|
Kami Peminat Hafiz - Villa 49 ~ Vote Hafiz @ ABP! Hafiz @ Kota Samarahan 2nite!
[Copy link]
|
|
salam & gud morning peminat2 Hafiz.......![](static/image/smiley/default/smile.gif)
moga hari ini lebih indah dr semalam.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan SMS berbeza akhbar
2010/03/24(Berita Harian)
KALAU diperincikan pola pengundian sama ada menerusi SMS atau borang di akhbar, ada beberapa kategori yang berbeza benar pilihan mereka. Misalnya, dalam undian melalui SMS nama Hafiz tidak langsung sangkut dalam senarai Top 10 Bintang Paling Popular. Tetapi melalui borang, nama anak jati Kuching, Sarawak ini tetap masuk senarai.
Bukan saja nama juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh itu tetapi nama juara Mentor, Black juga turut tersenarai. Senario ini bukanlah satu masalah bagi pihak penganjur kerana kita menerima saja pilihan pembaca dan peminat hiburan tanah air. Apabila Berita Harian menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tujuannya adalah untuk memberi mandat kepada pembaca khususnya untuk menentukan siapakah bintang pilihan mereka.
Kategori lain yang wujud perbezaan pilihan artis adalah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Mengamati undian yang tarikh akhir penerimaan sama ada borang atau SMS adalah pada 25 Mac ini, pilihan melalui SMS adalah di antara Hafiz dan Akim sementara undian akhbar menunjukkan nama Black semakin mengukuhkan kedudukannya.
Artis Baru Wanita Popular, undian melalui SMS berpihak kepada bintang Nur Kasih Tiz Zaqyah sedangkan melalui borang akhbar, Yuna yang popular dengan lagu Yang Sebenarnya mengungguli kategori ini. Peminat Yuna jangan kecewa jika trofi itu tidak menjadi milik penyanyi kegemaran mereka kerana kalau dicampur undian SMS dan borang akhbar, ia boleh menjadi milik Tiz Zaqyah.
Begitu juga dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Jika melalui undian SMS, undian ternyata menjadi milik Aaron Aziz dan diikuti dekat dengan undian terhadap Que Haidar. Tetapi melalui borang, Que jauh meninggalkan Aaron. Malah pelakon kacak tetapi sudah beristeri ini tidak langsung menjadi saingan Que yang juga suami orang.
Dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, minggu ini saingan sengit adalah di antara Mawi yang pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut dan juga seorang lagi bintang kelahiran AF, Akim. Populariti Akim memang ketara kerana setiap lokasi jelajah promosi yang diikutinya, sorakan dan tumpuan terhadapnya memang nampak nyata.
Tetapi itu juga tidak boleh dijadikan kayu ukuran mutlak kerana akhirnya mereka yang dinobatkan sebagai ‘paling popular’ itu adalah mereka yang menerima undian sama ada melalui akhbar atau SMS dan bukan berdasarkan sorakan semata-mata.
Minggu ini juga, undian terhadap Yuna semakin bertambah dan mula menjadi saingan kepada Stacy. Entah mengapa dalam dua minggu ini, peminat Stacy bagaikan mula hilang fokus dan momentum. Tidak tahu pula sama ada mereka mula dipengaruhi dengan cerita negatif mengenai penyanyi itu yang kononnya mula besar kepala.
Namun dalam kategori Artis Kumpulan/Duo Popular pula, undian terhadap gandingan Adam & Stacy yang bakal memanaskan Arena Of Stars pada malam kemuncak 4 April nanti dengan lagu Menggegar Dunia, semakin meningkat. Malah mereka mula menyaingi Bunkface dan Meet Uncle Hussain. |
|
|
|
|
|
|
|
hi mumi....
hehehe...
the show will be somewhere in samarahan....
but so far tu je la info yg ada masa ni....
n dgr2...apiz akan perform ngn nonny......
ladydolph Post at 24-3-2010 06:39 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
lady, mumi & bob tak gi merazzi ke??..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam & gud morning sumer peminat Hafiz yg sentiasa ceria & positif walauapapun cerita yg kurang menyenangkan pasal hafiz!!! tahniah uollsssssssssssss!! ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Along_XX at 24-3-2010 08:54
Dengarnya... Imej baru Hafiz
Oleh Normah Becok
2010/03/24
![](http://www.bharian.com.my/articles/Dengarnya___ImejbaruHafiz/pix_gal0)
HAFIZ (tengah) diapit Fizo Omar dan Fizz Fairuz ketika berada di cawangan premis barang kemas, Habib di Plaza Angsana, Johor Bahru.
