitation rights lah kat laki mcm ni! Rasa nya anak2 pun tak nak jumpa dia. Trauma dah. |
|
|
|
|
|
|
|
ko pg fb nok mmg sakit hati ku baca
bawang2 marah kak zz buka aib laki.
dulo deols hencap sb msk kan armin gila ke lokap
di tuduh kak zz isteri derhaka.
skg dh tau sb apa kak zz sumbat lahabau ni dlm lokap dituduh buka aib plk.
apa yg ko nk setan bawang!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Geramnya..patut masa tu jugak tinggalkan jangan tu..geram baca! |
|
|
|
|
|
|
|
lonely_surina replied at 15-5-2018 05:04 PM
bengong apa la cilikan kat situ, da laa bebudak..
mana makcik2 pakcik2 bawang yg kata zz buka aib s ...
Mental illness ni rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
mixed replied at 15-5-2018 05:35 PM
kak zz dh menjawap kt bawang2 di Bharian IG
kesian kak zz
Jarang jumpa retis yg ayat dia elok mcm ni... Humble... X sinis.... Walaupun diprovoke mcm mana sekali pun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|