KALAU tak silap Cik Normah, selepas setahun berambut kerinting, Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz memilih untuk memotong pendek rambutnya. Tak apa, sesekali mencari angin baru baru nampak kelainan. Cik Normah diberitahu teman sepejabat, Hafiz memotong rambutnya pada hari lahirnya yang ke-20, 27 Februari lalu.
Ketika itu, Hafiz berada di kampung halamannya di Sarawak. Malah, kalau tak silap Cik Normah ada acara meraikan hari lahirnya ketika dia balik kampung. Cik Normah rasa, rambut pendek atau panjang, Hafiz tetap nampak comel. Tapi Cik Normah lebih suka Hafiz berambut keriting dan sekali pandang macam vokalis kumpulan Nidji, Giring.
Alang-alang bercakap mengenai Hafiz, Cik Normah lihat kalau nak dibandingkan popularitinya dengan pemenang tempat ketiga AF7, Akim ternyata memang banyak beza. Masa di siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 Ahad lalu, Akim mendapat sorakan gemuruh berbanding Hafiz. [bodoh!! mmg la pasal kat kampung halaman, bodoh!! baru kat satu tmpt hafiz & akim ada bersama bangang!!] Tak apalah Hafiz, rezeki masing-masing bukan? Ada rezeki, Insya-Allah Hafiz boleh terus berjaya dan meneruskan legasi kategori Artis Baru di ABPBH yang dimenangi juara AF musim terdahulu. [baru nak terima hakikat ke cik normah !] Cik Normah rasa Hafiz pun sentiasa cool berdepan dengan isu populariti ini.
Apa-apa pun, malam kemuncak ABPBH 2009 sudah dekat dan Cik Normah sendiri teruja nak melihat siapa yang menang dan busana apa yang bakal digayakan artis termasuk calon ABPBH 2009. Cik Normah tahun ini belum sempat membuat persiapan apa-apa. Mungkin Cik Normah beli busana rekaan pereka antarabangsa kot. Tengoklah macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam n morning KPH yg anggun n hensem
wsalam delima, along, n semua2 yg ada
ada baca BH ari ni? |
|
|
|
|
|
|
|
hai...ada info terkini...hafiz will b in kuching 2moro 4 a show...but so far no other details about this...will update if there's any developement...thanx...
ryanmumi Post at 24-3-2010 01:42 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
hi mumi......thanks 4 the info......so hafiz x der kat jelajah ABPBH kat klang ke? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan SMS berbeza akhbar
2010/03/24(Berita Harian)
KALAU diperincikan pola pengundian sama ada menerusi SMS atau borang di akhbar, ada beberapa kategori yang berbeza benar pilihan mereka. Mi ...
delima Post at 24-3-2010 08:06 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) thanks for the article.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam & gud morning sumer peminat Hafiz yg sentiasa ceria & positif walauapapun cerita yg kurang menyenangkan pasal hafiz!!! tahniah uollsssssssssssss!! ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
Along_XX Post at 24-3-2010 08:29 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) w'salam & morning along.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam & morning KPH!!
manggis70 Post at 24-3-2010 08:35 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Wsalam manggis...
gi samarahan ju...apis ada show sitok.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks along 4 da article...suka suki jer si normah becok ni tulis stetmen camni ek??!!![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam n morning KPH yg anggun n hensem
wsalam delima, along, n semua2 yg ada
ada baca BH ari ni?
ameeza2000 Post at 24-3-2010 08:34 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) w'salam acik...![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|